Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.

Wednesday, October 5, 2011

PanduanMu.

Assalamualaikum

hari itu bukan seperti selalu
bak awan berarak mendung kelabu
tertanya apa salah dan dosaku?
sesungguhnya hanya Engkau yang tahu..

aku alah, dan lupa
segala janjiku dengan Kau jua
aku hambaMu yang hina
mohon ampun dan maaf juga.

hati tetap tak ketemu tenangnya
kerana kau yang Maha Berkuasa
bisa membolak balikan hatiku jua.

kusut yang berselirat di kepala
dosa dan noda yang ku bergelumang di jiwa
di manakah akhirnya?

kembali..padaNya.

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday

Assalamulaikum.

 

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum. :)

 

Friday, August 19, 2011

Belated : Wordless Wednesday.

Assalamualaikum.

lost_friend_xlarge

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday.

Assalamualaikum. :)

Wednesday, August 3, 2011

Wordless Wednesday : Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum. :)

Friday, July 29, 2011

kata putus asa.

Assalamualaikum.

cara mana yang tak dicuba

jalan mana yang tak diteroka

orang mana yang tak ditanya

namun hampa

masa disia.

 

kata orang putus asa

dah tiada lagi haluan untuknya

tersekat di suatu benteng adanya

dek kerana halangan yang menduga

kerana usaha tidak dipermudahkannya.

 

bila mana semua rasa tak kena

apabila semua berlaku bukan kehendak kita..

itu adalah kehendakNya. :)

 

 

© Wan Muhammad Syafiq. 9.30 pm, Jumaat. 29/07/2011.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan : pahala digandakan, dosa pun begitu jua..?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, entri yang kedua untuk hari ini selepas Wordless Wednesday yang berbentuk mingguan.dah lama tak mecorat coret di sini rasanya.. :)

Ramadhan dah makin dekat.sana sini sibuk dengan persiapan*well, tak nampak sangat pun* untuk menyambut bulan yang mulia ini. inilah bulan yang paling ditunggu tunggu oleh seluruh Muslimin dan Muslimat kerana dalamnya ada satu malam, yang mana ianya lebih baik dari seribu bulan! pahala amal kebaikan yang kita buat pula akan digandakan berlipat lipat kali ganda, berbanding pada bulan bulan Islam yang lain..

dalam akal ini, timbul satu persoalan…”jika pahala digandakan di bulan ini, adakah dosa yang kita lakukan juga akan digandakan nilainya?”

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya: Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah sunat). Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.”

see? dah nampak kan pahala yang akan diganda gandakan darjatnya?

namun begitu, masih belum terjumpa sebarang dalil yang mengatakan bahawa dosa juga boleh berganda jika dilakukan di bulan puasa.paling terdekat ialah ini :

*diambil daripada Facebook Zaharuddin.net :

“Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya, di samping pahala yang berganda. Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan byk dalil, bagaimanapun sukar untuk dimuatkan di sini. Sbgi jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana ia mungkin berganda & semakin jauhkan manusia dari Allah”

dan penjelasan lanjut :

“Berganda dosa di bulan ini tidak seperti ganda pahala yang digandakan sehingga lebih 70 kali @ seribu bulan. tapi ganda dosa tu maknanya, 1 dosa yg dibuat, dapat 1 dosa krn perbuatan salah tu, manakala timbul dosa lain krn hina & cemari kesucian Ramadhan. Itu adalah hasil rahmat Allah, gandaan pahala cukup berlipat tapi gandaan dosa tidak. Jika tidak habislah.. Jika dibuat di malam Al-Qadar, mungkin di tambah lagi satu dosa krn mencemari malam al-Qadar. Allahu 'alam”

pendapat peribadi saya, rebutlah sebanyak mungkin pahala pahala yang disediakan untuk kita jika kita beramal, dan hindarkan diri kita daripada membuat dosa, bukan sahaja di bulan Ramadhan yang mulia ini, malah di bulan bulan yang seterusnya..jangan pula tinggalkan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan puasa, malah teruskan ia..

pendek cuma.moga kita semua mendapat keredhaan dariNya..

buat penutup, meh kita tengok video gandingan IniAnwarHadi dan AimanAzlan, buat menyambut Ramadhan yang bakal tiba.excited tengok video nie! :)

wassalam~

Wordless Wednesday.

Assalamualaikum.

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday.

Assalamualaikum.

.

Wednesday, July 6, 2011

wordless Wednesday.

Assalamualaikum.

Wednesday, June 29, 2011

wordless Wednesday.

Tuesday, June 28, 2011

thoughts.

Assalamualaikum.

pendek sahaja entry ini.satu persoalan..:

maksud adil : meletakkan sesuatu pada tempatnya.kalau ambil contoh penghakiman pun, memang yang salah akan kena hukum dan yang teraniaya akan terbela. kena pada maksudnya di situ.

kita ambil contoh dalam berkeluarga.sorang buat salah, semua kena.untuk adil katanya.macam mana tu..?

dan contoh lagi satu, ada antara adik beradik dapat sesuatu.yang lain semua nak juga.untuk adil, berikan kepada semua. bukankah yang mendapat itu atas kebijaksanaannya..? bukan berbalik pada maksud asalnyakah, meletakkan sesuatu pada tempatnya..?

adakah guna satu maksud itu sahaja, atau berbeza mengikut tempat dan masa..?

mohon idea untuk pencerahan.

just thoughts.

wassalam. :)

Friday, June 24, 2011

melintas sebentar.

Assalamualaikum.

cuti secara rasminya telah bermula.dengan berakhirnya paper intersesi untuk FIN 420..maka otak pun berehat secara teknikalnya.

tapi hakikinya masih berputar ligat memikirkan tentang Dia.

banyak benda nak buat..mohon dipermudahkan dan diperkenankan semua.

Wassalam. :)

Wednesday, June 22, 2011

wordless Wednesday.

Sunday, June 19, 2011

daerah kelabu …

Assalamualaikum.

terdapat yang berjalan seiringan

tambahan dengan berpegangan tangan

ini bukanlah satu lakonan

jauh sekali suami isteri sedang bermesraan

 

bukan dilihat di tasik, hatta di tepi air terjun

bukan juga di taman taman permainan

namun…di pasar malam jualah tempat pertemuan

sesak memikirkan

hingga tawar hati mencari makanan.

 

benar, rasa cinta adalah fitrah dari Allah

malahan satu ruang dalam hati dialah akan mengisi

tapi…akad belum dilafaz lagi

apa bukti yang cinta bertahan sehingga mati?

jangan lupa Dia boleh membolak balikkan hati.

 

bicara tentang daerah kelabu ini

bisa sekali menerbitkan rasa gusar dalam hati

kerna tidak diikat dengan rasa cinta pada Ilahi

untuk apa perhubungan ini

jika tidak berpaksi pada Pemilik cinta sendiri..?

 

kalimat itu meluncur laju dari mulutmu

dek kerna sayang yang belum pasti akhirnya di situ

jangan lafazkan kata kata itu

selagi dia bukan sah dan halal bagimu.

 

“jagalah dirimu kerana Dia, dan aku juga akan menjaga diri demi Dia.”

itulah yang sebaiknya.

“tunggu dahulu. jangan kau dekati daerah kelabu itu.”

 

©Wan Muhammad Syafiq, 9.47 pm. Ahad, 19/6/2011.

*maaf atas ketiadaan entri baru selama dua minggu..harap terus mengikuti contengan jalanan dari seorang hamba Allah ini.. :)*

*new background song! nice tak?*

*baru nak berjinak jinak dengan nuffnang.do give some advice ya*

:)

Tuesday, June 7, 2011

PhD.

Assalamualaikum.

PhD

Philosophy Doctor dalam lapangan akademik

Permanent Head Damage untuk thinkers

Pelajaran Habis Dah untuk budak budak sekolah.

 

Ada satu lagi maksudnya

yang sangat sinonim dengan bangsa kita

Perasaan Hasad Dengki namanya.

 

pantang dilihat orang berjaya

iri hati mula menguasai dirinya

kalau ke jalan positif tidaklah apa

ini diusaha buat menjatuhkan pesaingnya.

 

apa cara yang tidak diguna

dari tipu helah hingga tok bomoh jua

tahukah kamu syirik itu namanya

senang senang dosa besar dah dilakukannya.

 

apa tidak sukakah kita

melihat rakan dan taulan berjaya..?

rezeki itu hak Allah jua

dan Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

 

lihatlah cerita sebalik penghasilan Boboiboy

di situ terpalit satu contoh terbaik.

aduh, bumi di akhir usia..?

matlamat kini menghalalkan cara..?

 

bangsa aku lah jua

yang menjatuhkan bangsanya.

©Wan Muhammad Syafiq, 6.30 pm. Selasa, 7/6/2011.

*isu yang seperti tiada penghujungnya.tak bolehkah kita bersaudara..? kita kan umat Nabi kita..*

*kredit kepada chiLleD...!! untuk memberi idea dan inspirasi sajak pada entry ini*

*malam nie special sikit.bumper edition untuk pembaca.nantikan entry seterusnya! :)*

Sunday, June 5, 2011

hiburan sehingga ke liang lahad.

Assalamualaikum.

sudah fitrah manusia

inginkan hiburan sebagai penemannya

tika susah, senang, suka dan duka

 

harus disemat dalam ingatan kita

berhibur itu ada tempatnya

Allah sudah aturkan segala

akal manusia yang memutarbelitkan  kalamNya.

 

ada hiburan mendidik jiwa

ada hiburan menghangatkan suasana

ada hiburan sensasi untuk mereka

fikirkan, yang mana diredhai oleh Nya..?

 

tanah airku, Malaysia

macam macam hiburan tersedia

dari secilik cilik Mia Sara melalui Bintang Kecil

ke semuda muda Hafiz dengan Akedemi Fantasia

hingga seusia atuk kita menerusi Kilauan Emas.

 

hairan.

 

program seperti AF dah musim 9

Mentor baru habis musim ke5

Akademi Nasyid hanya semusim sahaja

Akedemi Al Quran pula dua musim yang entah disambung atau tak pula.

hedonisme…?

 

Al Quran itu hiburan kita

zikir dan tasbih penawar duka

nasyid menemani di kala suka

terpulang, kita hendak mengambil hiburan yang mana.

 

“berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah

hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah…”

 

 

=_=”.

©Wan Muhammad Syafiq, 10.07 pm. Ahad, 5/6/2011.

*pening mengenangkan hiburan yang salah dipilih oleh umat Baginda.*

link tambahan(inspirasi sajak dari link ini) : Soutul Mujahid: Kilauan Emas - Program Menggelapkan Kubur

ada sajak yang bertemakan yang sama, dibuat oleh sahabat blog  : Try To Get Something is Better Than Nothing: Hiburan Tidak Ada Salahnya

Saturday, June 4, 2011

Contengan jalanan.

Assalamualaikum.

contengan jalanan

sebuah lakaran kehidupan

seorang hamba Allah yang bergelar insan.

 

latar belakang itu telah Dia cipta

luasnya seindah pandangan saujana

harus difahami tidak semua makhlukNya serupa

baik dalam memandang atau merasa

 

kerana itu jua

muncul dimensi pandangan berbeza

terbit perspektif yang berbeda

wujud pendapat dari sudut yang lain pula.

