Monday, July 28, 2014

Teruskan Hidup.

usai sahaja waktu itu
aku meredhakan pada pemergianmu
kerana aku tahu
kau hanyalah pinjaman dariNya padaku.

sebulan kau singgah
dan kini kau pulang.

entah dapat lagi bersua
selagi umurku masih dipanjangkanNya.

kesibukan dalam berlalunya dikau
dan kepayahan ditempuh sepanjang kau hadir

kadang membuatkan aku hanya menikmati tawarnya rutin

tanpa merasai manisnya melakukan.

dan kau kini berlalu
dan entah bila kita semula ketemu.

moga sebulan bersamamu
memberiku kekuatan mengharungi 11 bulan yang datang
sebelum kau kembali bertamu.

ya,
aku gembira,
tapi aku tak bahagia..

©Wan Muhammad Syafiq.
4:00 a.m,
1 Syawal 1435H/28 Julai 2014