Assalamualaikum. :)
for those yang terlepas untuk mengikuti part 1, : how to have a vacation :)
hehe.now moving on to part 2…
1.Apabila anda bangun di dinihari, pertama tamanya ucaplah syukur kepada Allah yang telah membangunkan anda dari lena yang panjang.jangan lupa baca doa bangun tidur:)
2.Kemudian, bersiap2lah kerana hari itu anda tahu anda akan berjalan jauh. pasang kekuda anda kerana anda tahu perjalanan ini akan menggunakan mode transport yang berbeza beza, bermula daripada kaki hinggalah bas atau teksi,dan mungkin juga menggunakan LRT.hehe.
3.owh,jangan dilupa sarapan penambah tenaga.usah risau kerana tuan rumah atau bapa saudara anda pasti akan membelikan sekurang-kurangnya roti canai atau nasi lemak (yang bukan Antarabangsa) sebagai pembekal kekuatan anda.
4. setelah bersedia, mulakan langkah anda dengan kaki kanan keluar rumah.ucap syukur bila mengetahui yang bapa saudara anda sudi meminjamkan keretanya untuk anda berkelana ke Damansara.Buanglah jauh2 perasaan tidak puas hati sebelumnya apabila mengetahui mak saudara yang beriya2 untuk membawa anda terpaksa mengubah rancangan mereka ke Bangi atas sebab2 tertentu.
5. Mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan. ini dibantu dengan fakta bahawa kereta bapa saudara anda itu adalah automatik,jadi nikmatilah perjalanan menuju Damansara dengan alunan lagu2 nasyid dari CD yang anda sengaja burn untuk dipasang dalam keretanya.
6. Setelah sampai di Damansara, misi anda adalah untuk mencari Syarikat Perumahan Nasional Malaysia.dengan berbekalkan letter head yang mengandungi alamatnya, berpusing2lah disekitar pekan Damansara.Jangan lupa sediakan wang yang secukupnya.ini untuk memudahkan anda jika terpaksa melalui tol yang sama berulang2 kali sewaktu berpusing2.
7.apabila merasa penat dan letih untuk mencari tempat itu,maka parkinglah kereta anda di tempat yang disediakan.berehat sebentar di kedai mamak yang berhampiran.sambil2 itu boleh juga merasa roti nan cheese.
8. setelah dipersetujui, naikilah teksi menuju destinasi,ini adalah untuk menjimatkan tenaga dan usaha mencari yang tidak berhasil.ucapkan terima kasih dan jangan lupa bayar tambang setelah sampai ke destinasi.
9.setelah selesai urusan di pejabat itu, ucapkan syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan anda.dengan rasa senang hati naiklah teksi menuju tempat meletakkan kereta anda tadi.
10.setelah itu, anda bebas untuk pergi kemana2 sahaja yang anda sukai.namun, jangan dilupa bahawa anda perlu mengambil semula keluarga bapa saudara anda yang anda turunkan di LRT Setiawangsa tadi kerana itu adalah keretanya.
11.setelah sampai kerumah,rehatlah sepuasnya kerana perjalanan esok lebih menyeronokkan.anda akan keluar bersiar-siar bagi membalas penat lelah anda dari siang hingga malam tadi
hehe,akan disambung…
wan_temen.
No comments:
Post a Comment