Saturday, April 30, 2011

pemergian.

Assalamualaikum.

akhirnya

kau pergi jua

setelah seminggu bertarung nyawa

bersama disisimu seluruh keluarga

setelah semua duga dari Nya

akhirnya…

 

walaupun kesihatanmu tidak menentu

malah semakin merosot, dari apa yang ku tahu

tak putus putus doa buatmu

bak dari rakan, sahabat mahupun pensyarahmu

apakan daya, Dia lebih tahu

dan itulah jalan yang lebih baik untukmu.

 

walaupun sekejap sahaja

terasa seperti sudah lama

walau hanya sepatah dua

namun ingatan diri terbuai juga

kamu baik di mata semua

moga Allah sahaja dapat membalasnya.

 

walau hayatmu sesingkat ini

insya Allah kebaikanmu terus mengalir

*beruntung kamu, bukan?*

kerana sudah terlepas dari azab dunia

dibandingkan dengan aku, yang masih dalam alam fana

sudah pasti dosa itu menggunung jua

berbanding dirimu yang sudah rata.

 

permergianmu jua

ingatan buat aku di dunia

detiknya pasti tiba

adakah kita bersedia..?

© Wan Muhammad Syafiq, 10.02 pm, Sabtu, 30/4/2010.

*mohon disedekahkan al fatihah kepada Nor Masturah Bt Che Johari, sahabat saya yang kemalangan seminggu lepas.beliau meninggal dunia petang semalam.semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al – Fatihah~*

Wednesday, April 27, 2011

buat yang menghadapi peperiksaan *dan baru nak mula* :P

masanya tiba lagi

saat pen, kertas menjadi bahan terpenting kala ini

dan perpustakaan pun penuh setiap hari

ya, itulah musim peperiksaan akhir

buat semua yang lelah melalui 14 minggu sebelum ini.

 

kelainan pada kali ini

untuk memberi peluang cuti yang panjang nanti

jarak antaranya hanyalah beberapa hari

banyak rungutan dan komentar diberi

jawapannya?

“tak ada masalah jika bersedia sedari awal lagi”

terdiam semua dek kata kata ini. :)

 

manusia berbagai rupa tika saat ini tiba

ada yang yakin dengan kebolehannya

ada yang resah gelisah tak terkata

ada yang baru memulakan musim ibadatnya

 

siapalah aku untuk berkata kata

kerana aku juga sama seperti kamu semua

ada masa imanku naik dengan setinggi tingginya

ada pula ia menurun dek kerana dosa

 

hanya Dia yang layak mengadili

apa usaha dan perbuatan kita selama ini

teruskan dengan seihklas hati

moga Allah mengganjari di akhir nanti.

© Wan Muhammad Syafiq, 10.43 pm, Rabu, 27/4/2010

*buat semua yang mengambil peperiksaan akhir, Bittaufiq wannajah fil imtihan insya Allah!* :)