Saturday, February 12, 2011

touch and go.

Assalamualaikum.

alhamdulillah, satu minggu ini adalah tempoh yang mana segalanya dipermudahkan oleh Allah.ada juga flaw dan salah silapnya, namun ia sesuai dengan fitrah kita sebagai manusia biasa yang tidak sempurna seperti mana junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w…

sekadar singgah untuk beberapa detik.aku mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan, namun semuanya tak terluahkan..lidah kelu berbicara, tangan segan untuk menaip, mulut terkunci untuk berbicara..

cuma satu peringatan, teruskan menyebar kebaikan, dan memenuhi janji janji kita kepada Tuhan.masih ingatkah kata kata ini, yang diulang 5 kali sehari? kata mesti dikota…

“Sesungguhnya Sembahyangku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku hanya untuk Allah Semesta Alam.”

sekadar peringatan.

salam.

wan_temen

p\s : mencari jawapan kepada satu persoalan, which will shaping my life.mohon dipermudahkan.

Amin

Tuesday, February 1, 2011

Just my two cents.

Assalamualaikum.

Pe che yob,yong,pembaca sekalian? :) harap segalanya dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..dan juga dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas di bahu kita dengan penuh rasa hamba dan syukur padaNya.. :D Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluang untuk mencoret coret di laman ini..doakan supaya aku terus diberikan kesihatan, yang in turn dapat digunakan untuk beribadat kepadaNya. .:)

Mesti ada antara kome yang pernah terserempak dengan tajuk di atas? tak kira sama ada dalam bentuk penulisan ataupun dalam percakapan…baiklah. maksud ayat di atas ialah “hanya pendapat saya” '.ayat ini selalunya digunakan dalam memberi sesuatu pandangan peribadi terhadap sesuatu isu.hmm, dalam kita hidup di negara yang bebas bersuara ini,

Sehubungan dengan itu, tiba tiba aku terdetik untuk menjadikan ayat ini sebagai salah satu segmen dalam blog aku..maknanya aku boleh meletakkan pendapat peribadi aku terhadap sesuatu perkara dalam blog ini. lagi pun ini insya Allah akan memudahkan aku di masa hadapan untuk rujukan nanti…harus diingat, aku juga adalah seorang hambaNya yang pengetahuanku tidaklah seluas lautan ilmu milikNya..jadi jika ada yang perlu ditegur, sama ada kesalahan fakta atau kesalahan bahasa, lapang lapangkan diri untuk memberi teguran..aku bersedia untuk belajar dari kesilapan, insya Allah .. :D

baiklah.untuk “just my two cents” pada kali ini, kita menyentuh tentang isu demonstrasi yang berlaku dikebanyakan negara Arab pada masa sekarang. :D

isu ini bermula di negara Tunisia, apabila rakyat negara itu mula bangun dan menentang current government diketuai oleh Presiden Zine El Abidine Ben Ali, yang diketahui ramai sebagai seorang pemerintah yang sering kali dikritik dek kerana cara pemerintahannya yang senantiasa disokong U.S dan Perancis, kerana itu beliau kekal berkuasa biarpun pemerintahannya sudah mencecah 24 tahun.Apa yang dibaca dari internet dan akhbar, pemerintahannya juga dipenuhi dengan rasuah yang berleluasa, kadar pengangguran yang tinggi, dan juga kemiskinan rakyat*(nota = any similarities? senyum dulu…simpan kemas kemas untuk kesimpulan :))

untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk sini : Demonstrasi Di Tunisia

kesan dari itu, ramai penduduk negara negara Arab yang berjiran dengan Tunisia mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat negara itu, pendek kata, sampai penduduk Tunisia berjaya memberi tekanan*(baca=menghalau/mengusir) Ben Ali keluar dan meletak jawatan, tidak mustahil mereka juga boleh bangkit menentang kezaliman yang dilakukan para pemerintah di negara masing masing.

Demonstrasi ini berterusan di negara negara Arab yang lain, sehinggalah yang terkini perkembangan yang berlaku di negara Mesir.sejak sekian lama kita mendengar tentang ketidakadilan Hosni Mubarak dalam memerintah negara itu.Ironinya, beliau adalah sekutu terkuat U.S dan juga *bisik pelan pelan = Israel* di rantau Timur Tengah.Ditambah pula dengan masalah yang sama seperti di negara Tunisa, tidak hairan hampir kesemua rakyat negara itu bangun menentang cara pemerintahan beliau!

untuk lebih maklumat, lihat sini : http://en.wikipedia.org/wiki/2011_Egyptian_protests

ada juga protes di negara negara Arab yang lain.. :http://en.wikipedia.org/wiki/2010%E2%80%932011_Arab_world_protests

Deeper still, kita semua tahu bahawa ada rakyat Malaysia, kebanyakannya student yang mengambil jurusan perubatan ataupun pengajian agama sedang menghadapi kesukaran dari segi keselamatan dan juga bantuan untuk meng”evacuate”kan mereka keluar dari negara itu. kita yang berada di sini hanya mampu mengirim doa agar keselamatan mereka semua terpelihara dan dilindungi olah Nya..cuma satu pendapat, janganlah perbezaan pendapat menyebabkan generasi muda di sana terpaksa menanggung harga yang tinggi, yakni nyawa mereka..di sini kita perlu bersatu dan bantu untuk mengeluarkan mereka secepat yang mungkin, demi masa depan mereka dan crucially, masa depan negara kita..

Menyentuh tentang pembabitan negara negara asing dalam krisis di Mesir, kebanyakkannya tidak menyuarakan sokongan secara terbuka kerana as we know, mereka mereka ini ada kepentingan dalam urusan pentadbiran di negara itu..namun begitu, satu fakta yang menarik ialah harga minyak antarabangsa naik dengan mendadak.hmm,ada siapa siapa boleh fikir teori konsiprasi yang sedang berlaku?

seperti mana yang aku posting dalam status aku semalam di Facebook :

‎"Disebabkan Mesir mengawal laluan minyak melalui terusan Suez, harga minyak akan naik di seluruh dunia dan seterusnya mempengaruhi ekonomi dunia"
a move that is well calculated.reminds me of chess games. :D

haha.sedarkah kita bahawa itu adalah satu rancangan? *kalau betul ada rancangan laa* macam chess.setiap pergerakan bukan gerakan for the sake of moving.ada helah dah perincian yang kita perlu aware, untuk counter balik rancangan yang telah tersusun dengan rapi. :D

rasanya sampai sini dahulu.insya Allah kalau ada masa, ada lagi “just my two cents” tentang isu isu lain pula. :D aku mengalu alukan komen dan pendapat tentang topik kali ini.boleh juga suarakan pandangan untuk dilakukan usaha penambahbaikan.

Wallahutaala’lam.. :D

wan_temen :)