Wednesday, August 11, 2010

memberi buat yang mengingini. :)

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah diketemukan kita lagi dalam rancangan(ehh apa ni) haha.bersyukur kepada Nya kerana masih berpeluang untuk mencoret barang sepatah dua dalam blog ini..dan juga bersyukur kerana kita masih sempat untuk memasuki bulan Ramadhan, bulan yang pernuh dengan barakah dan kerahmatan.. :)

baik.untuk entri kali ini, ada banyak cerita nak dikongsikan, (dah taip banyak sebenornye tadi, tah lappy lak buat hal, hilang dibawak dek angin lalu je la perkataan yang menari nari dalam akal aku tadi..) pasal menderma darah.

korang pernah menderma darah? best tak? aku nak cerita pengalaman aku menderma darah buat kali pertama, seumur hidup.. :) untuk permulaan, aku ada tanya pendapat para2 seasoned donorist pasal derma darah nie.. dan satu trivia yang menarik, lepas  derma darah kita ada dua kemungkinan, sama ada selera makan makin bertambah atau makin berkurang.

move on to pengalaman masa menderma. aku sampai di tempat menderma(dalam UiTM gak, foyer DIDE)..aku datang bersama UKK clan( syam, hadi dan iffah)..so kami berempat memang bersemangat waja berhati mulia (:P) untuk menderma nih..namun, hanya aku dan syam berjaya meneruskan perjuangan dan menderma darah..hadi sangkut sebab dia pernah menjalani operation dalam tempoh 6 bulan terakhir, iffah pulak sebab tak cukup hemoglobin(hemo hemo..) hihi.

masa nak menderma tu, aku pun dengan mind setting ingatkan lama, so aku nak pasang earphone dulu, yela boleh gak layan satu dua lagu semenetara menunggu nanti ek kan? :) masa tu nurse basahkan pelipat lengan kanan aku, than dia spray bius kot.(sejuk, dan nyaman giler!) but then dia tepuk2 pelipat tu nak cari urat, sekali tak jumpa daa.so dia terpaksa beralih ke tangan kanan aku untuk check(seb baik dia tak cucuk belah kiri, pas tu tengok2 tak cukup laju aliran darah, dia pindah sebelah kanan pulak.ini pernah terjadi kat kawan aku).

masa cucuk tu memang panas la, macam rasa kena inject darjah 6 je dulu.hihi. tetapi time darah tengah mengalir tu aku tak berani nak gerak tangan kanan aku.pedih gak la mengenangkan jarum tu dok ada dalam urat aku kan(haha)

apa yang best kat sini, masa untuk aku penuhkan satu beg, tak sampai 3 minit kot! aku dok nak pasang satu lagu, sembang sembang sikit dengan kawan, nurse tu kata “dik, dah selesai”. aku pun ”haa? betul ke dah abis? tak percaya..” hihi..alhamdulillah, semoga darah yang aku derma tu dapat digunakan untuk tujuan yang bermakna..bantu orang accident ke, buat transfusi ke :)

eh, untuk pengetahuan, darah aku B+. :)

sampai sini sahaja, insya Allah jumpa lain masa. take care all.

salam :)

wan_temen

2 comments: