Saturday, July 24, 2010

As life goes on. :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu kita lagi. diberi nikmat oleh Allah Taala untuk menulis dan terus mencoret dalam laman blog aku ni..

tajuk yang agak menarik bagi aku. As life goes on..

buat suspen je.sebenarnya tak ada kaitan pun.cuma perkataan tu yang terlintas dalam kepala semasa bagi tajuk tadi.. :)

oke, dalam nak masuk minggu ketiga kuliah dan pembelajaran aku berjalan nie, suka aku nak kongsi beberapa kisah yang aku alami sepanjang tempoh pengajian ini.. :)

1. berbasikal.

haa benda nie ialah sesuatu yang baru bagi aku.bukan baru ke hapa, cuma akulah yang menjadi pioneer untuk membawa basikal ke kuliah..kalau nak di ikutkan dulu sebenarnya ada gak hajat hati nak bawa basikal masa duduk dalam kampus..tah kenapa hajat tu tertangguh dan tertangguh lagi..tapi tak pe.akihrnya dapat gak aku merasa berbasikal dalam kampus.hihi~ for your information, masa yang diambil oleh aku untuk berbasikal dari rumah ke kampus dalam lebih kurang 15 min sahaja..maknanya kalau aku bertolak dalam kul 7.15 pagi dalam kul 7.30 dah sampai dah.. :) adalah masa untuk berehat2 sikit sementara menunggu kelas..: )

2. rumah sewa

Alhamdulillah, aku kini menentap bersama kawan2 ku dari kursus BAS(Bachelor Admin Science) di Taman Lembah Bujang Fasa 4(atau Indah) atau what everla nama dia.janji tempat tu baru lagi.hihi. mula2nya aku duduk di Taman Universiti..tapi oleh kerana jarak yang menjadi faktor halangan, maka aku pun mengambil keputusan untuk berpindah..sayang,rumah tu dah fully furnished, siap nak bubuh peti sejuk lagi.namun apakan daya, rezeki ku bukan untuk menetap di situ.. :) kira okla aku duduk disni, makan pun dekat..tapi kena berbasikal la kalau nak ke mana2.tak pe, janji sihat.kan? :)

3. kelas

hmm,semester nie ada 7 subjek yang aku kena ambil..entahla, banyak tu satu hal jugak..rasa macam kurangnya penghayatan aku terhadapa semua subjek yang aku belajar…mungkin kurang fokus, atau diri ini masih belum ikhlas dalam belajar..

buat masa ini, sampai sini sahaja dulu.insya Allah ada masa corat coret blog ini akan kembali.. :)

take care all.salam

wan_temen

DSC-0000067

1 comment: