Sunday, June 19, 2011

daerah kelabu …

Assalamualaikum.

terdapat yang berjalan seiringan

tambahan dengan berpegangan tangan

ini bukanlah satu lakonan

jauh sekali suami isteri sedang bermesraan

 

bukan dilihat di tasik, hatta di tepi air terjun

bukan juga di taman taman permainan

namun…di pasar malam jualah tempat pertemuan

sesak memikirkan

hingga tawar hati mencari makanan.

 

benar, rasa cinta adalah fitrah dari Allah

malahan satu ruang dalam hati dialah akan mengisi

tapi…akad belum dilafaz lagi

apa bukti yang cinta bertahan sehingga mati?

jangan lupa Dia boleh membolak balikkan hati.

 

bicara tentang daerah kelabu ini

bisa sekali menerbitkan rasa gusar dalam hati

kerna tidak diikat dengan rasa cinta pada Ilahi

untuk apa perhubungan ini

jika tidak berpaksi pada Pemilik cinta sendiri..?

 

kalimat itu meluncur laju dari mulutmu

dek kerna sayang yang belum pasti akhirnya di situ

jangan lafazkan kata kata itu

selagi dia bukan sah dan halal bagimu.

 

“jagalah dirimu kerana Dia, dan aku juga akan menjaga diri demi Dia.”

itulah yang sebaiknya.

“tunggu dahulu. jangan kau dekati daerah kelabu itu.”

 

©Wan Muhammad Syafiq, 9.47 pm. Ahad, 19/6/2011.

*maaf atas ketiadaan entri baru selama dua minggu..harap terus mengikuti contengan jalanan dari seorang hamba Allah ini.. :)*

*new background song! nice tak?*

*baru nak berjinak jinak dengan nuffnang.do give some advice ya*

:)

Tuesday, June 7, 2011

PhD.

Assalamualaikum.

PhD

Philosophy Doctor dalam lapangan akademik

Permanent Head Damage untuk thinkers

Pelajaran Habis Dah untuk budak budak sekolah.

 

Ada satu lagi maksudnya

yang sangat sinonim dengan bangsa kita

Perasaan Hasad Dengki namanya.

 

pantang dilihat orang berjaya

iri hati mula menguasai dirinya

kalau ke jalan positif tidaklah apa

ini diusaha buat menjatuhkan pesaingnya.

 

apa cara yang tidak diguna

dari tipu helah hingga tok bomoh jua

tahukah kamu syirik itu namanya

senang senang dosa besar dah dilakukannya.

 

apa tidak sukakah kita

melihat rakan dan taulan berjaya..?

rezeki itu hak Allah jua

dan Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

 

lihatlah cerita sebalik penghasilan Boboiboy

di situ terpalit satu contoh terbaik.

aduh, bumi di akhir usia..?

matlamat kini menghalalkan cara..?

 

bangsa aku lah jua

yang menjatuhkan bangsanya.

©Wan Muhammad Syafiq, 6.30 pm. Selasa, 7/6/2011.

*isu yang seperti tiada penghujungnya.tak bolehkah kita bersaudara..? kita kan umat Nabi kita..*

*kredit kepada chiLleD...!! untuk memberi idea dan inspirasi sajak pada entry ini*

*malam nie special sikit.bumper edition untuk pembaca.nantikan entry seterusnya! :)*