Sunday, February 28, 2010

cabaran di hadapan..

Assalamualaikum.<sebak>

entri nie special.mgkin pada kome rasa macam biasa je tapi pada aku nie sangat2 berharga.(air mata jatuh perlahan2)

ergh.aku jarang menangis.tapi sekali aku menangis kalah org meroyan.

klah nie sebenarnya sambungan daripada entri yang lepas.cuma ditambah dengan emo yang fresh dari hati yang berduka.

baiklah kawan2.ini kisahnya.

ok semua dah tau tentang hajat aku untuk menyambung pengajian dalam bidang perbankan islam.dan aku berharap untuk kembali di bumi Kedah bagi meneruskan perantauan aku ini.

haa?(mendengar)sat2. sapa yang kata x keluar dari zon selesa?

x exposed my self?

x majukan diri?

mana kome dengar sume tu?

orait sekarang dengar penjelasan aku kenapa nak sambung belajar di kedah.ada 3 reason.dan akan ada 1 reason yang sangat besar.

no 1. sewa umah dan persekitarannya.

ok untuk permulaan,biarlah aku terangkan d mana boleh didapati kos ini di kampus UiTM.hanya terdapat di shah alam,kedah dan terengganu.jadi memandagkan terengganu jauh, dan shah alam(sat nak cita.shah alam nie kat pekan.jadi faham2 lah kos untuk sara diri yang agak tinggi bagi seseorang seperti aku yang hanya bergantung kepada my mum punya gaji sahaja sbg chegu.my dad x khoje dah) nie kos dia agak tinggi.jadi aku memutuskan untuk kembali ke kedah.

no 2.lecturers yang berbeda.

daripada apa yang aku dengar(maaf kalo aku salah),pensyarah di shah alam agak terbatas waktunya bersama pelajar mereka.selepas kuliah mereka terpaksa bergegas ke sana sini dengan pelbagai urusan.jadi masa mereka kurang dihabiskan dengan consultation hours.malahan ada yang lecturers memanjang tiada di bilik kerana sibuk dengan urusan luar.jadi ini menyukarkan pelajar untuk membuat rujukan dengan pensyarah mereka.

no 3.kekangan kewangan.(sendu)

aku tau,aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana.ibu aku sebagai guru manakala ayah aku ialah penganggur.bukan untuk membuka pekung di dada tapi aku kena terima hakikat ini.i have to strive with the limited resources that i have at my disposal.belajar diploma pun pinjam duit ptptpu*sebut p-t-p-tipu*.tu dah hutang tuu.belum masuk degree lagi.pak sedare aku cakap,belum kerja hutang da RM 30 k*sentap*

baiklah.apa yang membuatkan aku merasa kecewa ialah sikap beberapa bapa dan mak saudara aku yang force aku untuk menyambung pengajian di shah alam.antara alasan2 mereka tertera separti di atas tadi.aku bertanyakan pendapat ini kepada salah seorang bapa saudara aku yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.dan jawapannya tetap sama.”kalau pak sidek kekal di sekolah lama,x ke pekan, pak sidek will not be as i am now.”mmg aku akui kebenaran kata2nya.

but what make me piss off is certain aunts and uncles that forced me to go to shah alam.because of prestige..because of exposure..one fact that is they have a lot of money.they can send their children anywhere they want.p la australia hatta us pun.

yee.katalah aku x mahu mencabar diri sendiri.katalah aku x mau keluar dari zon selesa.tapi aku dan Allah saja yang tau my own limitations.the big hurdle is MONEY.

nnt aku sambung lagi da ngantuk sok kene balik kedah dah.nntkan pasal kelayakan yang aku cakap last entri.hint=kabel.

take care all.

salam

wan_temen

Saturday, February 27, 2010

pilihan.masa depan.

Assalamualaikum.

diam x diam dah masuk ujung bulan feb.dan bermakna dah dua bulan aku meneruskan hidup sebagai seorang mahasiswa di UiTM Kedah.tapi zaman nie berbeda sikt pada aku berbanding keadaan aku setahun yang lepas.dulu aku hanya pikir untuk dapat dekan dan teruskan perjalanan.tapi sekarang keadaan dah berbeza.dengan aku di part 6 pengajian aku akan tamat dan aku insya Allah akan menggenggam segulung diploma..satu persoalan baru timbul.cukupkah dengan hanya sekadar diploma??

lembaran baru ku buka..dan setelah berbincang sebaik2nya..maka kata putus telah dicapai..

pada mulanya bila sem baru menjelma, tekanan daripada parents dan sahabat2 kerana belum ada koz sambungan lagi untuk masuk degree..tapi lama kelamaan,bila aku melihat keadaan ekonomi semasa yang x menentu,dan aku tengok model kewangan islamik mampu memulihkan keadaan,aku terus bulatkan tekad untk sambung dalam coz islamic banking..

dan hari ke hari semakin bertambah tekad aku..bila tahu tentang peluang pekerjaan yang agak luas..maklumlah banyak bank tetiba menubuhkan divisyen islamic masing2..persaingan yang sihat dan bermakna banyak peluang perkerjaan.

Alhamdulillah kini perbankan islam bukan sahaja dilihat semakin penting di Malaysia, bahkan juga diserata dunia,,contohnya baru2 nie ada org negara luar berminat untuk menjadikan kita sebagai model contoh bagi membangunkan perbankan islam di sana..dan dia mmg memerlukan pakar2 perbankan islam..bukan satu peluang      disitu kawan2?

so doakan aku berjaya dalam mengejar cita2 ini..moga segala urusan dipermudahkan Nya..

dan ini memulakan satu soalan baru.cukup sekadar aku katakan kelayakan.ini akan dikupas dalam entri lain.

take care all

salam.

wan_temen