Monday, April 23, 2012

Corat Coret Kehidupan.

Assalamualaikum.

dunia dunia..sebuah sajak mengenainya. ;)


corat coret kehidupan

sebuah rakaman perjalanan

insan yang bergelar hamba Tuhan.


corat coret kehidupan

bukan semuanya berwarna

bukan dibiar kosong cuma

kerana kita pelukisnya.


ada yang perlu dijauhi

ada pula yang minta didekati

ada yang mempunyai pengikut sendiri

ada yang ikhlas di atas jalan Ilahi


apa pun cuma

kita hanya pelakonnya

di atas pentas dunia

dalam skrip yang diarah olehNya.


ku mohon kekuatan

agar terus diluruskan jalan

dan dikurniakan sahabat dan taulan

yang kelak bakal berjiran

di syurga yang menjadi idaman...


:)


©Wan Muhammad Syafiq, 8:00 p.m, 23/4/2012.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 16, 2012

Kau Tunggu Aku Di Sana.

Assalamualaikum.


sekadar berkongsi ;)


kau tunggu aku di sana

berikan aku ruang dan masa

untuk aku memperbaiki diri cuma

bagi kita siap membina keluarga.


kau tunggu aku di sana

kerana urusan ku belum selesai jua

izinkan aku mengumpul ilmu dan harta

buat bekal di sini dan utamanya di sana


kau tunggu aku di sana

bukan kau duduk berdiam sahaja

pertingkatkanlah diri menurut definisiNya

kerana perjalanan ini bukan tamat di dunia

bahkan hingga ke akhirat sana


cinta sebenar maknanya ingin ke syurga bersama

maka apa yang membawa ke neraka

itu bukan cinta yang sebenarnya.


kau tunggu aku di sana

kerana masanya akan tiba jua

aku akan berjumpa ketua keluarga

dan membentangkan hasrat hati jua


kau tunggu aku di sana

buat kau, yang aku masih belum tahu siapa.


:)


© Wan Muhammad Syafiq, 9:25 pm, Isnin, 16/04/2012.


*semoga dapat diambil iktibar bersama* :)


Published with Blogger-droid v2.0.4