Sunday, October 19, 2014

Mimpi.

aku impi
bila besar nanti
aku sudah matang
punya sifat kendiri.

aku impi
suatu hari nanti
aku kerja dengan apa aku sukai
bersama kawan kawan yang disayangi.

aku pinta
nanti suatu masa
aku akan berjumpa
dengan yang mahu bersama ke syurga.

aku harap
sampai satu tahap
aku membantu dengan ikhlas
aku memberi dengan bebas.

itu semua impi
impi yang digubah dari realiti
mimpi yang ku harap menjadi pasti
dengan redha dan restu Ilahi.

aku sungguh mengimpi
dengan doa dari hati
bersama usaha dari diri
mengejar redha dari Ilahi.

aku terjaga kini
ku lihat pada jam
sudah pukul 3 pagi
rupanya aku impi dalam mimpi!

12.45 a.m,
19/10/2014.
©Wan Muhammad Syafiq

Saturday, October 18, 2014

Still here, and not going anywhere soon. 🙌

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
masih bernyawa,
dengan izinNya.

masih belum selesai pengajiannya,
ditambah lagi 3 bulan lamanya.

ada hikmah
di balik ini semua.

sedih masih bersisa,
kerana esok graduasi sepatutnya.

tidak apa,
teruskan perjalanan kita.

apa yang masih dikendung,
tatanglah ia dan jaga sebaiknya.

aku dah tak punya apa
kecuali keluarga dan yang terdekat sahaja.

ah,
Dia masih setia.
Dia takkan menjauh,
melainkan kita yang melupa.

ya,
Dia tetap di sini.
dan Dia takkan pergi ke mana mana lagi.

moga terus thabat
dalam meniti usia yang kian singkat!

2.30am,
18/10/2014
©Wan Muhammad Syafiq

#alonelytale