Saturday, November 13, 2010

Going Back. :)

Assalamualaikum.

masuk kepada bumper edition entry yang kedua.alhamdulillah usai sahaja entri semalam, terus merangka fikiran untuk entri ini.. :)

going back, dalam konteks ini ialah mengimbau kembali kenangan semasa mula mula baru memasuki u.. :)

tanggal sekitar bulan 5 dan 6, aku mendapat sepucuk surat daripada UiTM mengatakan aku berjaya memasuki salah sebuah kampus untuk mengambil pengajian diploma dalam jurusan perniagaan..pertamanya aku mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana diberi peluang untuk melanjutkan pengajian di situ.jujur aku katakan kalaulah tak dapat masuk ke UiTM aku tak tahu nak pergi mana atau hala tuju aku seterusnya..maka persiapan pun dilakukan dengan berdikit dikit,antara perkara yang dilakukan ialah menyiapkan segala macam dokumen yang berkaitan, memohon bantuan zakat dan juga mengisi borang PTPTN(sebut PTPTipu) :P

erkk.macam dokumentari pulak ekk? okay here is wan’s style of story telling. do read : :)

dah siap segala, fajar 30 October 2007 pun menyingsing buat aku memulakan hari sebagai seorang mahasiswa UiTM..bertolak dari rumah opah aku dalam pukul 8 pagi,dengan iringan doa juga kata kata semangat dari sepupu dan juga uncle dan aunties aku. :) bertemankan zharif a.k.a. boboy kereta meluncur laju membelah sinaran pagi ke destinasi. dalam pukul 10 pagi kami sampai di perkarangan UiTM..sempat juga ibu aku buat lawak mengatakan : awak nie belajar kat pendalaman ke syafiq(sebab jalan nak ke dalam tu agak deep) :)

setelah selesai segala macam pendaftaran,aku pun dibawa ke bilik tempat aku menginap.biasala, budak freshie kenala duduk tingkat paling atas sekali.macam heaven.yes macam HEAVEN.tinggi, menghadap library, sejukk(pagi pagi), n suasana yang besh!!

bagi memendekkan entri, :P

banyak sekali kenangan masa aku mula mula masuk part 1 dahulu..ingat lagi, aku bawak jam loceng..jadi jam aku la dok berbunyi tiap tiap pagi..tapi nak tahu pukul berapa? pukul 4 cukop! :P terkenang lagi ;

wan, jam kau tu set pukul berapa tiap tiap pagi?

err, entah , aku pun tak tahu, nape?

lain kali set la pukul 6 ke, kul 7 ke..nie kau set kul 4 pagi, sapa nak jaga abang oii.dahla kau tido bagai tak ingat dunia.kalau kau matikan tiap tiap kali bunyi tak pe, nie aku kena turun dari tingkat atas semata mata nak tutup jam tu!

erkk.aku lupa lambatkan masa kot.kes MMS punya pasal la nie (maklum, MMS atau pun Minggu Mesra Siswa memerlukan new student untuk bangun awal tiap2 pagi, jadi ingatkan jam loceng tu membantu tika itu, rupanya dah habis MMS pun aku lupa untuk set seperti normal!) jadi kawan aku tu tensenla tiap2 kali bunyi dia kena turun dari katil g tutup, dan naik semula untuk tido! :P

satu lagi cerita ;

aku ada seorang lecturer masa part 1, agak tegas dan serius dalam kelas. antara kata-katanya yang aku ingat ialah :

kamu tak ada alasan kalau datang lambat ke kelas.dahla kamu duduk dalam, sepatutnya kamu boleh sampai lebih awal dari saya.ini tidak, saya yang duduk di Butterworth boleh datang lebih awal dari kamu,inikan pula kamu?

nak dijadikan cerita(kalau tak tak jadila cerita), aku adalah antara orang terawal datang ke kelas.yela dah duduk dalam kan, selalunya dalam 7.30 dari kolej aku dah gerak nak ke kelas. pada suatu hari…

emmh, pukul berapa nie..(hp ringing)

melihat ada mesej masuk dan membukanya)

wan, kau tak datang kelas ke?

erkk,(lihat pada jam tangan) pukul 8 wehh!

segera mandi(kambing), bersiap dan terus berlari(lari anak )ke kelas.sampai sahaja..

(ketuk pintu) Assalamualaikum puan.

hah, kenapa lambat?

tak ada alasan puan.

dah, pergi duduk(fuhh selamat tak kena bambu) :)

haha, kenangan kot…seb baik juga, aku ialah kelas rep bagi subjek tu.

amalan datang awal nie masih aku bawa sampai ke peringkat degree sekarang.sampaikan kalau aku datang lewat je, kawan kawan semua sibuk mesej atau talipon tanyakan khabar ”kau datang kelas dak”? hehe.kalau aku tak dapat hadir, at least aku gtau siap2.. :)

ada banyak lagi nak cerita, namun aku rasa cukup setakat itu dulu buat kali ini.bagi kome ternanti nanti.hehe.ingatkan kau tentang satu lagi entry, janji aki kepada kome tau! :)

insya Allah jika masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas dan mencoret, akan bersua lagi insya Allah.. :)

signing off, take care all.

salam.

wan_temen :)

p/s ; mencari empunya penanya soalan berkaitan blog.ngaku cepat! :P

1 comment:

  1. cite yg ke2 2 bez..aku slalu kne ngn lecturer 2 sbb slalu dtg lmbt..hahaha

    ReplyDelete