Thursday, October 28, 2010

The battle begins. :)

Assalamualaikum.

 

what’s up doc!(suara bugs bunny)

 

hehe.alhamdulillah.masih diberi peluang untuk jari jemari ini menari, seterusnya menukarkan sebuah isi hati menjadi satu entri. :)

 

untuk pengetahuan kome, aku sekarang di dalam mood final exam.(final la sangat, dok fb lagi tiap tiap hari.. :)

 

alhamdulillah, baru lepas satu paper petang tadi.tau apa aku nak kata? redah dan redha. hahaha.dah buat betul2 dah..yang tinggal hanya doa dan tawakkal kepada Nya.. :)

 

ada dua tiga perkara yang nak diperkatakan kat sini. mungkin selebihnya di lain entri. :)

 

1. kenangan masa mula mula masuk u.

hehe.tanggal 30 julai 2008, aku secara rasminya telah diterima masuk sebagai warga UiTM..maka bermulah sebuah lembaran baru dalam hidup aku..memasuki kampus Kedah, dalam aliran pengajian perniagaan..lebih lanjut akan direvealkan dalam entri “Going Back” :) anggapla nie teaser oke! haha

2. album baru Sami Yusuf – Wherever You Are  

 

                       79438697420622527

album yang dinanti nantikan selama 2 tahun..bermula debgan single “You Came To Me”, kemudian “Healing”, buat aku rasa nak mendapatkan album ini secepat mungkin! :)

 

 

ops, gotta go.ada hal.nantikan “Going Back” :)

 

take care all.

 

salam.

 

wan_temen :)

Friday, October 22, 2010

The road to finale. :)

Assalamualaikum.

 

pekabo yop, yong, stalker, reader, follower and the all –er sekalian? hihi.alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menarikan jemari diatas papan kekunci, bagi berkongsi dan juga memberi segala isi hati. :)

 

Masanya tiba lagi, untuk menghadapi peperiksaan akhir pada setiap semester. seperti biasa, kami para pelajar UiTM diberi study leave atau lebih popular dengan panggilan study week.satu tradisi yang harus dibicara di sini, nama sahaja ialah study week, namun tanyalah sebilangan pelajar yang “balik ke kampung untuk mengulangkaji pelajaran”.hehe UiTM clans, u know what i mean rite?

 

maaf kalau ada yang rasa offended dengan statement di atas.namun itu ialah kenyataan dan juga facts.ala even aku sendiri pun mengalami masalah yang sama. jadi kita dalam satu ruang lingkup yang sama di sini. :)

 

deeper explained, student2 yang balik ke rumah semasa study week tak study.yes.tak study.bawak la balik buku segala alam pun.sampai umah macam macam obligation yang kena dibuat! :) yang siswi dengan kerja rumahnya, siswa dengan malasnya.so buat berat je bawa buku balik banyak banyak.haha

 

pengalaman aku dalam situasi ini? well, selalunya aku bawa buku pulang.tapi bukan semua subjek la.1st paper je dah kena ada dalam UiTM. :)bawak satu buku yakni subjek pertama sahaja.kadang kadang tebabas jadual gak.pergi umah kawan la, ikut family g tempat lain.hihi so al-maklum dan faham la. :P

 

dan pastikan disiplin diri itu tinggi untuk study di rumah.banyak gangguan dan distraction yang mencairkan “iman study kita” :).susah susah sangat,tak perlu balik.ye untuk homey yang”nak mintak restu ibu bapa”, ala cakap je la kome home sick, kay? restu mereka sentiasa ada untuk kita, tak kisah la kita balik ke atau tidak.cuma jangan khianati kepercayaan yang mereka beri pada kita, okay? :)

 

nak dijadikan cerita, aku tak balik untuk study week nie.namun locus control aku macam lebih banyak main jee(!)(?) haaa.sapa nak fire aku ? :P jom sapa nak argument, duduk umah atau stay in kampus waktu study week? :)

 

ops, sampai sini dulu.nak g study. :P

 

take care all.

 

salam.

 

wan_temen :)

Friday, October 15, 2010

sekadar mengisi. :)

Assalamualaikum. :)

 

apa khabar hendaknya para pengunjung dan pelawat serta pembaca atau penstalker mahupun pengikut setia(haha) :)

 

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas dan menyedut udara diberi oleh Nya di atas muka bumi ini.. :)

 

hihi.aku sekadar mengisi lompang lompang yang wujud dalam blog aku nie. nanti tak mahu la terbiar tak berpenghuni dan tak ada orang komen..so keep it up moros kay? banyak sebenarnya aku nak cerita..namun kerana kesuntukan masa dan kekangan kerja, aku akan cerita yang penting penting jee.sebab kome pun penting dalam hidup aku kan? :)

 

1. The finale.

erhh, paper pertama aku ialah pada 28 Oktober dan berakhir pada 6 November. hmm, gap yang diberi agak memuaskan hati.namun kena push lagi sekiranya ingin mencapai tahap yang dikehendaki..ada ulangan kegilaan sem lepas rasanya nanti.kerana dua paper aku sangat berdekatan antara satu sama lain. research pada 31 hb 9 pukul 9 pagi dan personal development pada 1 hb 10 pukul 2 petang.haishhh. :) apa yang boleh dikatakan, redah dan redha(tapi setelah usaha dan tawakkal okay) :)

 

2. Personal Development

di sini lebih kepada isi hati kala ini.masih kurang dalam beramal.tambahan pula cukup payah nak istiqamah melaksanakannya seharian.hmm, ada panduan atau saranan? tiap kali miss, rasa down sangat…rasa bersalah menusuk kalbu, namun…hilang dibawa angin lalu dan masa yang bergerak laju..yang terkesan ni bukan setakat dalam amal, malahan dalam kerja dan panduan masa seharian.boleh siapa2 tolong ingatkan aku? :(

err,maybe that’s it.sorry, nak share banyak lagi,namun,simpan dikit dikit.hihi; P

 

take care all

 

salam.

 

wan_temen

Friday, October 8, 2010

Mengisi kekosongan.

Assalamualaikum.

 

59421_1550421807925_1456510340_1482415_7775062_n

 

“Rasa nak bertunang, untuk mengelakkan fitnah dan tomahan orang.”

 

ingat lagi status ini, yang pernah diucapkan oleh aku sedikit masa dahulu? sehinggakan aku dihujani pendapat pendapat dan pertanyaan yang muncul atau terpacul dari mulut setiap orang yang rapat dengan aku.

 

Rest assured, itu hanyalah luahan rasa, yang datang tiba tiba entah dari mana. :) mungkin terlalu dipengaruhi dengan keadaan sekitar mahupun keperluan yang mendesak(jauh benor pikiornyee) haha drop it okay.that’s just kiddin you all moros. :)

 

Dah berkata tentang topik tunang bertunang nie, aku ada menerima satu sesi kaunseling, berkaitan dengan status aku nie.soalan soalan yang aku dapat memang direct dan panas. :)

 

antara soalan yang ditanya ialah : kenapa kamu berpasangan(couple laa) dengan dia?

killer la punya soalan.ditambah pulak dengan  : adakah sekadar untuk mengisi kekosongan?

 

soalan kedua tu memang buat aku terkedu.

 

tambahan malam macam ini.aku terasa sesuatu yang tidak lengkap.rasa lompang .tanpanya, dan juga tanpa Nya.

 

aku sebenarnya sudah terbiasa berseorangan , namun tiba berseorangan part ini, aku rasa macam tak boleh tanggung. hanya Dia tempat aku mengadu. walaupun begitu masih ada sebahagian ruang aku khusus buat apa yang Allah tentukan untuk aku dan semua kaum Adam luar sana : ruang untuk kaum Hawa.

 

ye ye aku tahu, muda lagi..in short, kalau berpacaran/bernikah sekadar ingin mengisi kekosongan dalam hati, ia tidak akan membawa kita ke mana mana. sekadar meminjam kata kata Ustaz Hazrizal, “ Urusan pengantin bukan setakat di pelamin, malah masukkan sekali slot lampin!” .Ia adalah satu komitmen yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, malah besar harganya yang perlu dibayar..

 

Tanya diri, sekadar mengisi atau memang memenuhi?

 

salam.

 

take care all.

 

wan_temen