Wednesday, December 30, 2009

pulang marilah pulang...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah kini aku dalam perjalanan kembali ke kampus terchenta di Merbok,Kedah.hmm pada asalnya nak balik pada 2 hb,hari pendaftaran 2 sendiri,tambahan pula spupu aku nikah pada hari 2.Tapi mengenangkan yang aku ada duty(chewah) untk dilaksanakan,maka aku terpaksa bergegas pulang.hm, kebetulan hari nie sebenarnya ada slot untuk MPP dalam MMS yang sedang berlangsung untuk budak2 baru. N tujuan asal aku balik awal nie coz aku nak setelkan bilik aku,Alhamdulillah dah da dapat duduk kolej sebenarnya,tapi bilik yang diberi aku yang x nak.lgpun aku nak stay ngan rummate aku sem lepas.da serasi dah, tambahan pula deme nie blhla aku jadikan contoh untk memperbaiki diri sendiri..bas sekarang menyusur laju je menuju sg petani.aku cadang nak stop kat cs, jalan kaki g stesen bas lama.tapi megingatkan beg aku dalam perut bas.maleh pulak nak mntk turun mana2.karang leceh.hehe .

Tuesday, December 15, 2009

mengetuk pintu sem depan..

assalamualaikum.

hehe diam2 dah masuk tgh bulan 12..masya Allah cepat betul masa berlalu...haha.4 update,aku baru je setel untuk lesen L aku 2 hari sudah.Alhamdulillah, dalam smgu lagi dapatla L aku.kerana x sempat aku nak tunggu matang L 2,so mmg aku dah decide untuk amik p lepas aku abis pengajian nie.ala mmg kene renew pun tapi aku masih ada reserved 10 jam latihan n ujian P.so doakan aku..hehe

oke untuk perenggan ini.insya Allah bile kalendar masuk 19 hb 12.2009.officially satu family opah akan trip ke kl..ala just for the sake of holiday..dari apa yang diterima, pm2 sekalian akan check in kat uitm kedah,for the next mms pada 23..hmm kat cni dah timbul 1 konflik..secara sahnya, aku masih lagi mpp sana.n ini maknanya aku wajib terlibat sekali..tapi awal2 aku kasik tau mmg dah x mau join dah mms..serik oo walaupun seronok..kepada kwn2 pm..selamat hunting freshie2..haha da num jgn lpe bagi2..

hmm sentuh ckit pasal bola sepak tempatan.i'm very proud of our national team coz dapat masuk final bagi sukan sea kat laos sana 2.aku tengok full game smalam kat tv2.agak teruja bila tengok our player dah pandai main ala2 eropah ckit.not just for the sake of glamour tapi mmg sebenarnya kta pyne player mmg ada skill yang mantop, bak kata ustaz Zamri.hehe.punya la exicted bila tgk baddrol score.lawa kot..gunting lagi tuh! tapi bila masuk 2nd half, aku rasa nak pg laos je maki hamun deme.senang2 ja bagi deme atack2...sudahnya kene juga 1 gol.bila tgk balik lawak jugak coz keeper malaysia mcm terkezut ngan rembatan player laos 2.tapi semanagat deme kental gak so dapatla 2 goal..mmg cun gile la malaysia main..especially serangan overlapping dari rb n lb..cun!

ok..x blh lame2.kantoi t ngan mak lang aku.hahaha

\tika next post,
salam:-)

Friday, December 11, 2009

selepas hujan...

assalamualaikum.

huu...fresh daripada result aku lagi yang baru dilihat sebentar tadi.
well? alhamdulullah..pencapaian tertinggi aku sepanjang pengajian..tapi masih belum cukup untuk mendapatkan anugerah dekan..hmm dan satu lagi cgpa x naik seperti yang aku harapkan.alhamdulliah dengan pengurangan aktiviti sem lepas, ini banyak memebantu dalam menaikkan cgpa aku.

tapi sedikit kegusaran berlaku tika aku lihat cgpa aku.cme naik 0.04 daripada last sem.jadi terkumpul semua 3.34.masa dah makin suntuk kerana aku ada matlamat untuk dapat 3.5 at least bila tamat pengajian..sem depan semua subjek membaca.harapan untuk envioment sem depan jadi seperti sem nie mmg tak da la.takkan aku nak berdoa h1n1 serang uitm lagi.hehe

jadi,susun plan untuk sem depan...

tika next post,
salam:-)

Thursday, December 3, 2009

angin perubahan.

assalamualaikum.

hehe dah agak bersawang blog nie jadi lepas kemas2 ckit td,rs2 nak posting entri terbarula.

hmm agak banyak masa dihabiskan minggu ini dengan game je..pas solat sambung game,pas makan sambung game.sampai dah membuatkan aku terpikir tentang tajuk entri nie.angin perubahan.

kadang2 kita terasa yang kita duduk di satu zon yang selesa dan tak mahu berganjak walau seinci pun.kt cni x jadi masalah sebab 2 hak masing2.tapi blia terpikirkan balik kita sebenarnya x mencabar diri kita untuk berubah menjadi yang lebih baik.ini sebenarnya satu gamble atau risk yang kita ambil.adakala perubahan kita 2 membawa kepada kesan yang buruk dan adakalanya perbuhan kita itu makes us to be a better person.