 

sedang kita berjalan atas tanahNya

sedang kita melihat alamNya

sedang kita merasa nikmatNya

pasti ada pengertian dari akal yang Dia cipta

 

sejauh mana perbezaan kita

seluas mana perspektif kita

asalnya tetap pada satu akar yang sama

bertunjangkan akar yang subur dariNya.

 

banyak pengajaran dapat diterima

banyak ibrah dapat dicerna

terpulang sejauh mana kita merealisasikan ayat “Iqra”

turunan Allah buat Rasul kita

 

dari contengan itulah

terbit lakaran lakaran

yang pada akhirnya

mendekatkan lagi padaNya.

 

contengan jalanan

sebuah lakaran kehidupan

seorang hamba Allah yang bergelar insan.

 

 

©Wan Muhammad Syafiq, 8.49 pm. Sabtu, 4/6/2011.

*terkesan dengan novel Hlovate – Contengan Jalanan.insya Allah review akan menyusul! :)*

*simpan kemas kemas apa yang kita lalui dalam ingatan.ia boleh menjadi kenangan atau pengajaran paling berharga.*


*gambar dari www.digitalmukmin.com kepunyaan Ustaz Azhar Idrus.superb semua gambarnya!*

Sunday, May 22, 2011

Ikhlas itu rahsia Allah.

Assalamualaikum.

terasa nak posting something dalam kebelakangan ini. tapi tak tahu nak share apa dengan pembaca semua. terdapat beberapa draf dalam kepala, insya Allah akan diusulkan satu persatu untuk entri ya..insya Allah.

buat permulaan ,terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca setia, mahupun  yang melayari blog ini untuk suka suka..semoga dapat mengutip pengajaran daripada keluh kisah saya..harap agar yang positif itu dapat menjadi nilai tambah, mana kalau yang negatif tu sebagai perkongsian bersama.. :)

buat permulaan ,mari kita renungi kata kata ini. :

"Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam yang gelap"

well, tak susah nak faham kan? bayangkan dalam situasi ini.jalan pun tak nampak inikan pula nak cari semut yang diterangkan seperti di atas…ibrahnya, tak siapa pun antara kita tahu bagaimana rupanya ikhlas itu.

“abis macam mana dengan orang yang kata “saya ikhlas ni..ambillah” atau perkataan yang sewaktu dengannya..”?

Ikhlas satu rahsia Allah tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak.Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.Kita tidak boleh mengatakan diri kita ikhlas atau saya ikhlas.. Betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan.Mohon dari Allah agar diberiNya hati yang ikhlas,sebab ikhlas anugerah daripada Allah.Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud:
”Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku.Aku titiskan ia dalam hati hamba- hambaku yang Aku mengasihinya” (Riwayat Abu Hasan Al Basri)¹

perkara perkara yang perlu dielakkan dalam keikhlasan ialah rasa ujub dan riak.pendek kata, semuanya dilakukan kerana Allah Taala. walaupun keikhlasan kita terzahir di mata, jika sebelum melakukan ,semasa atau selepas melakukannya terbit sekelumit rasa itu, maka hilanglah pahala keihklasan kita, semuanya kerana terdetik jua”wah, bagusnya aku nie.”

kadang-kadang...kita bantu orang dengan sekeping syiling dua puluh sen tanpa disedari, Allah memandang kita dengan rahmatnya...kadang-kadang, kita memasuki majlis ilmu tetapi timbul perasaan bajet baik, bajet akulah yang paling mulia dalam majlis ini...sudah menumbuhkan riak...riak juga halus...dua sifat ini saling berlawanan...siapa yang memandu...kitalah tuannya.

buat penutup kata, hayati lirik lagu Raihan ini. Dipetik dari album Ameen. :)

Keikhlasan

Niatkan pada yang satu,
Luruskanlah kata hatimu,
Bersihkanlah ruang jiwamu,
Berbuatlah dengan hati yang ikhlas.


Mulakan dengan namaNya,
Buatlah sepenuh hati,
Bagai esok sudah tiada,
Segalanya dengan nama Tuhanmu.


Jika niat kita benar dari awalnya,
Pekerjaanmu akan diberkati,
Semua usahamu akan sempurna,
Ganjaran pahala akan kau dapat.


Amalanmu takkan sia – sia,
Ada nilainya dunia akhirat.


Dunia ini tempat persinggahan,
Yang Tuhan ciptakan untuk manusia,
Semua cubaan dan dugaan,
Untuk menguji keimanan.


Hanya hati yang mulia,
Penuh keikhlasan dapat mengharungi,


Ketaqwaan kepada Allah,
Jadi penyelamat kita di sana.

Wassalam. :)

¹  :dipetik dari buku ILMU DAN HIKMAH karangan Dr Ing Abdurrahman dan Dr. Ing Gina Puspita terbitan Minda Ikhwan.

bacaan tambahan : Orang Ikhlas Tertindas?, Ikhlas Rahsia Allah.

Saturday, May 21, 2011

terkenang masa dahulu. :)

Assalamualaikum.

pagi yang cerah itu

dengan berkemeja, seluar dan kasut yang segalanya baru

aku melangkah keluar dari situ

menaiki kereta dengan menuju arah yang satu.

 

dengan iringan doa dan restu

juga sedikit sendu dan sayu

kereta itu, meluncur laju.

 

hanya Allah yang tahu perasaan itu

2 jam perjalanan terasa singkat jua

al maklum, pertama kali berjauhan dari keluarga…

 

terbit juga gusar di jiwa

mampukah aku harungi segala?

dengan segala tampak asing cuma

semuanya baru buat kita.

