Sunday, December 26, 2010

sebulan berehat.

Assalamualaikum.

 

rasa nak tambah lagi puasa berblogging nie.

 

nie kira hari hari pertama raya ja.

 

tunggu aku puasa enam yeh.

 

akan kembali pada 2011. :P

 

nah, santapan mata. :

PC222324

sementelahan percutian di teluk batik baru baru ni.suka gambar ini.macam style, dowh! :P

 

take care all.

salam.

wan_temen :)

Friday, November 26, 2010

An open letter from heart to myself.

Assalamualaikum.

Apa khabar wan ? semoga sihat sejahtera hendaknya dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Aku di sini alhamdulillah, sihat senantiasa.lagipun kesihatanku bergantung kepada cara kamu menjaga aku.baik kamu, baiklah aku. :)

Aku telah mengetahui yang kau sedang dalam proses sukar seminggu dua ini.tak perlu tanya dari mana aku tahu.bukankah kita adalah satu? :) aku cuma nak katakan, lakukan sahaja apa yang kau rasa betul.manusia ini bermacam ragamnya dan yang pasti, tidak semua orang dapat kita puaskan hatinya.namun begitu,janganlah sesuatu yang kau buat nanti melanggar apa yang telah tersusun dalam undang-undang Nya.adalah menjadi satu pertentangan fitrah kita untuk melawan kehendak yang Maha Kuasa.

satu lagi nasihat aku, aku rasa kau akan lebih elok tanpa kehadiran seseorang so called “gelifriend” or else.jangan melatah dulu.cuma ingat pesan ibu kita yang berkali kali mengingatkan tentang pertingnya kau untuk menghabiskan pelajaran dengan cemerlang.lagi pun aku tengok kau sepanjang ketiadaannya tampak tiada bezanya.masih boleh meneruskan perkerjaan seperti biasa.percayalah wan, sekali terjebak, selamanya dikawal rentak.adalah lebih baik jika kau tumpukan pada pelajaran kau sekarang ini.perjalanan masih jauh wan.insya Allah jika ada jodoh yang telah tertulis pada kau serahkan sahaja padaNya.usah dipeningkan kepala dengan apa yang melanda kau sekarang ini.

wan, rajin rajinlah kau untuk mendekatkan diri padaNya.kerana bukankah cinta dari Nya yang kita cari selama hidup di dunia ini? insya Allah, jika kau mencintaiNya, Dia akan hantar seseorang sebagai pemangkin untuk mendekatkan lagi diri kau dengan Nya. :) aku tahu, kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan dan dosa, namun begitu, bukankah Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani? :) aku juga tahu, sebab kau memburu perkara yang tak sepatutnya ini adalah kerana kau ingin mengisi kesepian dalam jiwa kau.Allah..kita telah bincangkan ini lama dahulu! kau sedang lalui segalanya dengan baik semasa tamat pengajian diploma kau dahulu.yah,aku juga ada bahagian untuk dipersalahkan dalam hal ini kerana terlalu mengikut perasaan seterusnya menasihati kau supaya mengikut aku.aku mengaku, itu salah aku.

berikan aku peluang membetulkan diri kita sama sama.mari kita mendekatkan diri kepadaNya.ayuh kita menjadi insan yang lebih berguna.tentang perasaan itu, elok diketepikan dahulu. :) percayalah wan, masa untuk itu akan ada, dengan sendirinya.fokus kepada perkara yang perlu dikehadapankan dahulu.

akhir kalam,aku ingin meminta maaf atas segala nasihat aku yang kadang kala melarikan kau dari jalan sebenar.aku harap kau maafkan aku, dan juga didiklah aku bagi membezakan antara benar dan batil.mari kita sama sama mencari redha Nya..

ikhlas,

Hati.

=itulah surat terbuka dari hati,harap dapat merenungi dan menginsafi diri..=

 

ini, pernah keluar  dari hati.sekali lagi, aku ulangi.takkan tiap kali kecewa perlu diulangi? nampak sangat tak belajar dari kesilapan. moga Allah mudahkan segala…  ~ulangsiar 29 Februari 2012~

Saturday, November 13, 2010

Going Back. :)

Assalamualaikum.

masuk kepada bumper edition entry yang kedua.alhamdulillah usai sahaja entri semalam, terus merangka fikiran untuk entri ini.. :)

going back, dalam konteks ini ialah mengimbau kembali kenangan semasa mula mula baru memasuki u.. :)

tanggal sekitar bulan 5 dan 6, aku mendapat sepucuk surat daripada UiTM mengatakan aku berjaya memasuki salah sebuah kampus untuk mengambil pengajian diploma dalam jurusan perniagaan..pertamanya aku mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di situ.jujur aku katakan kalaulah tak dapat masuk ke UiTM aku tak tahu nak pergi mana atau hala tuju aku seterusnya..maka persiapan pun dilakukan dengan berdikit dikit,antara perkara yang dilakukan ialah menyiapkan segala macam dokumen yang berkaitan, memohon bantuan zakat dan juga mengisi borang PTPTN(sebut PTPTipu) :P

erkk.macam dokumentari pulak ekk? okay here is wan’s style of story telling. do read : :)

dah siap segala, fajar 30 October 2007 pun menyingsing buat aku memulakan hari sebagai seorang mahasiswa UiTM..bertolak dari rumah opah aku dalam pukul 8 pagi,dengan iringan doa juga kata kata semangat dari sepupu dan juga uncle dan aunties aku. :) bertemankan zharif a.k.a. boboy kereta meluncur laju membelah sinaran pagi ke destinasi. dalam pukul 10 pagi kami sampai di perkarangan UiTM..sempat juga ibu aku buat lawak mengatakan : awak nie belajar kat pendalaman ke syafiq(sebab jalan nak ke dalam tu agak deep) :)

setelah selesai segala macam pendaftaran,aku pun dibawa ke bilik tempat aku menginap.biasala, budak freshie kenala duduk tingkat paling atas sekali.macam heaven.yes macam HEAVEN.tinggi, menghadap library, sejukk(pagi pagi), n suasana yang besh!!

bagi memendekkan entri, :P

banyak sekali kenangan masa aku mula mula masuk part 1 dahulu..ingat lagi, aku bawak jam loceng..jadi jam aku la dok berbunyi tiap tiap pagi..tapi nak tahu pukul berapa? pukul 4 cukop! :P terkenang lagi ;

wan, jam kau tu set pukul berapa tiap tiap pagi?

err, entah , aku pun tak tahu, nape?

lain kali set la pukul 6 ke, kul 7 ke..nie kau set kul 4 pagi, sapa nak jaga abang oii.dahla kau tido bagai tak ingat dunia.kalau kau matikan tiap tiap kali bunyi tak pe, nie aku kena turun dari tingkat atas semata mata nak tutup jam tu!

erkk.aku lupa lambatkan masa kot.kes MMS punya pasal la nie (maklum, MMS atau pun Minggu Mesra Siswa memerlukan new student untuk bangun awal tiap2 pagi, jadi ingatkan jam loceng tu membantu tika itu, rupanya dah habis MMS pun aku lupa untuk set seperti normal!) jadi kawan aku tu tensenla tiap2 kali bunyi dia kena turun dari katil g tutup, dan naik semula untuk tido! :P

satu lagi cerita ;

aku ada seorang lecturer masa part 1, agak tegas dan serius dalam kelas. antara kata-katanya yang aku ingat ialah :

kamu tak ada alasan kalau datang lambat ke kelas.dahla kamu duduk dalam, sepatutnya kamu boleh sampai lebih awal dari saya.ini tidak, saya yang duduk di Butterworth boleh datang lebih awal dari kamu,inikan pula kamu?

nak dijadikan cerita(kalau tak tak jadila cerita), aku adalah antara orang terawal datang ke kelas.yela dah duduk dalam kan, selalunya dalam 7.30 dari kolej aku dah gerak nak ke kelas. pada suatu hari…

emmh, pukul berapa nie..(hp ringing)

melihat ada mesej masuk dan membukanya)

wan, kau tak datang kelas ke?

erkk,(lihat pada jam tangan) pukul 8 wehh!

segera mandi(kambing), bersiap dan terus berlari(lari anak )ke kelas.sampai sahaja..

(ketuk pintu) Assalamualaikum puan.

hah, kenapa lambat?

tak ada alasan puan.

dah, pergi duduk(fuhh selamat tak kena bambu) :)

haha, kenangan kot…seb baik juga, aku ialah kelas rep bagi subjek tu.

amalan datang awal nie masih aku bawa sampai ke peringkat degree sekarang.sampaikan kalau aku datang lewat je, kawan kawan semua sibuk mesej atau talipon tanyakan khabar ”kau datang kelas dak”? hehe.kalau aku tak dapat hadir, at least aku gtau siap2.. :)

ada banyak lagi nak cerita, namun aku rasa cukup setakat itu dulu buat kali ini.bagi kome ternanti nanti.hehe.ingatkan kau tentang satu lagi entry, janji aki kepada kome tau! :)

insya Allah jika masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas dan mencoret, akan bersua lagi insya Allah.. :)

signing off, take care all.

salam.

wan_temen :)

p/s ; mencari empunya penanya soalan berkaitan blog.ngaku cepat! :P

Friday, November 12, 2010

Chapter 1, Bab Degree : The End.

 

Assalamualaikum.

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang masih memberiku peluang untuk bernafas dan berjalan atas dunia yang fana ini..

 

Ohh agak lama tidak corat coret di sini yaa.<sigh> al maklum hidup sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda, menuntut bukan sedikit pengorbanan yang diminta, bahkan kadang kala kena mengorbankan diri jua.namun, itu semua ada ertinya di sisi Nya, insya Allah. :)

Sekejap sangat masa berlalu, dah 6 bulan yakni satu semester telah dilalui..alhamdulillah 6 hb hari tu aku dah abiskan paper terakhir unuk semester ini..secara keseluruhannya semester ini aku lebih banyak main dan terganggu dek faktor faktor lain.tapi secara jujur aku mengaku sekarang aku dalam satu fasa dalam hidup yang paling sukar bilamana aku sekarang berhadapan secara direct satu lawan satu dengan nafsu aku.Sesiapa yang kenal rapat dengan aku tahu apa yang sedang aku alami sekarang ini.

 

mostly keputusan aku berdasarkan pertimbangan nafsu dan mempengaruhi akal.Berat sungguh dugaan aku pada semester ini Ya Allah..sekarang bila dah abis semester ini, aku duduk duduk dan renungi adakah aku dah cukup kuat semester ini? usaha harus dilipat gandakan lagi.dan aku telah merancang jadual jadual yang akan dilakukan sempena cuti semester ini.doakan aku agar berjaya melunaskan hajat yang tersimpan dan semoga aku terus tabah dalam mengharungi mehnah dunia ini…

 

memang betul la, susah nak jadi baik.ia adalah satu proses yang berterusan dan tidak akan berhenti hingga hujung nafas nyawa kita..definisi baik pada kita berbeda dengan definasi baik di sisi Allah s.w.t. Namun, teruskan berusaha.cuba sedaya upaya dan serahkan segala-galanya pada Dia Yang Maha mnegatahui apa yang terbaik untuk kita, hambaNya. :)

 

ops, lebih kepada entri rasa pulak.

 

untuk informasi terkini, sebagaimana yang telah diberitahu,paper aku sudah selamatt pada 6hb tu. namun begitu, semester aku belum habis secara rasminya lagi.ini adalah kerana aku terpilih(alhamdulillah) untuk mewakili UiTM Kedah bagi acara KARISMA(Karnival Sukan Mahasiswa), satu acara sukan tahunan untuk semua sistem UiTM.aku dah lama simpan hajat nak pergi KARISMA ini.dari aku mula bermain ping pong secara aktif masa part 2 diploma dulu.ops, lupa pulak nak beritahu yang sukan yang aku akan sertai ialah tabble tennis atau lebih dikenali dengan ping pong. :)

 

nak cerita sejarah aku dengan ping pong nie panjang.ringkasnya aku mula bermain sukan ini di tingkatan 3.itu pun setelah diberi bat oleh uncle aku.aku masa tu duduk di kuarters guru(baru pindah dari Taiping).jadi petang petang aku akan ikut uncle aku untuk bermain ping pong.mula mula memangla, baru belajar kan, kena hentam saja la.tapi lama kelamaan aku minat sukan nie.sampai tiap tiap petang lepas asar aku akan turun main dengan guru guru lain.lain orang lain skillnya.ada yang suka main cut, ada yang suka bagi bola spin.aku masa tu mana la tau teknik2 nak main nie.jadi main belasah jela pukul.aku ada satu teknik ambil bola dulu.aku gelarkan teknik cangkul.haha nak tau sebab apa? aku ambil bola/servis orang dengam cara tarik bat dari sisi kanan ke kiri.nampak macam orang tengah mencangkul tanah..haha!nak dipendekkan cerita bila masuk balik UiTM, aku terjumpa seorang sahabat yang menghidupkan balik minat aku pada sukan ini. :)

 

nak sambung cerita nie aku masuk dalam entri lain k. :) rasanya dah dua entri aku janji kat kome semua.insya Allah dengan cuti nie adalah masa untuk menyiapkan itu semua.lagi pun bukannya assginment ke apa,cuma luahan rasa dan perkongsian pengalaman je.. :)

 

haha insya Allah akan datang, ahad nie ke Lumut(seyes duk je kat perak tapi Lumut pun tak pernah sampai)meneman sepupu aku yang buat lawatan ke sana..ala budak tabika Kemas je.nak cat lagi dapur rumah opah aku..maklumlah baru renovate. :) dan yang paing penting, persediaan ke KARISMA! :) insya Allah aku akan lapor diri pada 18hb nanti..doa doakan kejayaan aku juga kontinjen UiTM Kedah, insya Allah..

 

cukup sekadar sini dahulu, jika aku masih diberi ruang dan peluang, akan ku sambung lagi coretan ini.. :)

signing off,

 

salam.

 

take care all.

 

wan_temen

Thursday, October 28, 2010

The battle begins. :)

Assalamualaikum.

 

what’s up doc!(suara bugs bunny)

 

hehe.alhamdulillah.masih diberi peluang untuk jari jemari ini menari, seterusnya menukarkan sebuah isi hati menjadi satu entri. :)

 

untuk pengetahuan kome, aku sekarang di dalam mood final exam.(final la sangat, dok fb lagi tiap tiap hari.. :)

 

alhamdulillah, baru lepas satu paper petang tadi.tau apa aku nak kata? redah dan redha. hahaha.dah buat betul2 dah..yang tinggal hanya doa dan tawakkal kepada Nya.. :)

 

ada dua tiga perkara yang nak diperkatakan kat sini. mungkin selebihnya di lain entri. :)

 

1. kenangan masa mula mula masuk u.

hehe.tanggal 30 julai 2008, aku secara rasminya telah diterima masuk sebagai warga UiTM..maka bermulah sebuah lembaran baru dalam hidup aku..memasuki kampus Kedah, dalam aliran pengajian perniagaan..lebih lanjut akan direvealkan dalam entri “Going Back” :) anggapla nie teaser oke! haha

2. album baru Sami Yusuf – Wherever You Are  

 

                       79438697420622527

album yang dinanti nantikan selama 2 tahun..bermula debgan single “You Came To Me”, kemudian “Healing”, buat aku rasa nak mendapatkan album ini secepat mungkin! :)

 

 

ops, gotta go.ada hal.nantikan “Going Back” :)

 

take care all.

 

salam.

 

wan_temen :)

Friday, October 22, 2010

The road to finale. :)

Assalamualaikum.

 

pekabo yop, yong, stalker, reader, follower and the all –er sekalian? hihi.alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menarikan jemari diatas papan kekunci, bagi berkongsi dan juga memberi segala isi hati. :)

 

Masanya tiba lagi, untuk menghadapi peperiksaan akhir pada setiap semester. seperti biasa, kami para pelajar UiTM diberi study leave atau lebih popular dengan panggilan study week.satu tradisi yang harus dibicara di sini, nama sahaja ialah study week, namun tanyalah sebilangan pelajar yang “balik ke kampung untuk mengulangkaji pelajaran”.hehe UiTM clans, u know what i mean rite?

 

maaf kalau ada yang rasa offended dengan statement di atas.namun itu ialah kenyataan dan juga facts.ala even aku sendiri pun mengalami masalah yang sama. jadi kita dalam satu ruang lingkup yang sama di sini. :)

 

deeper explained, student2 yang balik ke rumah semasa study week tak study.yes.tak study.bawak la balik buku segala alam pun.sampai umah macam macam obligation yang kena dibuat! :) yang siswi dengan kerja rumahnya, siswa dengan malasnya.so buat berat je bawa buku balik banyak banyak.haha

 

pengalaman aku dalam situasi ini? well, selalunya aku bawa buku pulang.tapi bukan semua subjek la.1st paper je dah kena ada dalam UiTM. :)bawak satu buku yakni subjek pertama sahaja.kadang kadang tebabas jadual gak.pergi umah kawan la, ikut family g tempat lain.hihi so al-maklum dan faham la. :P

 

dan pastikan disiplin diri itu tinggi untuk study di rumah.banyak gangguan dan distraction yang mencairkan “iman study kita” :).susah susah sangat,tak perlu balik.ye untuk homey yang”nak mintak restu ibu bapa”, ala cakap je la kome home sick, kay? restu mereka sentiasa ada untuk kita, tak kisah la kita balik ke atau tidak.cuma jangan khianati kepercayaan yang mereka beri pada kita, okay? :)

 

nak dijadikan cerita, aku tak balik untuk study week nie.namun locus control aku macam lebih banyak main jee(!)(?) haaa.sapa nak fire aku ? :P jom sapa nak argument, duduk umah atau stay in kampus waktu study week? :)

 

ops, sampai sini dulu.nak g study. :P

 

take care all.

 

salam.

 

wan_temen :)

Friday, October 15, 2010

sekadar mengisi. :)

Assalamualaikum. :)

 

apa khabar hendaknya para pengunjung dan pelawat serta pembaca atau penstalker mahupun pengikut setia(haha) :)

 

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas dan menyedut udara diberi oleh Nya di atas muka bumi ini.. :)

 

hihi.aku sekadar mengisi lompang lompang yang wujud dalam blog aku nie. nanti tak mahu la terbiar tak berpenghuni dan tak ada orang komen..so keep it up moros kay? banyak sebenarnya aku nak cerita..namun kerana kesuntukan masa dan kekangan kerja, aku akan cerita yang penting penting jee.sebab kome pun penting dalam hidup aku kan? :)

 

1. The finale.

erhh, paper pertama aku ialah pada 28 Oktober dan berakhir pada 6 November. hmm, gap yang diberi agak memuaskan hati.namun kena push lagi sekiranya ingin mencapai tahap yang dikehendaki..ada ulangan kegilaan sem lepas rasanya nanti.kerana dua paper aku sangat berdekatan antara satu sama lain. research pada 31 hb 9 pukul 9 pagi dan personal development pada 1 hb 10 pukul 2 petang.haishhh. :) apa yang boleh dikatakan, redah dan redha(tapi setelah usaha dan tawakkal okay) :)

 

2. Personal Development

di sini lebih kepada isi hati kala ini.masih kurang dalam beramal.tambahan pula cukup payah nak istiqamah melaksanakannya seharian.hmm, ada panduan atau saranan? tiap kali miss, rasa down sangat…rasa bersalah menusuk kalbu, namun…hilang dibawa angin lalu dan masa yang bergerak laju..yang terkesan ni bukan setakat dalam amal, malahan dalam kerja dan panduan masa seharian.boleh siapa2 tolong ingatkan aku? :(

err,maybe that’s it.sorry, nak share banyak lagi,namun,simpan dikit dikit.hihi; P

 

take care all

 

salam.

 

wan_temen

Friday, October 8, 2010

Mengisi kekosongan.

Assalamualaikum.

 

59421_1550421807925_1456510340_1482415_7775062_n

 

“Rasa nak bertunang, untuk mengelakkan fitnah dan tomahan orang.”

 

ingat lagi status ini, yang pernah diucapkan oleh aku sedikit masa dahulu? sehinggakan aku dihujani pendapat pendapat dan pertanyaan yang muncul atau terpacul dari mulut setiap orang yang rapat dengan aku.

 

Rest assured, itu hanyalah luahan rasa, yang datang tiba tiba entah dari mana. :) mungkin terlalu dipengaruhi dengan keadaan sekitar mahupun keperluan yang mendesak(jauh benor pikiornyee) haha drop it okay.that’s just kiddin you all moros. :)

 

Dah berkata tentang topik tunang bertunang nie, aku ada menerima satu sesi kaunseling, berkaitan dengan status aku nie.soalan soalan yang aku dapat memang direct dan panas. :)

 

antara soalan yang ditanya ialah : kenapa kamu berpasangan(couple laa) dengan dia?

killer la punya soalan.ditambah pulak dengan  : adakah sekadar untuk mengisi kekosongan?

 

soalan kedua tu memang buat aku terkedu.

 

tambahan malam macam ini.aku terasa sesuatu yang tidak lengkap.rasa lompang .tanpanya, dan juga tanpa Nya.

 

aku sebenarnya sudah terbiasa berseorangan , namun tiba berseorangan part ini, aku rasa macam tak boleh tanggung. hanya Dia tempat aku mengadu. walaupun begitu masih ada sebahagian ruang aku khusus buat apa yang Allah tentukan untuk aku dan semua kaum Adam luar sana : ruang untuk kaum Hawa.

 

ye ye aku tahu, muda lagi..in short, kalau berpacaran/bernikah sekadar ingin mengisi kekosongan dalam hati, ia tidak akan membawa kita ke mana mana. sekadar meminjam kata kata Ustaz Hazrizal, “ Urusan pengantin bukan setakat di pelamin, malah masukkan sekali slot lampin!” .Ia adalah satu komitmen yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, malah besar harganya yang perlu dibayar..

 

Tanya diri, sekadar mengisi atau memang memenuhi?

 

salam.

 

take care all.

 

wan_temen

Thursday, September 23, 2010

Stuff on. :)

Assalamualaikum….:)

 

pekabo yob, yong, para pambaca, stalker blog sekalian? moga kalian semua sihat sejahtera hendaknya..tepat entri ini ditulis, dua minggu memasuki bulan Syawal…alhamdulillah syukur kita kepada Nya kerana dapat meneruskan hidup sebagai seorang khalifahNya di atas muka bumi yang bertuah ini.. :)

 

Sibuk woo lepas balik cuti raya. haa padan muka, masa raya tu sakan tak ingat dunia, pergi jalan sini, pergi jalan sana, sudah sudah kerja tak jalan jua. buat penat je, bawak beg berat berat, kerja satu apa pun tak buat(ehh play of words!) :)

 

Test, assignment, kerja yang bertimbun, quiz, tuntutan agama, tuntutan peribadi, tuntutan isteri(erkk) haha kidding moros :)

 

tu sebab aku namakan entri nie stuff on. sendat, padat dan mampat jadual aku tiap tiap minggu nie. ada sahaja kerja dan tugasan yang hendak dibuat..

 

ahak. sampai sini sahaja kot. brief touch. keep updated.

 

take care all.

 

salam.

wan_temen :)

Wednesday, September 15, 2010

Raya. :)

Assalamualaikum.

 

DSC-0000127

 

“Best raya nihh”

 

“Eid Mubarak !”

 

“Minal Aidil Wal Faizin!”

 

haha.itulah ucapan ucapan yang selalu kita dengar di pagi 1 Syawal. tidak terkecuali kali ini, ucapan skema mahupun ulangan semula kita dengari. :)

pertama tamanya, maaf kerana post ini mengambil masa waayy to long.eheh. :)

DSC-0000135 

“pertamanya post nie memang lambat.ke-two slmt ari raya epiq. sorylah kalo bukak pc kome x tanya. thee hee. maaf zahir batin. blog nie x hebat pun .(gurau jer).”

 

“Selamat hari raya dan maaf zahir batin dan maaflah saya memang tak suka blog niiiii”


DSC-0000122

“Kuang asam pnya najwa..ni bkan wan ni dia pnya musuh tradisi…..Wan tau la…hehehehe~…

Sori la Epiq raya 2 aq x de..tu yg x smpat raya dgn korang..tpi raya pertama bleh tahan la…Esok kita raya kat umah pakcik2 kat taman kuala nak??

Ni Zharif je…Wan and sengangkatan dgn nya…like kak Nisa,Ekin and so on…

Apa2 pun Selamat Hari Raya…Maaf kan aq Epiq lau ada wat salah dgn ko and mintak maaf la kat sapa yg mengenali saya….Selamat Hari Rayaaaaaaaaaa!!!!!!!!~..NAJWA dengan SYIKIN cukup…X yah tulis dah…SIBUK jeee!!!!~……”

 

ahaks. tulah ucapan ucapan raya dari sepupu aku. banyak perkara suka duka aku bersamamereka raya ini..memang antara yang terbaik.sebab kebetulan tahun ini memang turn semua balik kampung opah aku(home). huu tapi tahun depan tak beshh.sebab mereka semua akan beraya di kampung lain dulu baru balik sini.tinggal la family aku je yang beraya kat sini dulu. aku panggil selalunya “home” and “away”. hehe.tahun nie semua home. :)

 

IMG_0673

semua cucu cucu opah.ehe, tak semua. ishh. mengikut statistik, semua cucu opah ada 19 orang. :)

 


move on.

A Thousand Suns 

album studio terbaru Linkin Park, yang keluar pada 14.9. :)

cakap sikit pasal album ni.(lari sikit dari topik raya)

memang best.aku dah dengar single pertama dari album nie, The Catalyst. nak lirik nanti aku post kat Facebook. :) album nie memang menunjukkan kematangan mereka dalam berkarya, walaupun aku mengharapkan mereka mengulangi formula seperti album Meteora.

images

siapa suka album tu angkat tangan! ;) sebabnya album mereka sebelum ni pun(Minutes To Midnight) menyaksikan mereka mencari arah baru.dalam album ini tampak mereka sudah menemui destinasi muzik mereka. :)

DSC-0000144

apakah ini? ubat ubatan ayah aku..

 

seperti mana yang aku tahu(baru nak beritahu kome), ayah aku nie menghidapi penyakitkencing manis dan darah tinggi. Alhamdulillah penyakit jantung(yang boleh menjadi tiga serangkai penyakit terkenal) tidaklah pulak beliau hidapi. :)

 

perhatikan gambar tu.

DSC-0000143

sebelah kiri ialah ubat beliau dalam sehari, terbahagi kepada pagi, tengahhari, petang dan malam.

sebelah kanan pula ialah ubat beliau dalam tempoh seminggu.

 

point here is, aku sedih.sedih tengok keadaan ayah aku yang terpaksa bergantung pada ubat untuk menghadapi kehidupan sehariannya.dah macam ubat bergerak.tiap tiap hari dok telan benda alah tu. :(aku nak buat macam mana? cuma sekadar membantu apa yang terdaya..contohnya menjadi driver tika kepulangan..bagi ayah aku rest pulak.


DSC-0000151 

one scenery. di Masjid Kota Lama Kanan.

 

menarik bukan? aku came across masa nak tumpang Zohor di sana petang tadi. :)

ceritanya batu nisan tu adalah kepunyaan seorang raja yang dikatakan ghaib ketika hendak ditangkap oleh pihak Inggeris sewaktu mereka menjajah Kuala Kangsar.(kredit to Zharif) :)

 

hmm.tak jumpa mana lagi satu batu nisannya..

DSC-0000150

close up.aku sempat take two pics nie je.

mati adalah pasti, hidup insya Allah.. :)

 


DSC-0000152

some of my friends :) proudly Cliffordian..

 

tadi petang aku pergi beraya dengan deme..Alhamdulillah, seronok dapatberjumpa mereka semula setelah last year punya reunion aku tak sempat join..bertukar tukar pendapat, tukar no hp (bagi yang dah tak pakai no lama) dan gossip gossip hot(jangan ingat all boys school tak ada gossip..haha :P)

DSC-0000155

sempena raya nih, inlah kerja aku dan sepupu yang sewaktu dengannya. :)

 

ahak! Stack’em(also known as Jenga) . the best game to play! :)

tau ke cara cara nak main?

 

DSC-0000156 

taken from WikiWiki. baca sendiri la ek.(dan translate juga. :P)

 

Jenga is played with 54 wooden blocks. Each block is three times as long as it is wide, and its height is approximately half its width. To set up the game, the included loading tray is used to stack the initial tower which has 18 levels of three blocks placed adjacent to each other along their long side and perpendicular to the previous level (so, for example, if the blocks in the first level lie lengthwise north-south, the second level blocks will lie east-west).

Once the tower is built, the person who built the tower moves first. Moving in Jenga consists of taking one and only one block from any level (except the one below the incomplete top level) of the tower, and placing it on the topmost level in order to complete it. Only one hand at a time may be used to remove a block; either hand can be used, but only one hand may be in contact with the tower at a time. Blocks may be bumped to find a loose block that will not disturb the rest of the tower. Any block that is moved out of place may be left out of place if it is determined that it will knock the tower over if it is removed. The turn ends when the next person to move touches the tower or after ten seconds, whichever occurs first.

The game ends when the tower falls in even a minor way—in other words, any piece falls from the tower, other than the piece being knocked out to move to the top. The loser is the person who made the tower fall (i.e., whose turn it was when the tower fell). However, if one or more blocks fall but all players agree that they can be put back on the tower for play to resume, that is in keeping with the cooperative aspect of the game.

 

overall.it’s been a great Eid. :) Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menghirup udara Syawal :)

 

sedang berusaha untuk memantapkan diri dalam 11 bulan akan datang..moga Ramadhan nanti aku diberi peluang bertemu Lailatul Qadar ya Allah…

 

eh, teruskan tadarus Al-Quran tak selepas Ramadhan ini? mari berlumba…

target untuk khatam 12 kali setahun! :)

 

signing out,

 

salam. take care all.

 

wan_temen

Tuesday, September 7, 2010

Singgah Sebentar. :)

Assalamualaikum. :)

 

Picture0040

 

Picture0041

 

just dropping by. :)

 

raya dah dekat, Ramadhan pun kian berlalu pergi..masa untuk koreksi diri, apakah Ramadhan ini penuh erti, atau sekadar melakukan tugasan berulang berkali kali.. :)

 

owh, blog dah wajah baru. :P

 

take care all.

 

salam.

 

wan_temen

Friday, August 27, 2010

Freeing up mind.can i?

assalamualaikum.

alhamdulillah dapat lagi aku mencoret di lamanku ini..sebenarnya tengah menunggu team singgah sahur.. :)

hehe hari itu sepatutnya ada orang datang rumah dan hantar sahur, tah macam mana,rumah kami tak disinggahi oleh pegawai yang bertugas..tak apalah dah tak ada rezeki kan? :) so pagi tadi pegawai tu ada tanya sama ada rumah kami dapat atau tidak, aku pun jawab la tiada..jadi sekarang nie tengah tunggu mereka kembali semula.kesian kat housemate aku..semua macam tertunggu tunggu hari tu,dek kerana kepenatan, mereka tertido..ini pun aku tak mengharapkan sangat untuk dapat, ada rezeki tu datangla orang bagi, kalau tak sahur dengan milo je la. :)

daripada aku melalut nie, baik aku study kan? dahla hari sabtu pagi aku ada test.hihi

hari ini, quite a bad day in office.office here means kuliah laa.tahla hari ini tak masuk satu apa pun yang lect ajar. tensen woo. buat2 soalan tak dapat.buat2 soalan tak dapat.soalan buat2 tak dapat. :P

aku sampai tertekan untuk beberapa waktu, sebelum ditenangkan oleh kawan2 aku.haha~

there is something, bugging up my mind.

it’s been there hiding, for sometime.

I wonder how it can be of that kind

when it keeps on my mind all the time.

 

maybe it’s me who at fault

or maybe it comes from the circumstances that was out

but eventually we all have a part

to play in this drama of heart.

sajak merapu di pagi hari.haha~

entahla.anggap apa yang aku tulis ini cuma luahan hati ek. :)

take care all.

salam.

wan_temen. :)

Saturday, August 21, 2010

From the bottom of my heart. :)

Assalamualaikum.

tengok tajuk di atas  pun dah pelik kan? oklah,ini adalah draft essay aku untuk dihantar kepada lecturer bagi subjek Personal Development. mohon pandangan dan kritikan…boleh kata ini adalah a piece of my life :)

(AMARAN : JIKA ANDA RASA BOSAN SILA BERHENTI DENGAN SEGERA)

Alhamdulillah, I still can breathe and live on His world to share some of my experience throughout my own personal journey in this life.

To begin with, I shall start when I was still in the primary school. Mostly my times at the primary school were being shadowed by my mom, because she is a teacher in the same school. As such, I have to control myself not to do things that will embarrass my mum. Also, people tend to look at me having some sort of immunity because they think my mum will protect me when something happens. I want to explain that my mum treat me same as all the students in school, but when at home, she treats me as her son. One more thing about me when I was in primary school is I have a clean disciplinary record which means I did not once being brought up to the disciplinary committee to bad reasons.

I reached my peak performance when I was in Standard 3. During my time they still have examinations such as PTS (Penilaian Tahap Satu). Alhamdulillah, I managed to pass that exam and have been offered to a step up directly to Standard 5 or continue my normal learning in Standard 4 in the following year. After discussing with my parents, we agreed unanimously to let me go straight to Standard 5. But unfortunately, when I was in Standard 5, most of my time was waste away by the laziness that creeps into my life. Because I get a good result in my previous year, I feel that I do not have to work as hard as I do in the past year. Besides that, I was still in the cultural shock when I have to learn back whatever skipped in the Standard 4 in order to prepare for the upcoming UPSR. As such, my result on UPSR was not so brightly. I only managed to get only 3A’s and 2 B’s. And what is more interesting, one of the B’s is in English subject (my mum was an English teacher in that school.)

Move on to the second phase which is when I was in the secondary school. This phase is a bit of transition phase because I spend around 2 years in the mix school and another 3 years in the all boys school. Before I go further, let me explain a little bit about it. Nearing the end of my Form 2, I got news from my parents that we were moving on to Kuala Kangsar. As such, I have to continue my studies in the new place. What is interesting here is the difference between the environments in the class whereby in this all boys school the lessons were more directly. And also the environment was a bit harsh, maybe because most of the students were boys. The teachers also have to be a bit strict, especially for the class who were poor.

In the year I moved on to Kuala Kangsar, at the same time I will be sitting for PMR examinations. Even with the so called “adjustments” to the new place in a very short time, alhamdulillah, I still managed to get 6 A’s and 2 B’s (but still out of my target. For your information, my target was to get 4 A’s and 1 B’s in UPSR, and 7 A’s and 1 B’s in PMR).

When continuing my studies in Form 4(that was real honeymoon year for me). I became lazier (to be frank) and more playful. In short, most of my times are not being optimized fully. I should be studying but instead I prefer to play games.

That year was also the year my father brought an Astro decoder. I, as an avid football fan became addicted to the sports channel until I force myself to wake up at 3 in the morning just to see my favorite team in action. In that year also I become freer. Freer in this context means I started to go on certain events like managing club and organization courses, participate in certain competitions, as for example, the Parliamentary Debate, and also lots of competition (maybe this is the reason why my results were drowned).When I was in Form 5, then I realized that how my life were wasted a year ago. So than I try to cover it back. Unfortunately, it was too late and in the end, my SPM results were badly enough to make my parents so disappointed with me.

Now we are entering the last phase of my development. From post SPM until now, there are lots of experiences that I’ve learned. I shall start when I first entering UiTM. At first I was afraid because this is my first time being away from my parents, but Alhamdulillah it was just flows on. What I mean here is with helps from my friends and others such as lecturers and staffs; I manage to survive alone here. Before this, there is always one question that keeps on bugging me: May I survived here in this campus, which is big and most of the time you have to think of your own? The answer is Alhamdulillah, I managed to. Maybe because me myself have been living alone for the most of the time, so that I have no problems in managing my life (although there were some minor issues here and there).

Starting from semester 1, I have been appointed class representatives for each of the subject. For me I was not a big deal (just being tired) because it represents an opportunity for me to know the structure of UiTM and the culture of dealing in here. At first it took me some time to adapt to the situation but Alhamdulillah I managed to deal with it. I’m a fast learner maybe that is the reason that I can adapt to the situations quickly. Since then I have been class representative for my class in various subjects throughout my 3 year in diploma studies.On semester 4, I was asked by my lecturer to for becoming part of Student Representative Council (MPP). From there I know a new leaf in my life will emerged. It is undeniable that my term as an MPP which lasts for a year gives me many experiences and memories that will last long in my memory. Among my activities in MPP such as organizing activities, dealing with industry people and also organizing big scale events.

My personal development continues when I was asked to be an Official Crew for Minggu Mesra Siswa, a biannual event in which new students come to UiTM for new intake each semester. While the event lasts for a week, so many experiences and things I learned throughout it. Sufficient to say it helps my personal development rapidly. Since then I have become closed to Counseling and Career Unit UiTM Kedah who was in charge of this activity. And I have joined most of their activities like touring schools and visitors, being a facilitator in certain activities, or even being a part of people who work there( after class I will always went there just for resting and exchanging opinions).

I have been through a long path until now, but I feel there is room for more improvement. As for example, my time management is still at poor level. I realized this problem when I become MPP. This is because I cannot balanced between studies and organizing activities. One thing I’ve learned throughout the years is my words, sometimes can be too harsh and hurt people. This is my weaknesses since I am a type of person that says something directly. And sometimes when I talk, I think of that as a joke but person who hears me thinks of other definition.

My plan for the time being is to be a useful person to anybody who befriended me. I believe that I’m not alone in this journey, because I have friends and families who were surrounding me. I will try my best to give happiness to them, as long as they know a person that named Wan Muhammad Syafiq Bin Wan Nazlan…

itulah sahaja essay aku.tapi ini cuma draft.mungkin akan ditambah atau ditukar. maaf jika rasa bosan dan malas nak membaca ayat ayat yang panjang. Segala luahan hati aku dan curahan rasa sepanjang 20 tahun aku hidup( tak sampai pun, dalam 13 tahun je sebab start dari sek rendah) ada di dalam essay ini..so this is from my heart to you all moros. :) harap boleh bagi pendapat dan kritikan, jika mahu. :)

take care all.

salam.

wan_temen

Monday, August 16, 2010

wan. edisi merapu.

Assalamualaikum.

Pekabo yob dan yong, sihat kome? alhamdulillah, awok masih lagi diberi peluang untuk menulis dan mencoret isi hati, luahan diari, dan juga seri hati (jiwang haha) dalam blog ini.

baiklah, sekadar singgah, dan sekadar bertanya khabar.aku sekarang di UKK, sedang melepak, menunggu waktu kelas aku yang kaan bermula pada pukul 2 nanti. :) kelas apa? Usul Fiqh..cara cara membuat hukum.hihi :) lepas tu kelas pukul 4-6 pulak..alughahtul al arabiyyah. :)

fuh pedas dowh..sebab apa? makan cili ke? puasa weh..mana boleh makan! tak ada la, ada orang sindir aku, dah lama sangat tak mengupdate blog..haha.masalahnya kesibukan disini.maaf buat semua moros yang menunggu kemasukan entri baru, cadangannya nak buat entri baru setiap minggu, namun…almaklumlah, tugas hakiki dan tugas maknawi lebih banyak dari tugas aku kat blog nih.. :)

maaf diucapkan kepada sesiapa yang menunggu, harap dengan entri ini dapat mengubat rindu.. :P

hihi, dah nak masuk waktu Zuhur dah, jom p solat berjamaah? :)

take care all.

salam. :)

wan_temen

Wednesday, August 11, 2010

memberi buat yang mengingini. :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah diketemukan kita lagi dalam rancangan(ehh apa ni) haha.bersyukur kepada Nya kerana masih berpeluang untuk mencoret barang sepatah dua dalam blog ini..dan juga bersyukur kerana kita masih sempat untuk memasuki bulan Ramadhan, bulan yang pernuh dengan barakah dan kerahmatan.. :)

baik.untuk entri kali ini, ada banyak cerita nak dikongsikan, (dah taip banyak sebenornye tadi, tah lappy lak buat hal, hilang dibawak dek angin lalu je la perkataan yang menari nari dalam akal aku tadi..) pasal menderma darah.

korang pernah menderma darah? best tak? aku nak cerita pengalaman aku menderma darah buat kali pertama, seumur hidup.. :) untuk permulaan, aku ada tanya pendapat para2 seasoned donorist pasal derma darah nie.. dan satu trivia yang menarik, lepas  derma darah kita ada dua kemungkinan, sama ada selera makan makin bertambah atau makin berkurang.

move on to pengalaman masa menderma. aku sampai di tempat menderma(dalam UiTM gak, foyer DIDE)..aku datang bersama UKK clan( syam, hadi dan iffah)..so kami berempat memang bersemangat waja berhati mulia (:P) untuk menderma nih..namun, hanya aku dan syam berjaya meneruskan perjuangan dan menderma darah..hadi sangkut sebab dia pernah menjalani operation dalam tempoh 6 bulan terakhir, iffah pulak sebab tak cukup hemoglobin(hemo hemo..) hihi.

masa nak menderma tu, aku pun dengan mind setting ingatkan lama, so aku nak pasang earphone dulu, yela boleh gak layan satu dua lagu semenetara menunggu nanti ek kan? :) masa tu nurse basahkan pelipat lengan kanan aku, than dia spray bius kot.(sejuk, dan nyaman giler!) but then dia tepuk2 pelipat tu nak cari urat, sekali tak jumpa daa.so dia terpaksa beralih ke tangan kanan aku untuk check(seb baik dia tak cucuk belah kiri, pas tu tengok2 tak cukup laju aliran darah, dia pindah sebelah kanan pulak.ini pernah terjadi kat kawan aku).

masa cucuk tu memang panas la, macam rasa kena inject darjah 6 je dulu.hihi. tetapi time darah tengah mengalir tu aku tak berani nak gerak tangan kanan aku.pedih gak la mengenangkan jarum tu dok ada dalam urat aku kan(haha)

apa yang best kat sini, masa untuk aku penuhkan satu beg, tak sampai 3 minit kot! aku dok nak pasang satu lagu, sembang sembang sikit dengan kawan, nurse tu kata “dik, dah selesai”. aku pun ”haa? betul ke dah abis? tak percaya..” hihi..alhamdulillah, semoga darah yang aku derma tu dapat digunakan untuk tujuan yang bermakna..bantu orang accident ke, buat transfusi ke :)

eh, untuk pengetahuan, darah aku B+. :)

sampai sini sahaja, insya Allah jumpa lain masa. take care all.

salam :)

wan_temen

Wednesday, July 28, 2010

apa tajuk nak letak tah. :)

Assalamualaikum.

haa post yang ke 50..hihi alhamdulillah..sedar tak sedar dah setengah 100 post aku sekarang..syukur pada Allah yang telah mengurniakan akal, kesihatan dan kekuatan untuk terus menulis dan mencoret coret dalam blog ini..

just a short entry i guess. :)

aku sekarang tengah melepakkan diri di rumah kedua ku, Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kedah. :P sepatutnya ada lagi satu kelas pukul 2 –4 petang, namun ia terpaksa ditangguhkan kerana pensyarah terpaksa bergegas ke shah alam.. :) heaven! satu kelas je pagi taid, pukul 8-10 pagi.. :)

namun, masa yang ada perlu digunakan sebaiknya..okla moros, nak study.sok ada kuiz QMT, pasal decision tree. :) tu yang nak study nih.semoga semua sihat sejahtera dan di dalam naungan Nya.. :)

take care all.

salam.

wan_temen

Saturday, July 24, 2010

As life goes on. :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu kita lagi. diberi nikmat oleh Allah Taala untuk menulis dan terus mencoret dalam laman blog aku ni..

tajuk yang agak menarik bagi aku. As life goes on..

buat suspen je.sebenarnya tak ada kaitan pun.cuma perkataan tu yang terlintas dalam kepala semasa bagi tajuk tadi.. :)

oke, dalam nak masuk minggu ketiga kuliah dan pembelajaran aku berjalan nie, suka aku nak kongsi beberapa kisah yang aku alami sepanjang tempoh pengajian ini.. :)

1. berbasikal.

haa benda nie ialah sesuatu yang baru bagi aku.bukan baru ke hapa, cuma akulah yang menjadi pioneer untuk membawa basikal ke kuliah..kalau nak di ikutkan dulu sebenarnya ada gak hajat hati nak bawa basikal masa duduk dalam kampus..tah kenapa hajat tu tertangguh dan tertangguh lagi..tapi tak pe.akihrnya dapat gak aku merasa berbasikal dalam kampus.hihi~ for your information, masa yang diambil oleh aku untuk berbasikal dari rumah ke kampus dalam lebih kurang 15 min sahaja..maknanya kalau aku bertolak dalam kul 7.15 pagi dalam kul 7.30 dah sampai dah.. :) adalah masa untuk berehat2 sikit sementara menunggu kelas..: )

2. rumah sewa

Alhamdulillah, aku kini menentap bersama kawan2 ku dari kursus BAS(Bachelor Admin Science) di Taman Lembah Bujang Fasa 4(atau Indah) atau what everla nama dia.janji tempat tu baru lagi.hihi. mula2nya aku duduk di Taman Universiti..tapi oleh kerana jarak yang menjadi faktor halangan, maka aku pun mengambil keputusan untuk berpindah..sayang,rumah tu dah fully furnished, siap nak bubuh peti sejuk lagi.namun apakan daya, rezeki ku bukan untuk menetap di situ.. :) kira okla aku duduk disni, makan pun dekat..tapi kena berbasikal la kalau nak ke mana2.tak pe, janji sihat.kan? :)

3. kelas

hmm,semester nie ada 7 subjek yang aku kena ambil..entahla, banyak tu satu hal jugak..rasa macam kurangnya penghayatan aku terhadapa semua subjek yang aku belajar…mungkin kurang fokus, atau diri ini masih belum ikhlas dalam belajar..

buat masa ini, sampai sini sahaja dulu.insya Allah ada masa corat coret blog ini akan kembali.. :)

take care all.salam

wan_temen

DSC-0000067

Friday, July 16, 2010

Kisah dan Teladan. :)

Asssalamualaikum.

Baru usai mengerjakan solat berjemaah di surau Al Iman Taman Lembah Bujang Fasa 4. masa bersiap siap tu teringat satu kisah benar yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Cerita nie ada aku baca dalam buku “75 Kisah Benar” yang berlaku pada zaman baginda. Saja nak recall balik untuk renungan bersama..kisah ini menceritakan tentang Saidina Ali yang terlewat berjemaah Subuh bersama Rasulullah s.a.w. :).

Pada dini hari itu, Ali bin Abi Talib bergegas bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah S.A.W. Langit masih gelap,suasana masih dingin, dan jalan masih diselubungi kabus pagi yang turun bersama embun. Ali melangkahkan kakinya menuju masjid. Dari jauh, sayup kedengaran suara Bilal memanggil-manggil dengan azan yg berkumandang merdu ke segenap penjuru Kota Madinah.

Namun, sebelum Ali melangkah menuju masjid, di hadapannya terdapat lelaki tua beragama Yahudi yang berjalan sungguh perlahan. Mungkin kerana usianya terlalu tua.dia berhati-hati menyusun langkah.

Sebenarnya Ali sangat tergesa-gesa. Dia tidak mahu tertinggal melakukan solat tahiyyatul masjid dan qabliyah Subuh sebelum mendirikan solat Subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah dan para sahabat lain.