dalam satu konteks yang lain, kita sedar akn perubahan yang perlu kita lakukan.ini boleh kata kene batang idung aku gakla.hehe.tapi bila sampai waktunya, aku stagnant dan tak buat apa2.hmm..berapa banyak kali aku menyesali diri ini.niat walaupun sekelumit tu dah ada tapi macam sepi dan mati begitu sahaja.Allah..rasa sesak dada aku bila memikirkan ini.

semua bergantung kepada diri kita sendiri.teringat aku kepada kata kawan aku,"kita kalau nak berubah,ada satu perkara yang kita perlu pastikan berlaku.istiqamah=konsisten..aku dapat rasakan yang aku masih kurang consistency dalam setiap perbuatan aku.insya Allah...moga kau diberi hidayah untuk meneruskan angin perubahan yang telah mula bertiup ini.walau payah mana sekali pun...

Tuesday, November 24, 2009

minggu ke kebun...

assalamualaikum.
(berp alhamdulillah)

hehe.aku baru pas makan nasi sama roti sardin.sedappp..

tau kenape aku bagi tajuk minggu ke kebun?coz ptg tadi aku baru balik dari kebun.belah senggang.masuk nie dah 4 kali dalam seminggu aku ke kebun opah.2 kali belah ketior n 2 kali belah senggang.1st time ke kedua2 kebun 2 just untuk amik durian n manggis.buah lain pun ada jgk tapi durian manggis yang menguasai jumlah dari semua buah2.tahla taun nie tak terasa sangat klebatan rambutan walaupun aku tgk pokok rambutan org ya allah punya lebat berbuah.


hehe sambil menaip nie tangan sebelah lagi mendukung spupu aku.hehe baru 6 bulan.fresh dari oven lagi.haha

hehe.bila aku tengok musim buah nie teringat aku kat kampung.aku admit aku lahir d bandar dan mmg aku budak bandar.but bila aku balik kampung, terasa kedamaiannya..dengan kebun buah yang lebat..hehe aku admit mmg aku x mcm buadak kampung.mandi sungai,panjat pokok..mana aku reti..
sampaikan mak sdara aku kata aku x boleh kawen dgn org kampung.kalo x awal2 fail.cbe bayangkan:

my wife:abg tlg ambil buah langsat bang.galah x de nie
aku :abg mane reti panjat pokok cyg.huhu

satu lagi kelebihan org kampung.kenal daun2 yang berguna.tambah2 daun dalam masakan.hehe
aku?tau makan jela..hahaha

tika next post,
salam:-)

Thursday, November 19, 2009

Durian lovers,savor the moment.




assalamualaikum.

hehe berkebetulan dengan cuti semester yang baru tiba musim durian kini bermula.tunggu lagi??

masa tengah menaip nie sempat lagi aku mengopek durian dan pangsa2nya..fuhh batch yang aku kopek ni dtg dari kampung opah aku belah senggang.smlm amik batch belah ketior.hehe kira mmg sehari dua nie segala2nya durianlah!

makan nasi pun dengan sambal tempoyak...



terkenang pulak kck2 dulu.sebut je durian mula aku tarik muka.haha mcm2 alasan aku x nak makan.sekarang?ha hantu durian lagi ada..

hmm.lagi pun balik nie kena lalui intensif training..just 4 da sake of losing weight around!skrg tiap2 ptg main badminton ngan boboy..da stat cuti kita tambah sesi pagi pulak.haha

tika next post,
salam:-)

Wednesday, November 18, 2009

the aftermath of konvokesyen..


assalamualaikum.

saat ini, aku kt kedai mamak sufing the net,smbil2 makan nan cheese(perbret oi) jari2 aku gatal nak menaip,so here there are, report of the convo....

1. kami(my family+boboy my cousin) arrive at pwtc at around 11 am.god soo many people around there! with many things running around (job fair and others) ramai gile siut!

2. around 12 kami g lunch.ya allah makanan..standard rm 5 ke 1 dishes?x kisahla mee ke nasi ke..mahal cukop..tegok price tag roti canai blh sampai 4 nett.hehe plus2 lagi..


kad jemputan...tapi terhad kepada 2 orang jer.so just me n my father.

sebelum masuk 2 aku naklah tangkap gambar aku n family.dia ada backdrop konvo kt satu tempat.beselah orang ramai..kenelah tunggu turn.tapi yang buat aku hangin nie coz ada satu family cina nie macam x reti2 nak bagi laluan kat org lain.die ingat
backdrop 2 bapak dia punya?lepas family dia pangill kawan2,pas 2 panggil makcik,pacik segala tok neneklah.last2 ayah bengang lama sangat terus die jerit mintak lalu.terkezut cina 2.haha 2 la taula exited konvo tp pikir2la org lain.

3.at 2 akhirnya baru kami blh masuk ke dalam dewan.dewan merdeka namaya.oh so nielah tempat yang menyaksikan banyak acara2 besar di malaysia.perhimpunana umno, aim, even rumah terbuka pun pernah wat kt cni. seyus big..n i thought of going up a level,only to realise yang sebenarnya tempat duduk kt atas kene masuk kot level 5.hehe beselah jakun..tapi besarlah sampai kene occupied 2 level for a hall.

4. konvo bermula! kicked off with the perarakan masuk graduan, followed by the deans and the top management in the oum .oh and the ones who give the certificate were Tan Sri Azman Hashim, CEO of the RHB bank.ala die 2 salah seorang daripada pro canselor kt situ.

5. my mum's turn agak lambat,because banyak sangat yang grad sarjana muda tesl..sidang keempat semalam khusus untuk penganugerahan ijazah kepada orang maths dan tesl. but aku tengokla, kalo konvo..every time last name on the list naik stage, mesti kene tepuk 1 dewan.mestilah coz da habis penganugerahan.hehe kalo ambil situasi aku masa ambil dip nnt, ngan nama aku mesti last sekali,ramaila orang tepuk untuk aku..hahaha..

6.abis je ibu dapat ijazah, ingat nak lari, tapi kene tahan pulak.ayah dah keluar dulu.alasan g toilet,sudah2 x balik2 dewan..huhu.tinggalah aku menjaga barang2..sah2 kantoi kalo nak lari..aku nak g toilet je urusetia tanya aku:

urus: nak g mana dik?
wan: aa nak g toilet(dengan membawa beg)
urus: kalo nak g toilet yang nie tinggalla.
wan:hmm ok(adeh kantoi)

last2 g toilet jela..ramai yang bawak beg kuar..tp beselah perempuan..adalah alasan2 munasabah yang diberikan untuk keluar..

sudahnya tunggulah sampai abis konvo.

masyaallah..ramai gile org ms nak kuar dari dewan.huhh lautan umat2 nabi..sesak!



klah,
coz da tulih panjang sangat.krg org boring pulak bc.hehe
tika next post,
salam:-)

Sunday, November 15, 2009

hari pertama percutian..

assalamualaikum.

hehe already 1st day of semester break and i already arrived in kl.:) alhamdulillah..
for the special occasion in my mums' life,

THE OUM 7TH CONVOCATION at Putra World Trade Center.

maknya yang konvo, anaknya yang teruja.hehe

journey semalam agak penat, mana taknya makan masa hampir a quarter day...6 jam tuu!!
board the bus at 4, dahla tak singgah mana2,berhenti solat pun x.hei geram aku ngan drebar bus 2..ini menimbulkan 1 persolan, apakah ia tunggu next entri.hehe

sampai dalam kul 9(agak laju jgk bus 2),kecut perut aku.aku estimate bus tu bergerak dalam 120km/h.scary..

dengan perut yang lapar,aku berdoalah supaya uncle henry sampai cepat.seb bek bila sampai je umah uji, pasta peresto sedang menanti..tunggu lagi?hehe..

klah,sampi sini dulu..
tika next post,
salam:-)

Saturday, November 14, 2009

selamat tinggal part 5..

assalamualaikum.

secara rasminya 3 jam yang lalu berakhirlah sudah kehidupan aku sebagai pelajar part 5..

rancangan selepas ini?shoot terus ke kl..skrg tgh tunggu driver aku mandi hehe.x dalah, aku mntk aus antar skali ngan fic.alhamdulillah ada kwn2 cm 2..bas kul 4 sat g..doakan perjalanan aku selamat dan diberkati olehNya..

untuk jangka masa panjang,insyaallah aku akn terus belajar kereta.dah lama aku nak belajar sebanarnya,dek kerana mpp dan kesibukan yang lain maka hajat itu tertangguh sehingga kini.

tu jelah,nnt da sampai aku update lain.
doakan aku.

tika next post,
salam:-)

Friday, November 13, 2009

1st posting..

assalamualaikum.

alhamdulillah blog ini secara rasminya telah tercipta.
sebenarnya, ini bukanlah kali pertama aku berblog. cuma sikap aku yang "hangat2 tahi ayam" je menghalang aku dari terus berblog. ala taula, blog bila ada benda nak tulis.betul x?

he2.untuk entri pertama nie x banyak benda yang ingin dibicara. cuma ingin update diri je.sok adalah ari last paper untuk dak2 dbs part 5.subjectnya? malaysia economic..kinda bit sejarah eco malaysia+pemahaman pasal strukturnya.oleh kerana subjek ini ialah subjek baca+sejarah,bayangkan kebosanan yang melanda..although 7 chapter je tp faham2la..bukak notes je ngantuk.baca notes je da faham.pelik tul.hehe

n sok juga pas exam aku akan shoot terus ke kl.4 what?my mum konvo oum on 15th at pwtc(grand dowh)!.haha masa nielah nak merasa upacara konvokesyen.macam rusa masuk kampung pun adala nanti hehe.moga2 dapat jadi pembakar semangat untuk anaknya...

moga temu di lain post,
salam.:-)