 

biar masa menentukannya

Allah telah kurniakan akal pada kita

untuk sesuaikan diri bukan masalah rasanya

asal sahaja iman terpasak dalam jiwa.

 

“take things as they go

surely you will adapt at it, no doubt about that.”

 

kemaskan lagi diri

pasak iman teguh teguh dalam hati

moga tak hanyut dalam arus kampus ini.

moga kita semua dalam lindungan Ilahi..

 

*buat rakan rakan yang akam memasuki IPTA/IPTS, diucapkan selamat menempuh alam dan hidup baru.moga terus utuh menghadapi pelbagai pahit manis di dalamnya.. :)*

©Wan Muhammad Syafiq, 2.30 pm. Sabtu, 21/5/2011

Friday, May 20, 2011

review.Wherever You Are – Sami Yusuf. :)

assalamualaikum.

salam semua! pe khabar? harap agar semua sihat sihat belaka..alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk terus menulis apa yang terbuku dalam hati dan jiwa.. :)

Wherever You Are

gambar di ataslah tajuk utama bagi entri hari ini.Alhamdulillah, album nie sudah berada dalam simpanan sejak hari pelancaran lagi, iaitu 29 October 2010. :)

sedikit informasi tentang album ini :

-Album studio ketiga Sami Yusuf

-mengandungi 14 lagu

-kebanyakan lagu dan lirik dicipta sendiri oleh Sami Yusuf kecuali untuk beberapa buah lagu.

sebelum ini, kita mungkin terdengar tentang ura ura Sami Yusuf mengeluarkan album ketiga beliau yang bertajuk Without You.Namun begitu, Sami Yusuf mendakwa album itu dikeluarkan tanpa kebenaran dan keizinannya.

     Without You 2

Kesan daripada itu, beliau bertindak keluar dari syarikat rakaman tersebut dan menyertai syarikat rakaman yang lain.Apa yang berlaku anntara mereka mereka hanya Allah sahaja yang tahu dan kita mengharapkan yang terbaik buat kedua dua pihak. :)

Hasilnya seperti yang kita lihat, lahirlah album Wherever You Are ini.

sedikit petikan kata kata Sami Yusuf tentang album ini :

“Wherever You Are is deeply personal to me.It can be actually considered a “mini diary” of events than have taken place from 2007-2010.Every single word and note from this album is from the very depths of my heart and soul.”

apa yang kita boleh lihat disini, album ini adalah rakaman perjalanan beliau dalam mengharungi tempoh yang sukar bila mana beliau berselisih faham dengan syarikat rakaman terdahulu beliau.

Dengan keluarnya album ini, maka Sami Yusuf memberikan genre yang beliau cipta sendiri untuk keseluruhan lagu dalam album ini.genre ini dipanggil “Spiritique”. app maksud genre itu..? beliau memberikan penjelasan :

"It incorporates and utilises Middle Eastern and Western harmonics, underpinned by spirituality. It's all-encompassing, all-inclusive," he says. "It will utilise music as a facilitator for spiritual appreciation, regardless of race and religion."

Memetik lagi kata kata beliau :

“My first album described my love for Islam and my passion for the faith. My second album talked about my utopia for humanity and this third album is about who I am and the reality of the day and age we are living in. It talks about hypocrisy, of people who use religion for power… it's quite dark."

kalau dengarkan semua lagu dalam album ini memang menepati ciri2 yang Sami Yusuf sebutkan di atas, lagu lagunya semua terasa “dark” :)

ini pula ialah tracklisting untuk album ini :

1.Wherever You Are

permulaan album yang baik.dengan gitar akustik memainkan peranan pada intro dan outro.memang sayu lagu ini.berentak sedih dan meruntun hati.

lagu ini menceritakan tentang kita yang mencari Allah bila dalam sukar dan diuji dari Nya. :) di mana pun Dia, kita seharusnya berdamping dengan Nya. satu lagu yang sangat personal pada diri aku.:)

2.Salaam

lagu yang menggambarkan situasi dunia pada hari ini.

dengan hanya kedamaian yang mampu menjadi penawar racun dunia, yang semakin menggila.

sangat tertarik kepada outro lagu ini.rancak dan bersemangat.

 

3.Without You

Lagu ini dirakam semula. kesan daripada pengeluaran album Without You, Sami Yusuf hanya merakamkan semula lagu ini dan “In Every Tear, He Is There” (bertajuk He Is There dalam album Without You).

lagu yang lain semuanya diconsiderkan sebagai tak valid. ;) Menceritakan tentang bagaimanakah kehidupan kita tanpa bimbingan dan panduan Allah s.w.t.. :)

4.You Came To Me

Single pertama yang dikeluarkan dari album ini.

lebih kurang setahun juga untuk menunggu album penuhnya keluar.kerana lagu ini direleasekan pada bulan Ramadhan 2009.

menceritakan tentang dirinya yang mencari cari kekuatan diri, sambil mengharapkan kasih dan sayang dari Nabi Muhammad s.a.w :)

5.Give The Young A Chance

Lagu yang berentak rancak, dan juga upbeat. diselang seli dengan sedikit violin yang rancak.

lagu ini tentang peranan anak muda pada zaman kini yang perlu diberi perhatian dan dididik sepenuhnya, kerana merekalah permata untuk masa depan sesebuah negara dan bangsa :)

6.Trials Of Life

Sedang jatuh cinta dengan lagu ini.my current repeated track, mengisahkan tentang cubaan dan rintangan dalam hidup,

yang hanya dapat dilalui jika kita betul2 yakin dan percaya kepadaNya.  :)

