Saturday, December 22, 2012

Bicara Buat Ibu.

 

Tika aku terlihat rambutmu itu,

Aku menyedari yang uban mula memenuhi ruang itu

Aku tertanya,

Adakah yang semakin tua itu aku?

Atau dirimu bukan semakin muda seperti dahulu?

 

Aku duduk berfikir,

Sudah bertahun menghirup udara bumi

Terbalaskah budimu sepanjang 22 tahun ini?

Adakah aku telah mengukir senyum di bibirmu,

Atau sekadar membuatmu suram dan menangis sendu?

 

Ketahuilah, duhai ibu

Doa darimu selalu memudahkanku

Zikir darimu sering melindungi anakmu

Aduhai, mampukah ku balas dengan sebaik baik cubaanku?

 

Kerana jika kau pergi

Hilanglah suatu perkara yang takkan kembali lagi

Iaitu doamu yang tiada hijab dengan Ilahi.

 

©Wan Muhammad Syafiq, 12.46 a.m, 22/12/2012.

Bicara buat ibu, tulus dari hati anakmu.

1 comment: