Assalamualaikum.
Apa khabar wan ? semoga sihat sejahtera hendaknya dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.
Aku di sini alhamdulillah, sihat senantiasa.lagipun kesihatanku bergantung kepada cara kamu menjaga aku.baik kamu, baiklah aku. :)
Aku telah mengetahui yang kau sedang dalam proses sukar seminggu dua ini.tak perlu tanya dari mana aku tahu.bukankah kita adalah satu? :) aku cuma nak katakan, lakukan sahaja apa yang kau rasa betul.manusia ini bermacam ragamnya dan yang pasti, tidak semua orang dapat kita puaskan hatinya.namun begitu,janganlah sesuatu yang kau buat nanti melanggar apa yang telah tersusun dalam undang-undang Nya.adalah menjadi satu pertentangan fitrah kita untuk melawan kehendak yang Maha Kuasa.
satu lagi nasihat aku, aku rasa kau akan lebih elok tanpa kehadiran seseorang so called “gelifriend” or else.jangan melatah dulu.cuma ingat pesan ibu kita yang berkali kali mengingatkan tentang pertingnya kau untuk menghabiskan pelajaran dengan cemerlang.lagi pun aku tengok kau sepanjang ketiadaannya tampak tiada bezanya.masih boleh meneruskan perkerjaan seperti biasa.percayalah wan, sekali terjebak, selamanya dikawal rentak.adalah lebih baik jika kau tumpukan pada pelajaran kau sekarang ini.perjalanan masih jauh wan.insya Allah jika ada jodoh yang telah tertulis pada kau serahkan sahaja padaNya.usah dipeningkan kepala dengan apa yang melanda kau sekarang ini.
wan, rajin rajinlah kau untuk mendekatkan diri padaNya.kerana bukankah cinta dari Nya yang kita cari selama hidup di dunia ini? insya Allah, jika kau mencintaiNya, Dia akan hantar seseorang sebagai pemangkin untuk mendekatkan lagi diri kau dengan Nya. :) aku tahu, kita sebagai manusia tidak terlepas dari membuat kesilapan dan dosa, namun begitu, bukankah Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani? :) aku juga tahu, sebab kau memburu perkara yang tak sepatutnya ini adalah kerana kau ingin mengisi kesepian dalam jiwa kau.Allah..kita telah bincangkan ini lama dahulu! kau sedang lalui segalanya dengan baik semasa tamat pengajian diploma kau dahulu.yah,aku juga ada bahagian untuk dipersalahkan dalam hal ini kerana terlalu mengikut perasaan seterusnya menasihati kau supaya mengikut aku.aku mengaku, itu salah aku.
berikan aku peluang membetulkan diri kita sama sama.mari kita mendekatkan diri kepadaNya.ayuh kita menjadi insan yang lebih berguna.tentang perasaan itu, elok diketepikan dahulu. :) percayalah wan, masa untuk itu akan ada, dengan sendirinya.fokus kepada perkara yang perlu dikehadapankan dahulu.
akhir kalam,aku ingin meminta maaf atas segala nasihat aku yang kadang kala melarikan kau dari jalan sebenar.aku harap kau maafkan aku, dan juga didiklah aku bagi membezakan antara benar dan batil.mari kita sama sama mencari redha Nya..
ikhlas,
Hati.
=itulah surat terbuka dari hati,harap dapat merenungi dan menginsafi diri..=
ini, pernah keluar dari hati.sekali lagi, aku ulangi.takkan tiap kali kecewa perlu diulangi? nampak sangat tak belajar dari kesilapan. moga Allah mudahkan segala… ~ulangsiar 29 Februari 2012~
No comments:
Post a Comment