Ali faham yang Rasulullah mengajar supaya menghormati orang tua, tidak kira siapa dan apa pun agama mereka. Maka, Ali terpaksa berjalan di belakang orang tua tadi. Tapi, apakan daya, lelaki tua itu berjalan terlalu perlahan, dan oleh itu Ali juga terpaksa melangkah dengan perlahan. Lelaki tua itu lemah dan Ali tidak sampai hati mahu mendahuluinya. Dia bimbang sekiranya lelaki tua Yahudi itu jatuh ataupun mengalami kemalangan.

Selepas lama berjalan, langit mula cerah, apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua itu meneruskan perjalanan melewati masjid.

Setelah lama berjalan, langit mulai cerah apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua tadi meneruskan perjalanannya,melewati masjid. Semasa memasuki masjid, Ali menyangka yang solat Subuh berjemaah sudah selesai. Tetapi Ali terkejut,sekaligus gembira apabila melihat Rasulullah dan para sahabat sedang rukuk pada rakaat kedua. Ini bermakna Ali masih sempat mendirikan solat Subuh sacara berjemaah. Sekiranya dia dapat , mengerjakan rukuk bersama, itu bermakna dia masih sempat mendapat satu rakaat solat berjemaah.

Selepas Rasulullah menyelesaikan solatnya dengan salam, Umar bin Khattab memberanikan diri untuk bertanya kepada Rasulullah ."Wahai Rasulullah, kenapa hari ini solat Subuhmu tidak seperti biasa?" Rasulullah bertanya,"Kenapa?Apa yang berbeza?" Umar menjawab,"Saya rasa berbeza. Selalunya kamu tidak rukuk dalam rakaat kedua sepanjang ini." Rasulullah menjawab lagi, " Saya juga tidak tahu. Pada rukuk dalam rakaat kedua Malaikat Jibrail segera turun dan menekan belakang saya hingga saya tidak dapat bangun. Itu berlangsung lama,seperti yang kamu ketahui." Umar bertanya lagi,"Mengapa Jibrail berbuat begitu?" Rasulullah menjawab,"Saya belum tahu lagi. Jibrail belum menceritakan kepada saya."


Dengan perkenan Allah, beberapa waktu kemudian, Jibrail turun dan berkata, "Muhammad, aku diperintahkan oleh Allah supaya menekan belakang kamu dalam rakaat kedua supaya Ali sempat mendirikan solat berjemaah bersama kamu. Allah menyenangi tindakannya kerana menjalani ajaran agamanya. Ali menghormati seorang lelaki tua Yahudi dan disebabkan oleh rasa hormatnya, dia terpaksa berjalan perlahan kerana lelaki tua itu perjalan sangat perlahan. Sekiranya belakang kamu tidak aku tekan, pasti Ali tidak sempat berjemaah bersama-sama kamu."


Mendengar penjelasan Jibrail itu, Rasulullah terus mengerti. Beliau menyenangi tindakan Ali kerana apa yang dilakukannya itu menunjukkan betapa tingginya penghormatan umat Islam pada orang lain. Satu perkara lagi, Ali tidak sengaja melewatkan atau meninggalkan amalan solat berjemaahnya.

(kredit kepada blog AS-SHIFA kerana mengingatkan mana yang lupa.nak rujuk buku tu ia dah tak ada dalam simpanan. :))

moralnya ada banyak dalam cerita ini, i leave it to you untuk fikirkan sendiri mesejnya. :)

ops, dah masuk Isyak.till next post.

take care all.

salam. :)

wan_temen

tag 2. :)

Assalamualaikum.

tag lagi, tapi kai ini lebih menjurus soalan peribadi.agak panas kot soalan soalan dia.hihi~

 

siapa name ibu kamu?

Rozalina bt Abdullah. :)

berape umur bapa kamu?

53, lagi 2 tahun boleh bawak kuar KWSP.haha

berape adek lelaki atau adek permpuan kamu?

saya anak tunggal(…)

kesimpulannya ada 1 lelaki dimana kamu duduk sekarang?

haha.ada 4 laa.house mate kann.. (^=^)

apekah text yang kali terakhir anda terima?

tak ingat la pulak.hihi~

dari siapakah itu?

silencenessa. :) IMY!

ape nama bantal busuk/anak patung/barang menjadi teman tidur kamu?

tak pernah ada. dan takkan ada. :)

apa yang ingin anda katakan kepada dia jika die boleh bercakap?

kalau tak ada, tak perlu jawab la kan? :)

apekah maksud rumah bagi kamu? nyatakn sebab

rumah untuk berehat dan spend quality time dengan keluarga. :)

adakah anda seorang yang sayangkan alam sekitar?

semestinya, alhamdulillah..keindahan ciptaan Allah..

berapa saiz kasut kamu?

8 ke 9? :)

jenama ape yang menjadi kegemaran?

taram sahaja, janji murah dan selesa. :)

kenderaan ape yang pasti anda rindui untuk dinaiki?

Satria Neo Oren (AGK 909)

Viva Elite Biru Metalic (WTC)

Honda Jazz kaler hitam

Perodua MyVI kaler oren

bersama siapa?

mestila tuan punya kereta. takkan la dia nak bagi aku bawa :P

benarkah anda ikhlas dengan jawapan jawapan ini?

direct dari hati. :)

jujur katakan adakah anda senyum atau bermasam muka ketika menjawab?

bila tengok soalan ni terus senyum. :)

tag kepada sesiapa yang anda rase sesuai untuk ditag

tak mau tag, boleh? haha~!

begitulah.proses tag mengetag nih. nanti ada post pasal my life in a week.tak ada masa nak buat laa..:P

take care all,

salam.

wan_temen

Wednesday, July 14, 2010

tag.award :)

assalamualaikum. setelah sekian lama.. akhirnya kembali berblog.begitu sibuk dan buzy(eh bukan sama ke) haha tugas tugas hakiki dan juga duniawi..semuanya kerana Mu ya Illahi.. :)

haa, untuk meraikan kembalinya di dunia blog ini, di sini aku ingin mengumumkan award yang diberi oleh Salam Mujahadah. hihitrimas for this award.. baru dapat 1st award weh..Alhamdulillah.. :)

1. Apa nama blog anda dan kenapa letak nama itu?
-nama blog: Berjalan, Melihat dan Mentafsir.
-sebab letak nama tu : rasa bermakna sungguh perkataan tu..(lagu dia pun sedap.nyanyian Nowseeheart) :) 
2. Apa nama URL blog anda dan dari mana datangnya nama itu?
- url: wansyafiq.blogspot.com
- mai dari : nama tuan punya blog laa. (=-=)” 
3. Apa method dalam penulisan anda?
-erk...tentang hidup, pengalaman dan pengajaran sehari hari. :)

4. Pernah terasa nak hapuskan blog? Sebab musabab?
- tak pernah, Alhamdulilah. :)
5. Pernah ahli keluarga anda baca blog anda?
- err my parents tak berapa tahu pasal IT IT nih :)
6. Apa perasaan anda bila orang kata blog anda buruk sedangkan orang lain kata blog anda cantik?
- blog kau ke blog aku? haha~
7. Bila blog anda diberanakkan?
- diputerakan tanggal 13 November 2009(last day final paper untuk part 5...haha)
8. Siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
- Rusydi Razak. dan sebab baca blog beliaulah saya mula berblog.hihi~
9. Apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah?
- haha.masa saya sekolah saya pun tak tahu blog nie kejadah apa. :P

10. Sepuluh orang seterusnya yang akan anda tag!

-muahaha, soalan cepumas yek, nak tag lyana jay, kotak hearty, eylla diefila, aimi syahirah, silencenessa, chilled!, rusydi razak, fatin mahirah, angah mpp(kalau dia baca) :P, dan last but not least, sape2 yang dah baca nie tapi nama anda tak ada dalam senarai tag awal..haha~

akan ada presentation 1 lagi award. nantikan. :)

take care all, salam

wan_temen.

awarddrcheqppjoy

Sunday, June 20, 2010

the degree.prologue.

assalamualaikum.

19 jun 2010.pukul 11.45 pagi.

aku sedang melayari facebook.sambil menunggu result kemasukan ke degree keluar.sedang aku browse, terjumpa status ini..

(nama dirahsiakan kerana tidak mahu mengaitkan dengan sesiapa)

status facebook beliau : Harap Maaf , Permohonan anda ke Universiti Teknologi MARA adalah tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad !..........................

aku dah seriau dah.aikk, awat ngan kawan nie, dia pointer 4 flat kot pada sem terakhir dia.so aku ternampak ada kawan dia bagi link untuk check keputusan masuk degree.aku pun klik dan terpaparlah page yang meminta aku masukkan no ic untuk semakan.bila aku masuk dan klik semak…………

image

alhamdulillah…sambung belajar lagi!

bila tengok tempat dan kos, macam tak percaya, adakah ini mimpi? alhamdulillah..back to Merbok, taking my 1st preferences for continuing degree.. :)

Perbankan Islam.kos pilihanku sejak memasuki semester 6 diploma.. :) sebab musababnya sudah dijelaskan di sini.

dengan ketahuan masuk degree ini maka mulalah 2 minggu yang paling sibuk dalam hidup aku, perlu menguruskan borang borang yang berkaitan, dan juga kena *gulp* mencari umah sewa..huaa.haha.memang tak boleh wat pape laa.hidup berdegree nie kena duk luar..ngan transport nak kena fikir, lagi apa ntah lagi. :)

sekarang tengah work on rumah sewa.hope by the time aku register dah boleh settle down dah.. :)

ramai jugak yang dapat sama balik dengan aku.tak tahu la sebab apa.yang perempuan ada, laki setakat nih aku tak tanya lagi.dah jodoh kot ngan deme? :P wahaha.tapi dalam syok2 tahu sambung kat mana, ada gak yang bagitahu bite sedih mengatakan tak dapat g mana2.macam contoh kawan aku kat atas tadi laa.kesian kot.tiap sem dekan tapi bile check result tak dapat pergi mana2.bukan a waste of talent ke kat situ.ape la deme yang handle web nie.main ramdomly selected je kot.haishh.

so sekarang.move on to degree.. :) buat betul2! insya Allah boleh..

take care all,

salam.

wan_temen :)

13-06-10_1547 my sidekick, my lil bro(even though dia cousin aku tapi dah anggap macam adik.)

