Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasullullah. Aku nak berkongsi satu kisah yang aku alami baru baru ini.
Cuma sekadar satu perkongsian.
Semasa sedang makan di KL Sentral, menanti ketibaan keretapi untuk pulang bersama sepupu, datang seorang pemuda Cina menunjukkan kad beliau. Aku hanya memandang sekilas lalu tulisan di atasnya. Tapi jelas kelibat tulisan Persatuan Orang Bisu dan Pekak Malaysia.
Aku membaca secara pantas dan telinga aku menangkap bait kata sepupuku,"dia jual token nie Epiq." Lalu aku menolak dengan baik dan membiarkan dia beredar.
Apabila dia sudah pergi, barulah sepupu aku mengeluarkan "token" yang dijual olehnya tadi. Rupanya, ia adalah sebuah tag yang selalu diikat pada handphone dan terdapat berbagai corak.
Secara tidak langsung terbit rasa kesal dan kecewa kerana satunya, tag itu adalah hasil kerja orang bisu dan pekak itu sendiri. Dan rekaannya memang menarik minat serta cantik dipandang.
Lalu aku dengan nada kesal bertanya sepupu aku," kenapa tak cakap awal awal tadi.." beliau membalas, " tak sempat nak bawak keluar dari poket Epiq dah halau dia.."
Timbul pula rasa sesal dan kagum kerana dia berusaha menjual hasil kraftangannya sendiri, tidak seperti sesetengah pihak yang hanya tahu meminta tanpa rasa segan dan malu, padahal mereka masih sihat dan kuat tubuh badanya untuk melakukan kerja. Lainlah jika yang meminta itu berumur dan berusia.
Lalu aku mencarinya di seluruh KL Sentral. Malangnya kelibat beliau tidak dapat dijumpai sehingga tiba waktu untuk aku dan sepupuku menaiki train pulang.
"Tak apa Epiq..dia memang rajin ada sini..nanti kalau nak beli boleh je tunggu dia datang..Epiq makan je kat kedai mana mana..kita pun beli kat dia jugak dua dua tag nie.."
Insya Allah, akan ku dekatinya dan membeli barangannya nanti apabila pulang ke KL. Dalam diam, timbul rasa kagum dan hormat kepada dia. Dan dari dia, aku belajar sesuatu.
Sekian dulu.insya Allah kalau ada masa, corat coret di lain waktu.
Wassalam.
^^
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment