Friday, November 12, 2010

Chapter 1, Bab Degree : The End.

 

Assalamualaikum.

 

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang masih memberiku peluang untuk bernafas dan berjalan atas dunia yang fana ini..

 

Ohh agak lama tidak corat coret di sini yaa.<sigh> al maklum hidup sebagai seorang pelajar ijazah sarjana muda, menuntut bukan sedikit pengorbanan yang diminta, bahkan kadang kala kena mengorbankan diri jua.namun, itu semua ada ertinya di sisi Nya, insya Allah. :)

Sekejap sangat masa berlalu, dah 6 bulan yakni satu semester telah dilalui..alhamdulillah 6 hb hari tu aku dah abiskan paper terakhir unuk semester ini..secara keseluruhannya semester ini aku lebih banyak main dan terganggu dek faktor faktor lain.tapi secara jujur aku mengaku sekarang aku dalam satu fasa dalam hidup yang paling sukar bilamana aku sekarang berhadapan secara direct satu lawan satu dengan nafsu aku.Sesiapa yang kenal rapat dengan aku tahu apa yang sedang aku alami sekarang ini.

 

mostly keputusan aku berdasarkan pertimbangan nafsu dan mempengaruhi akal.Berat sungguh dugaan aku pada semester ini Ya Allah..sekarang bila dah abis semester ini, aku duduk duduk dan renungi adakah aku dah cukup kuat semester ini? usaha harus dilipat gandakan lagi.dan aku telah merancang jadual jadual yang akan dilakukan sempena cuti semester ini.doakan aku agar berjaya melunaskan hajat yang tersimpan dan semoga aku terus tabah dalam mengharungi mehnah dunia ini…

 

memang betul la, susah nak jadi baik.ia adalah satu proses yang berterusan dan tidak akan berhenti hingga hujung nafas nyawa kita..definisi baik pada kita berbeda dengan definasi baik di sisi Allah s.w.t. Namun, teruskan berusaha.cuba sedaya upaya dan serahkan segala-galanya pada Dia Yang Maha mnegatahui apa yang terbaik untuk kita, hambaNya. :)

 

ops, lebih kepada entri rasa pulak.

 

untuk informasi terkini, sebagaimana yang telah diberitahu,paper aku sudah selamatt pada 6hb tu. namun begitu, semester aku belum habis secara rasminya lagi.ini adalah kerana aku terpilih(alhamdulillah) untuk mewakili UiTM Kedah bagi acara KARISMA(Karnival Sukan Mahasiswa), satu acara sukan tahunan untuk semua sistem UiTM.aku dah lama simpan hajat nak pergi KARISMA ini.dari aku mula bermain ping pong secara aktif masa part 2 diploma dulu.ops, lupa pulak nak beritahu yang sukan yang aku akan sertai ialah tabble tennis atau lebih dikenali dengan ping pong. :)

 

nak cerita sejarah aku dengan ping pong nie panjang.ringkasnya aku mula bermain sukan ini di tingkatan 3.itu pun setelah diberi bat oleh uncle aku.aku masa tu duduk di kuarters guru(baru pindah dari Taiping).jadi petang petang aku akan ikut uncle aku untuk bermain ping pong.mula mula memangla, baru belajar kan, kena hentam saja la.tapi lama kelamaan aku minat sukan nie.sampai tiap tiap petang lepas asar aku akan turun main dengan guru guru lain.lain orang lain skillnya.ada yang suka main cut, ada yang suka bagi bola spin.aku masa tu mana la tau teknik2 nak main nie.jadi main belasah jela pukul.aku ada satu teknik ambil bola dulu.aku gelarkan teknik cangkul.haha nak tau sebab apa? aku ambil bola/servis orang dengam cara tarik bat dari sisi kanan ke kiri.nampak macam orang tengah mencangkul tanah..haha!nak dipendekkan cerita bila masuk balik UiTM, aku terjumpa seorang sahabat yang menghidupkan balik minat aku pada sukan ini. :)

 

nak sambung cerita nie aku masuk dalam entri lain k. :) rasanya dah dua entri aku janji kat kome semua.insya Allah dengan cuti nie adalah masa untuk menyiapkan itu semua.lagi pun bukannya assginment ke apa,cuma luahan rasa dan perkongsian pengalaman je.. :)

 

haha insya Allah akan datang, ahad nie ke Lumut(seyes duk je kat perak tapi Lumut pun tak pernah sampai)meneman sepupu aku yang buat lawatan ke sana..ala budak tabika Kemas je.nak cat lagi dapur rumah opah aku..maklumlah baru renovate. :) dan yang paing penting, persediaan ke KARISMA! :) insya Allah aku akan lapor diri pada 18hb nanti..doa doakan kejayaan aku juga kontinjen UiTM Kedah, insya Allah..

 

cukup sekadar sini dahulu, jika aku masih diberi ruang dan peluang, akan ku sambung lagi coretan ini.. :)

signing off,

 

salam.

 

take care all.

 

wan_temen

No comments:

Post a Comment