:)

new lease of life.

Assalamualaikum.

Baru balik sudah dari pekan, merangkap satu perjalanan dari rumah, ke rumah opah, ke kubur dan pasar,membeli buah, dan akhirnya kembali ke rumah opah, menunggu waktu Jumaat. :)

2 3 hari ini adalah hari yang agak memenatkan.tiap tiap pagi bangun awal(mestilaa dah nak solat subuh.haha) then g umah opah.macam semalam aku kena jadi baby sitter sebab semua anak2 opah(my uncle and aunties) ada hal di masjid ,eh majistret. :)

kome, sihat? alhamdulillah, banyak perkenbangan positif dalam masa 2 3 hari ini. genap seminggu aku mendapat lesen kereta, dan 2 hari sudah aku mendapat handphone baru, alhamdulillah. :)

Picture0037 meet Sony Ericsson W205 :)

baru je keluar model nie.dalam 1 tahun sudah namun baru lagi laa kira dalam pasaran.hihi~

pro dia ialah alhamdulillah.semua yang aku inginkan dalam hp ada ciri2nya.mp3 player, radio, camera.dan reka bentuknya agak sleek sikit.tertarikk..

kontra? bateri yang cepat abis.(masa aku masuk dalam internet untuk tgk review tentang hp ni, ramai yang komplen tentang bateri dia,tidak menepati harapan penggemar hp yang ada mp3 player.)dan rasa yang agak pelastik~(haishh bersyukurla wan). :(^-^)

haa, baru2 nie aku ke taiping, berjumpa ibu saudaraku yang kebetulan cucunya dapat masuk ke maktab perguruan di Kinta, Ipoh nun sana.jadi aku datang dengan keluarga untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. :)

taiping, as usual, tak banyak benda yang berubah..cuma makin rakus pembangunan kat situ.naik takut pulak aku tengok.ada satu bukit tu, dulu punya la tinggi,sekarang nie dah rata.flat seyh..dah la tempat tu paling lembab kat Malaysia.dibuatnya ujan lebat tak ke banjir lumpur pulak karang?(ehh macam aktivis alam sekitar pulak)

blur la, sampai sini moros.promise you another 2 entry before another week comes. :)

take care all, salam. :)

wan_temen

Friday, June 11, 2010

the aftermath of diploma courses.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi pelang olehNya untuk bernafas dan terus menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya di bumi fana persona ini..

haa,terkejut? hihi blog ini sudah diberi nafas baru..teruja dan seronok serta syukur kerana tugas menukar layout ini tidaklah susah seperti mana dahulu..masa login ke dalam account Blogger tadi secara tiba tiba tertarik dengan ciri ini yang baru diperkenalkan oleh Blogger.jadi aku pun fikir tak salah kalau berubah angin..lagi pun dah menginjak usia 6 bulan blog aku ni.. :)

haa.untuk para moros student UiTM sekalian, tau kan result sudah keluar? sehingga Student Portal tu jadi jammed dan cramp dek kerana serentak semua nak login tengok result..haha.aku pun menghadapi masalah yang sama..jenuh wehh tekan butang F5 atau refresh banyak kali..huhu..

bila dapat tengok result, hmm..tak tau nak cakap apa.sedih pun tidak, happy pun tak sangat..result aku boleh kata sekadar cukup makan..menurun dari sem lepas, dari 3.48 ke 3.33..dan aku grad keseluruhan dengan 3.34..agak terkilan kerana tak mencapai piawaian yang aku tetapkan sendiri iaitu grad dengan 3.5..hmm.apa apa pun, semua datang dari Nya..ambil pengajaran dan mara kehadapan! macam lirik lagu Rimbun Keampunan oleh Hijjaz,”ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan, tapi suatu kejayaan yang masih tertunda..” :)

jadi, apa apa pun.kena tunggu result untuk sambung belajar pulak yang keluar. :)

off to Seri Iskandar, starting after Friday prayers. will be back on Sunday, berjumpa sepupu2 aku yang balik dari Australia.diaorang balik lama dah, cuma aku yang tak berjumpa jumpa lagi.. :)

take care all.salam :)

wan_temen

Thursday, June 10, 2010

the penultimate week.

Assalamualaikum.

*fuhh* *fuhh* *uhuk uhuk*.ehh, bersawang dah blog aku nih? maklumla dah lama tak kemas kemas..

alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mencorat coret di blog ini..terima kasih atas komen pada entri lepas..alhamdulillah kami bahagia.(err speaking publicly pulak) :)

baik.kembali pada main part entri ni..alhamdulillah aku telah selamat melalui test JPJ yang diadakan pada hari selasa 8 hb jun yang lepas..dah tertangguh lebih 6 bulan sampai L aku kena renew.hihi.

so sebelum amik test tu,kenala berlatih dulu..aku habiskan masa dalam 8 jam untuk berlatih dalam litar dan di jalanraya..mula2 memang la teragak2, lama2 bila dah biasa jadi kurang la gentar tu, alhamdulillah.. :)

jadi untuk memendekan cerita, aku pergi ke tempat ujian tu(sekolah memandu aku gak)dalam pukul 9.00 pagi..padahal aku termasuk dalam sesi kedua yang hanya bermula dalam pukul 11.30 pagi..maklumla nama aku kan bermula dengan huruf w..sendiri mau ingat laa :P

ramai yop orang yang menunggu kat situ..dengan ujian motor tengah dijalankan, memang meriah masa tu :) dapat jugak la bertemu kawan2 dari Clifford dahulu….dan membuat seorang dua kawan baru :)

macam2 gelagat masa test dijalankan, ada yang sampai bonet terbukak masa ujian bukit, ada yang bunyi je kuat naiknya tidak, ada yang bunyi drift masa nak teruskan mendaki.hihi..

bila tiba masa aku, dengan lafaz Bismillah aku pun mendaki..mula2 aku ingat terlebih dah(tayar dah lepas sikit garisan kuning), jadi aku pun undur sikit..then bila aku dah yakin, aku angkat la tangan tanda minta dinilai pegawai JPJ..then dia tanya”Wan Muhammad Syafiq”? aku pun jawab la ya..dia balas oke awak boleh keluar(haha. aku ingat dia suruh aku keluar dari kereta, rupanya keluarkan kereta dari petak ujian tu..) :) termalu alah la gak aku.sampai mati enjin.(^=^)

then masa parking,alhamdulillah tak banyak masalah..tapi bila tiba sahaja 3 penjuru(terus terang aku cakap part nie memang aku tak conquer betul) seb baik tak fail. aku dah masuk elok dah, masa nak gostan aku perasan kereta tu rapat sangat ke kanan.makin lama makin rapat bahu kanan jalan.aisy kalau cecah garisan putih confirm la fail.mata aku dah kerling kat pegawai tu dia nak tiup wisel ke tak. seb baikla tak cecah garisan putih tayar kereta tu.cepat2 aku tukar gear dan jalan..:) muahaha.

dah selesai ujian di dalam, aku kena tunggu lagi untuk ujian terakhir dan paling gerun(gerun kaa?) testing in the road.. mula2 ada seorang je penguji. kecut gak la aku tengok bila asyik2 dia jee bawak balik kereta balik ke tempat menunggu calon..(fyi, kalau tester bawak balik ke tempat ujian, fail la maknanya).so sementara menunggu, sempatla aku berbual2 dengan beberapa kawan aku..siap dapat gelaran lagi tester tu.”Umar rojek”.padahal nama dia bukan Umar pun :)

lama kelamaan bila makin tengahhari, dari satu kereta tester dah jadi 4 semuanya..bagus la, cepat sikit habis.. then lepas solat, 1.45 ptg ujian disambung..pukul 3 barulah sampai turn aku..

menarik di sini.alhamdulillah aku dapat penguji yang agak lenient..masuk je aku dalam kereta, terus dia cakap ”jangan risau, dengan saya senang jaa.kalau boleh memandu kira lulus la”. aku tak tahu la nak cakap apa melainkan alhamdulillah dan insya Allah terpacul dari mulut aku..overall, sesi test dengan dia dah jadi macam kelas memandu pulak.hihi..siap bagitahu lagi”ha masuk gear 5”, “tukar gear 2”, “depan sikit, depan lagi”, “jalan C ye.” “masuk kanan.” pergh memang terbaek laa.alhamdulillah…

ada kisah di sebalik kemudahan ini.bila aku cerita semua kat ibu aku, ibu aku cerita pulak” ibu siap baca surah Yasin lagi untuk awak.tengok jam pukul 11 teringat awak ada test kereta, jadi ibu stop study jap, terus baca Yasin nak mudahkan awak lulus”..

aku terharu dan sebak.sampai macam tu sekali pengorbanan seorang ibu..

hmm, move on,alhamdulillah lulus dan P dalam genggaman.. so sekarang ada lagi satu hal, result aku yang hanya akan keluar pada pukul 12 tengahhari..sama2 doakan kejayaan kita bersama ek :)

hmm, sampai sini dahulu, insya Allah ada masa akan mencoret lagi..

take care all, salam :)

wan_temen

Friday, May 21, 2010

hadiah.follower ke 100. :)

Asslamualaikum.

alhamdulillah, masih bagi diberi peluang untuk bernafas di bumi ciptaan Nya ini.moga terus diberi kekuatan untuk menempuh hari hari yang mendatang..

hehe.ada beberapa perkara yang berlaku sepanjang 2 minggu aku bercuti.mostly bosan.b-o-s-a-n. tahap gaban seyh. bangun pagi post “sobah alkhair moros” kat fb.dan menghabiskan masa main game, tolong opah, dan muhasabah diri (part nie paling best) :)

sebenarnya tak kira di mana dan bila masa kita boleh sahaja bermuhasabah diri.cuma fikirkan apa yang terjadi pada waktu itu, dan kaitkan dengan Yang Maha Esa. pasti kita akan mencabar minda untuk berfikir.sekurang kurangnya otak tak mati sepanjang cuti nie.. :)

aa.sikalang ke main part posting nie.

pernah dapat award kerana menjadi follower blog orang? alhamdulillah follower aku sekarang ini dah mencapai 15 orang.. ala tak sampai pun setahun usia blog aku.harap dapat memanafaatkan orang yang membaca, walaupun tujuan asal aku berblog adalah untuk simpanan peribadi aku.. :)

haa.untuk pengetahuan, aku telah menjadi follower ke 100 bagi blog ini :blog cik shiqa 

image

haha.segalanya berlaku secara kebetulan.

mulanya pemilik blog nie add aku di facebook.and aku dapati dia telah menjadi follower aku. jadi sebagai kunjungan balas hormat :), aku melawatla blog cik nie..untuk memfollow dia balik.secara tak langsung terbaca entrinya yang mengatakan akan memberi award untuk followernya yang ke 100.

masa aku nak follow, tetiba ada indicator mengatakan yang follower dia dah mencapai 99*aih rezeki nih..* hihi. and what always they say, *the rest is history* :)

blogger 100

so, inilah hadiahnya.. :)

21-05-10_1408

Ferrero Rocher. 30 bijik. mahal tuu.makasih… :) sedap ohh.

tapi tinggal 5 bijik je.. :) huhu.maklum la alhi keluarga banyak…x pe, rezeki dia orang jugak..

hmm, rasa2nya siapalah orang yang nak jadi follower ke 100 aku..tapi bring on the follower no 50 dulu.hik2.

ops.sampai sini sahaja..insya Allah akan diupdate di lain masa..

take care.

salam, wan_temen :)

Saturday, May 15, 2010

El Zahraa Inn.and Taiping – Old Memories. :)

Assalamualaikum.

salam satu malaysia..ehh apa aku melalut nie.semoga pembaca mahupun stalker sekalian sihat2 belaka. :)

alhamdulillah, aku baru sahaja mengabiskan paper terakhir aku untuk pengajian diploma..secara rasminya tanggal 9 mei termaterilah sudah aku sebagai alumni UiTM Kedah..hmm, pada hari itu juga aku berangkat pulang ke Perak..tapi singgah dahulu di pekan SP untuk bermalam.dan bermam(lapar kott.dahla aku x lunch masa tengahhari..) :P

sempat la berjumpa kawan2 yang aku kasihi, UKK clan..Malinja clan..class clan je aku tak sempat jumpa*sob2*. nie suma gara2 lambat lepas dari dewan laa*chess*.

oke for short, kami bermalam di hotel yang dimiliki oleh HPA(Herba Penawar Al-Wahda)..ala yang famous dengan kopi radix tuu. hotel dia terletak betul2 di tengah bandar area Lagenda Heights. apa yang menarik lagi, aku tengok area tu macam HPA punya jee. yela mana tak,sebelah hotel tu ja ada restoran Organic Recipe(dia punya gakk), jarak 2 blok cam tu ada Radix Fried Chicken, tak jauh dari situ ada Radix Oriental Cuisine.

nie some of the picx :)


DSC01008

 


haha.tuala emblem kott. :)

 

 

 

DSC01003

 

 


satu hiasan yang cantik :).personal favorite aku.

 

 

 


DSC01004

 

 


bilik air. sorry agak tak clear. :)

 

 


DSC01005 

 


flat screen maa. :)

 

 


DSC01006

 

 

tell me, mana lagi hotel yang sediakan Al Quran dalam bilik? tu belum masuk sejadah. :)

 

 

 

haa.itulah specialnya hotel nie.lagi satu, kan ada mini bar dalam tu kan, tau apa yang ada? semua barang2 keluaran HPA.macam Radix Cola, Anggur, Roselle..*teruja* sampai kopi yang selalunya atas meja pun ada kopi Radix ngan Koko HPA. haha :)

oke cukup takat tu.

Kembalinya aku untuk cuti membuka ruang untuk aku pergi kemana2 sahaja..haa dan sempena hari ibu hari tu, salah seorang mak sedara aku membawa opah aku ke taiping sempena menyambut hari ibu..kita bermula di Pizza Hut. :)


 P5111665

 


personally, like this picture. thanks to Muhammad Zharif. maybe will become professional photographer?

 

 

 


P5111667

 

 


yep, this is he. my sidekick, my cousin, my helper. thanks bro :)

 

 

 

 

 


P5111669

 

 


another one. don’t care bout the couple behind.haha :)

 

 

 

 


P5111671

 


here she is. my beloved opah. kak tim, tawaran masih dibuka kalau nak jadi cucu angkat :P

 

 

 


P5111674

 

 


haa nielah anaknya yang membelanja..maklang gelaran diberi :)

 

 

 

 


P5111673

 


gambar aku ngan opah mesti kena adaa. :P

 

 

 


taiping – tak banyak yang berubah.cuma naik jela bangunan sikit2. than kami ke Taiping Sentral..sorry x de pics dia.x teringat nak tangkap.haha

on the way balik kami singgah di..

R&R bukit gantang.(buah timee!)


P5111678

 

 


gambar di wakaf :)

 

 


P5111679 

 


aku suka yang nie. tapi yang tukang tangkap untuk aku(dia nielaa) x buat macam gambar nie.huk2.

 

 

 


and then calo…


hehe.itu je kot. insya Allah aku sekarang sedang cuti seminggu. lepas ahad nie kerja akan datang ialah sambung lesen kete dan apply jadi guru ganti.hehe new dimension in my life..pray for it to become easier.. :)

take care all.salam :)

wan_temen.

Monday, May 10, 2010

Satu Amanah - Hijjaz

Khusus untuk kawan- kawan seperjuangan yang kini membawa haluan masing- masing, moga kita semua bersatu dalam menuju cinta Nya..peringatkan diri ku tika terlupa..

Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam menyintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya...

Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan

Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha dari-Mu..

Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..

Permata Hijjaz 1431

Friday, May 7, 2010

moving on to the tees, left behind the teens :)

Assalamualaikum.

new age, new life, new status(haha), new enviroment, new number. no more teen, just twenty and beyond :)

DSC00021

 DSC00009scan0002

 DSC00010

DSC00026

 

aku yang tengah buat peace tu. :P

 

 

 

 

scan0003scan0004 scan0005

ia

scan0001

DSC00026

DSC00013

DSC00011

 

 

bermula episod baru..

 

 

 

img007

tah.apa2 052 P3120433

IMG_1860

 

dah jadi kelas rep, tugasan pun makin bertambah..

 

 

DSC03928

 

 

ada masa girang..

 

 

DSC00015

 

 

ada masa suka..

 

 

 PrINcEsS sChA^_^006

mula menjadi ajk, membantu kelab dalam aktiviti..

 

 

 

DSC00462

 

kesibukan bertambah, menjadi MPP..

 

 

 

DSC09090

4526_90005721694_641086694_2428122_3525582_n

 

barisan MPP 09/10.. :)

 

 

 

9124_154814684621_714464621_3571574_6330282_n

 

 

people on work.. :)

 

 

 

 

DSC00010

 

dalam masa yang sama kelab tetap tidak dilupa dengan menyertai aktiviti.. :)

 

 

DSC06473

 

part 4.

DBS sports day. dulu menyertai, sekarang mengemudi :)

 

 

The Yob's 

 

teman sejati, payah dicari.. :)

 

 

 

DSC00127

15092008(022)

DSC00624

 

part 5.

bermula dengan menjadi PM di MMS.. :)

 

 

DSC00591

 

bersama barisan  yang mantop. :)

 

 

 

6571_1041939787727_1802561382_91855_7348771_n

IMG_5056

 

Presiden Kelab Bahasa Arab. :)

 

 

 

IMG_5088

 

 

 

the crews :)

 

 

 

 

DSC00981

 

part 6.

terjebak dengan aktiviti MMS lagi..

 

 

 

16832_1197646787925_1431167501_30449324_3616209_n

 

 

MPP. dulu dalam organisasi, sekarang dirai. :)

 

 

 

P1030374

 

kelab arab pun sekali. menjadi mentor kepada presiden baru(bukan diaa nie) :)

 

 

P1030431

 

 

bila sem 6 nie, macam2 program pergi :)

 

 

 

DSC00847

 

 

 

kini aku di sini, kala ini, tika ini.

 

 

 

 

 

usia makin bertambah lagi, umur bukan belas2 lagi, 20 tahun berlalu kini, sanah helwah pada sendiri :)

dan juga eid milad kepada orang yang sama tarikh lahirnya dengan aku : Tuan Ahmad Fakhruddin Tuan Rosdi :), serta sesiapa yang menyambut hari lahir tanggal 7 Mei.

Semoga Allah memberkati kita semua di dalam rahmat Nya. :)

wassalam.

wan_temen