7.Worry Ends

Sangat dark.dan rancak.

ada kaitan dengan apa yang apa dilalui beliau semasa menghadapi kesukaran.mesej yang paling penting ialah kegusaran itu akan hilang jika diletakkan kepercayaan. :)

juga menasihatkan supaya jangan bersedih semasa menghadapi kesukaran dalam dunia ini. :)

8.Fragile World

kalau ikut ranking track terbaik dalam album ini, lagu ini akan menduduki tangga teratas. :)

Lagu ini ada sedikit sarcastic.  :O

Even susunan lagu dan lirik pun macam memerli seseorang, namun hanya beliau dan Allah yang tahu..lagi pun lagu ini datang ikhlas dari hati beliau setelah melalui segala macam dugaan sebelum album ini keluar.. ;)

 

9.In Every Tear, He Is There

Satu track yang khusus untuk charity, yakni buat mangsa gempa bumi di Haiti sedikit masa dahulu.

namun lagu ini telah membuka jalan untuk Sami Yusuf melebarkan bantuan kepada mangsa mangsa kejadian yang lain diseluruh dunia. mesejnya..? dalam setiap kedukaan, yakinlah Dia sentiasa ada di sisi kita.. :)

10.Make Me Strong

Track yang aku rasa sangat dekat di hati Sami Yusuf. beliau meminta kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi cabaran di hadapan..

Official video tak keluar lagi.buat masa nie nikmati video yang dibuat oleh Ustaz Zaharuddin.ada juga pengisian rohani yang diterapkan. :)

11.No Word Is Worthy

Satu kelainan, bila mana Sami menyanyikan satu lagu dalam 4 bahasa(tak lain pun, dia dah pernah buat dalam lagu Hasbi Rabbi, dalam bahasa English, Urdu dan Arab).

dalam lagu ini beliau menyanyi dalam bahasa English, Urdu, Farsi dan Bahasa Malaysia.Note yang lirik Bahasa Malaysia ditulis oleh Yasin Sulaiman.(ala yang nyanyi lagu Nur Kasih The Movie tuu)

mesejnya..? tiada kata yang lebih bermakna selain zikir (Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah dan Allahu Akbar) :)

12.Healing(Bonus Track)

Track yang sebenarnya tidak dimuatkan dalam album, namun setelah dikeluarkan mereka memutuskan untuk memasukkan ke dalam album ini.

Kolaberasi antara Sami Yusuf dan pengarah International Medical Center, Dr Walid A. Fataihi

sedikit petikan dari samiyusufofficial.com :

“This partnership and hence the project envisions to indoctrinate the belief that you will find someone to hold your hand when you need to because you held another person's hand when they needed you; of being there for people and they will be there for you just like loving and caring for your parents, to be loved and cared for when you will be a parent. With realization of this vision and mission, a unified society standing up for one another as a family can be envisioned. It would be possible to imagine a world without a person in need because need is not only confined to material parameters. A needy could also do with people's care and sense of compassion”

ah.panjang sangat.kesian korang nak baca panjang2.

pendek kata, kita semua mampu menyembuhkan.bermula dengan hanya sekuntum senyuman.dan slogan lagu ini adalah “heal and you will be healed.” cool kan? :)

“A simple act of kindness, a kind word or a smile could be acts of healing.” :)

 

Maka itulah ,satu bedah siasat tentang album terbaru Sami Yusuf ini.pada aku ini adalah album terbaik sepanjang beliau bergiat dalam bidang seni.segala nyanyian dipersembahkan dengan ikhlas dan dapat dirasai sehingga ke dalam nadi.

Satu trivia tentang Bro Sami nie, sebelum setiap sesi rakaman dia akan mengambil wuduk..mungkin kerana itu nyanyiannya ikhlas dari hati. :)

Memang berbaloi kalau album ini ada kat Malaysia.insya Allah aku akan beli yang original walaupun sekarang cuma dengar yang download version..Bro Sami, maaf yer.hantarlah satu CD kat saya, nanti saya bayar.. :D

sekadar itu sahaja.aku bukan nak paksa korang dengar ke apa, tapi this guy nyanyi ikhlas dari hati dia.and i’m one of his fans right now.

Wassalam. :)

Wednesday, May 18, 2011

new dawn, under new spiritique! :)

Bloggie Bloggie Blogger Blogger Yeahhh!

Assalamualaikum. haha.mesti semua tertanya tanya, apa kejadahkah slogan diatas? ia adalah satu group yang di mana mengumpulkan the think tanker*echehh* dalam memikirkan segala isu..so, for starters, mari kita sentuh, pasal bangsa sendiri, bangsa Melayu. sedikit sedutan sajak Malique dalam albumnya OK :

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti di kata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati
Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

sangat sangat mendalam.well, kita mewarisi perangai*read: adab* sejak zaman nenek moyang kita lagi.

tidak stand up jika perlu,

lebih suka mendiam dam membatu,

dikatanya nanti melulu,

jika bangun menuntut hakmu.

satu lagi quote yang agak menarik..*kita sangat bertolak ansur, hinggakan kita ditolak beransur ansur*

contoh paling dekat, dalam kampus sendiri. ada segelintir anak muda kita sangatlah..boleh kata tidak aktif.kekadang semasa bertukar tukar pendapat, terlintas di fikiran..adakah mereka ini tiada hala tuju? sekadar masuk u untuk merasa campus life..itulah Melayu. tambah tambah sikap “tak pe la”…

please.we have to wake up. for how many years we’ve been asleep and yet, not awakened. melihatkan suasana negara ketika ini,sangatlah membimbangkan  apabila mostly Melayu pun makan Melayu jugak.

dalam business, pernah kita dengar, lihat dan nampak company yang dikuasai Cina berpecah? atau pun berlaku perebutan saham? atau pun company yang disabotaj oleh bangsa lain? tak ada. semuanya Melayu punya kerja. ambil contoh Les Coupaque.*creator of Upin Ipin*. pernah dengar BoboiBoy? yang perekanya adalah bekas pekerja*read : idea asal Upin Ipin datang daripada dia*

see?

akhirnya, satu buku yang masih malar segar.

dan juga sebagai penutup tirai :

Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya.Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu

.. :)

Assalamualaikum.

Saturday, May 14, 2011

genap seminggu menempuh chapter baru. :)

Assalamualaikum.satu sajak yang tak ada kaitan dengan tajuk.tapi nilai2 sendiri..harap ada iktibar dari sajak ini.. :)

tika aku melangkah masuk

terasa damai di hati

aduh, ini baru pertama kali

tapi rasa seperti aku sudah lama disini

 

luaranmu tampak biasa sahaja

namun di dalamnya terkandung hikmah dan cerita

di mana kami sujud ke arah satu qiblat yang sama

tempat yang melahirkan rasa mahabbah dalam jiwa.

 

jarakmu tidaklah sejauh mana

bahkan tidak sampai sebatu jua

seruan darimu kedengaran apabila tiba masanya

menandakan aku harus memenuhimu dan mengimarahkannya.

 

terkenang masa dahulu

aku bergegas bila masuknya waktu

bahkan pengisian selepas solat itu

membuatkan aku berteleku, khusyuk mendengarnya

 

pernah jua ada masa

menziarahimu bukan dalam agenda

walaupun jauhmu sepelaung jua

mohon maaf ku pinta, dek kerna hati yang belum sempurna

dan juga dihasut syaitan durjana.

sesal ku tak terhingga, hinggakan aku merasa hina.

 

kini aku sedang cuba

menggagahkan diri untuk bergerak ke sana

melawatimu tika masanya

moga Allah permudahkan jua.. :)

 

suraau

©Wan Muhammad Syafiq, 5.45 pm. Sabtu, 14/5/2011.

Saturday, May 7, 2011

doa itulah sebaik-baik hadiah. :')

aku mendongak ke langit

bintang bertebaran di angkasa

bulan memancarkan cahayanya

walaupun hanyalah bulan sabit jua.

 

merenung seketika

teringat tentang usia

dah 21 tahun rupanya

aku berkelana, mengembara

berjalan ,melihat, dan mentafsir dunia

dari anak orang, dah boleh jadi bapa anak gayanya ^_^

 

DSC00009

dari putih macam anak dara

kini dah besar, hitam, matang (tak sepenuhnya) ^_~

itulah aku jua

Wan Muhammad Syafiq yang sama

aduh, apa yang akan berubah kiranya!

 

mungkin pemikiran dan fikrah berbeza

tak bermakna kamu dan aku tak sama

Allah itu Tuhan kita

Kaa’bah itu qiblat kita

Islam membuatkan kita bersaudara

nah, betapa banyak titik temunya? :)

masih banyak yang lompangnya

antara aku dan Dia

masih banyak kelemahan ku jua

dalam urusanku dengan mereka

DSC00026

maafkan hambaMu yang hina

maafkan saudara kamu yang hanya seorang manusia.

 

terima kasih, semua

kerana aku sudah dewasa

*eh, dah boleh mengundi rupanya*~

DSC00847

ke tahap ini aku sampai jua

ucapan tertinggi ditujukan kepada Dia

tanpa Dia, wujudkah lagi aku di dunia..?

 

akhir kata

terima kasih buat semua

dengan segala iringan kata kata

berserta doa yang tak pernah putus jua

 

bukanlah kereta yang ku pinta

mahupun handphone buat hadiah jua

ucapan dan kata kata sudah bermakna

 

namun, terima kasih atas semua doa kepadaNya

kerana doa itu adalah sebaik baik hadiah buatku jua. :)

 

DSC-0000054

©Wan Muhammad Syafiq, 11.10 pm. Sabtu, 7/5/2011.

*terima kasih kepada semua atas ucapan dan kata kata perangsang pada hari yang istimewa kepada Wan Muhammad Syafiq Bin Wan Nazlan…semoga ukhwah yang dibina atas tali tali Allah ini terus berkekalan sehingga akhirnya :)*

*terima kasih juga atas posting di wall dan juga message yang dihantar ke handphone saya..sungguh berbesar hati mengenangkan saya masih dalam ingatan anda semua..mana yang terkasar atau terasa, mohon ampun dan maaf dipinta…*

*akhir kata, marilah kita bersama sama menggapai cintaNya..saya ingin menjadi jiran tertangga anda di syurga, jika diizinkanNya…cukup sekadar menitipkan doa buat saya, kerana doa itulah sebaik baik hadiah..:)*

Thursday, May 5, 2011

Snippet.


Assalamualaikum.

Dek kerana periksa, dek kesibukan masa, sajak saja mengisi ruang ini sepanjang April yang lalu. maaf kalau ada terasa atau mungkin makan hati atau pun sekali terkesan dengan sajak sajak itu..itu hanyalah sekadar luahan hati terhadap apa yang terjadi di sekeliling ini.. :)

maaf, hanya singgah sementara. buat pembaca, terima kasih kerana terus mengikuti tulisan ini jua. quick info, paper seterusnya pada 7hb May(guess what day it is! :)) dan ada 2 paper berturut, pagi dan petang pada 10 hb May...seterusnya..? tunggu bagi abis finale ini dulu..banyak banda nak bicara, namum sekadar ini dulu. insya Allah ketemu lain waktu~

salam. :)


Saturday, April 30, 2011

pemergian.

Assalamualaikum.

akhirnya

kau pergi jua

setelah seminggu bertarung nyawa

bersama disisimu seluruh keluarga

setelah semua duga dari Nya

akhirnya…

 

walaupun kesihatanmu tidak menentu

malah semakin merosot, dari apa yang ku tahu

tak putus putus doa buatmu

bak dari rakan, sahabat mahupun pensyarahmu

apakan daya, Dia lebih tahu

dan itulah jalan yang lebih baik untukmu.

 

walaupun sekejap sahaja

terasa seperti sudah lama

walau hanya sepatah dua

namun ingatan diri terbuai juga

kamu baik di mata semua

moga Allah sahaja dapat membalasnya.

 

walau hayatmu sesingkat ini

insya Allah kebaikanmu terus mengalir

*beruntung kamu, bukan?*

kerana sudah terlepas dari azab dunia

dibandingkan dengan aku, yang masih dalam alam fana

sudah pasti dosa itu menggunung jua

berbanding dirimu yang sudah rata.

 

permergianmu jua

ingatan buat aku di dunia

detiknya pasti tiba

adakah kita bersedia..?

© Wan Muhammad Syafiq, 10.02 pm, Sabtu, 30/4/2010.

*mohon disedekahkan al fatihah kepada Nor Masturah Bt Che Johari, sahabat saya yang kemalangan seminggu lepas.beliau meninggal dunia petang semalam.semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al – Fatihah~*

Wednesday, April 27, 2011

buat yang menghadapi peperiksaan *dan baru nak mula* :P

masanya tiba lagi

saat pen, kertas menjadi bahan terpenting kala ini

dan perpustakaan pun penuh setiap hari

ya, itulah musim peperiksaan akhir

buat semua yang lelah melalui 14 minggu sebelum ini.

 

kelainan pada kali ini

untuk memberi peluang cuti yang panjang nanti

jarak antaranya hanyalah beberapa hari

banyak rungutan dan komentar diberi

jawapannya?

“tak ada masalah jika bersedia sedari awal lagi”

terdiam semua dek kata kata ini. :)

 

manusia berbagai rupa tika saat ini tiba

ada yang yakin dengan kebolehannya

ada yang resah gelisah tak terkata

ada yang baru memulakan musim ibadatnya

 

siapalah aku untuk berkata kata

kerana aku juga sama seperti kamu semua

ada masa imanku naik dengan setinggi tingginya

ada pula ia menurun dek kerana dosa

 

hanya Dia yang layak mengadili

apa usaha dan perbuatan kita selama ini

teruskan dengan seihklas hati

moga Allah mengganjari di akhir nanti.

© Wan Muhammad Syafiq, 10.43 pm, Rabu, 27/4/2010

*buat semua yang mengambil peperiksaan akhir, Bittaufiq wannajah fil imtihan insya Allah!* :)

Tuesday, April 26, 2011

buat teman yang menghadapi dugaan.

Assalamualaikum.

usai membaca pesanan ringkas itu

aku terpana, sedih, terkelu.

 

adakah benar ianya kamu

di mana pada minggu minggu yang lalu

segaris senyum terukir di bibirmu

tatkala kamu sedang berkenalan denganku.

 

hati jadi haru mengenangkan nasibmu

terasa ingin segera kembali

untuk mengetahui keadaan situasi ini.

 

bila memasuki bilik itu

sayu dan hiba di hati

melihatmu lemah sambil keluarga di sisi

tangisan ayahmu gugur di pipi

tatkala ibu sebak, namun tenang sekali.

 

Ya Allah ,hamba Mu yang hina ini meminta

kepada Kau yang Maha Sempurna

permudahkanlah ujian mereka

dalam menempuh dugaan

yang hanya Kau tahu apa hikmah di sebaliknya.

 

sesungguhnya cubaan kepadamu

adalah peringatan buat diriku.

© Wan Muhammad Syafiq, 10.15 pm, Selasa, 26/4/2010.

*mohon didoakan kesihatan dan kesejahteraan 2 sahabat saya yang sedang dalam rawatan di hospital kerana terlibat dalam kemalangan, yang mana salah seorang dari mereka dalam keadaan kritikal dan tenat. harap doa anda semua dapat menyembuhkan mereka, dengan izin Allah.insya Allah.terima kasih*

Tuesday, April 19, 2011

kembalinya aku…

Assalamualaikum.

kembalinya aku

menjejak tanah itu

tanah yang suatu ketika

aku berlari, terjatuh, menangis di situ.

 

setelah dua purnama itu

ditahan, dipendam segala rindu

bukan aku tidak mahu

tapi kerana kesibukan ku

*ahh, alasan semua itu!*

 

benar, aku mengaku.

memang salahku untuk tidak berhubung selalu.

usahkan mengutus surat,

bertanya khabar pun amat jarang

apatah lagi menalifon ke rumah?

 

kini aku kembali

walaupun kesempatan itu

hanya seminggu.

 

itu sudah cukup buatku

buat mengubat demam rindu.

 

© Wan Muhammad Syafiq, 8.25 pm, Selasa, 19/4/2010.

Tuesday, April 12, 2011

dengan susah payah….

Assalamualaikum. :)

dengan susah payah

dengan penuh lelah

ku habiskan semua itu

rukun ke rukun

sehingga akhirnya aku duduk, berteleku.

 

ku bermonolog

“apakah malang nasib ku!”

duhai hati, jangan begitu

masih ada orang yang lebih susah darimu

tetap lalui liku liku itu

dengan senyuman yang tak penah pudar

jauh sekali untuk merasa hambar.

 

orang kata, sakit itu pencuci dosa

benar, banyak dosaku kepadaNya

kalau tidak, takkan dugaNya sebegini rupa

setimpal dengan kesalahan aku yang lama.

 

dengan susah payah

kakiku bergerak mengatur melangkah

menuju ke rumah Allah….

 

© Wan Muhammad Syafiq, 9:00 pm, Selasa, 12/4/2011.

Sunday, April 10, 2011

Sajak lagi. Anda diberi penghormatan untuk memberikan tajuknya.. :)

Assalamualaikum.

hati itu

ke mana nak dituju?

ah, sehingga kini masih tercari cari arahnya

di atas sebuah jalan seluas saujana

 

hati itu

ke mana nak dituju?

ke kanan yang penuh tipu

atau ke kiri yang selalu memburu?

ke depankah yang menuntutku supaya bergerak laju

atau berundur ke belakang, merenungi masa lalu?

 

hati itu

ke mana nak dituju?

bukan semua jalan benar itu lurus

bukan semua jalan luas itu tulus

bukan semua jalan sempit itu susah

bukan semua jalan landai itu mudah

 

hati itu

ke mana nak dituju?

apa yang kutahu

destinasiku satu

hanya satu.

 

 

hati itu

ke mana nak dituju?

YouTube - Sami Yusuf - Healing.flv_000209360

© Wan Muhammad Syafiq, 6:00 pm, Ahad, 10/4/2011.

Thursday, April 7, 2011

kembali dengan sebuah sajak.pendek je.. :)

Assalamualaikum.

lembaran itu

sehelai demi sehelai ku buka

tampak seperti sudah lama tidak kubaca

hurufnya juga kelihatan asing di minda.

 

ku baca satu persatu

apa yang dijelaskan di situ

terasa semuanya seperti dahulu

tika masa tertentu, kau menjadi teman setiaku

aduh, alangkah hipokritnya aku!

 

yang sebenar benarnya

walaupun kau tidak boleh berbicara, berbual bersama

hatta menegurku jua

aku mengaku

aku segan dan malu padamu

kerana ku berpaling kepadamu

setelah aku dipaling dari manusia

 

dari itulah

aku memohon supaya

diberi kesihatan sepanjang masa

buat menatap dan membaca lembaranmu

yang penuh dengan ayat ayat cinta dari Nya

 

moga hari hari seterusnya

aku ku setia bersama

kerana aku tahu

kau boleh menbantu

buat membersihkan hati dan jiwa ku.

… :)

© Wan Muhammad Syafiq, 8:49 pm, Khamis, 7/4/2011.

Tuesday, March 1, 2011

Hasil dapatan daripada satu perkongsian. :)

CINTAI NABI BAWA KE SYURGA

Alhamdulillah, pada 25 Februari yang lalu saya bersama rakan rakan teleh diizinkan Allah untuk menghadiri ceramah sempena Maulidur Rasul 1432H yang bertempat di Dewan JKKK Kg Bujang. Ceramah ini disampaikan oleh Ustazah Asni Abu Mansor Al Hafizah.

Pada awal ceramah, beliau telah menceritakan tentang kelebihan manusia sehingga Allah telah bersumpah di dalam Al Quran dalam surah Tin. Allah telah bersumpah dengan buah tin, zaitun dan juga Bukit Tursina. Perkara yang tersirat di sini adalah kesemua yang Allah telah bersumpah itu adalah barang ataupun benda yang begitu baik sekali. Begitu juga kejadian kita ialah sebaik baik kejadian yang diciptakan Allah s.w.t. Namun begitu beliau mengingatkan agar kita tidak merasa bangga dengan apa yang telah disebutkan oleh Allah kerana malangnya kita masih belum menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Nabi yang boleh dijadikan contoh yang amat tepat dalam usaha kita menunjukkan cinta kepada Rasulullah. Sahabat yang dimaksudkan adalah Bilal bin Rabah. seperti mana yang kita semua tahu, Bilal bin rabah adalah muazzin yang sangat digemari Rasulullah walaupun nahunya tidak berapa tepat. Kami diceritakan tentang Bilal yang mana setiap kali selepas azan, beliau akan terus menuju ke rumah baginda untuk mengajak baginda mengimamkan solat berjemaah. Perkara ini beliau teruskan sehinggalah baginda wafat. Beliau terlalu sedih dengan pemergian baginda sehinggakan beliau tidak lagi azan, kerana rindunya yang sangat mendalam kepada Rasulullah s.a.w. Bilal juga merasa sebak tatkala berada di Madinah kerana di mana mana sahaja Bilal akan ternampak kelibat nabi, di mana Bilal terpaksa meninggalkan Madinah dek terlalu hiba dengan kewafatan Nabi.

Seterusnya, Ustazah Asni mencerita bagaimana untuk kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Nabi, walaupun beliau sudah wafat beribu tahun lamanya. Selain daripada memperbanyakan selawat ke atas baginda, kita juga boleh menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w melalui kasih sayang kita terhadap ibu kita. Ini dapat dijelaskan lagi dalam sebuah hadith di mana ada seorang sahabat bertanya kepada Nabi, siapakah yang harus dia turuti selepas Allah dan Rasul Nya. Baginda menjawab “ibumu” sebanyak 3 kali dan ketika diajukan soalan itu buat kali keempat barulah beliau menjawab “ayahmu”. Ini menunjukkan betapa tingginya darjat seorang ibu di sisi Islam.

Kesimpulannya, pada setiap masa dan ketika, kita haruslah menunjukkan rasa cinta kita kepada Allah dan Rasul Nya, supaya kita mendapat redha Allah dan syafaat baginda di akhirat kelak.