Assalamualaikum.
*fuhh* *fuhh* *uhuk uhuk*.ehh, bersawang dah blog aku nih? maklumla dah lama tak kemas kemas..
alhamdulillah, masih diberi peluang untuk mencorat coret di blog ini..terima kasih atas komen pada entri lepas..alhamdulillah kami bahagia.(err speaking publicly pulak) :)
baik.kembali pada main part entri ni..alhamdulillah aku telah selamat melalui test JPJ yang diadakan pada hari selasa 8 hb jun yang lepas..dah tertangguh lebih 6 bulan sampai L aku kena renew.hihi.
so sebelum amik test tu,kenala berlatih dulu..aku habiskan masa dalam 8 jam untuk berlatih dalam litar dan di jalanraya..mula2 memang la teragak2, lama2 bila dah biasa jadi kurang la gentar tu, alhamdulillah.. :)
jadi untuk memendekan cerita, aku pergi ke tempat ujian tu(sekolah memandu aku gak)dalam pukul 9.00 pagi..padahal aku termasuk dalam sesi kedua yang hanya bermula dalam pukul 11.30 pagi..maklumla nama aku kan bermula dengan huruf w..sendiri mau ingat laa :P
ramai yop orang yang menunggu kat situ..dengan ujian motor tengah dijalankan, memang meriah masa tu :) dapat jugak la bertemu kawan2 dari Clifford dahulu….dan membuat seorang dua kawan baru :)
macam2 gelagat masa test dijalankan, ada yang sampai bonet terbukak masa ujian bukit, ada yang bunyi je kuat naiknya tidak, ada yang bunyi drift masa nak teruskan mendaki.hihi..
bila tiba masa aku, dengan lafaz Bismillah aku pun mendaki..mula2 aku ingat terlebih dah(tayar dah lepas sikit garisan kuning), jadi aku pun undur sikit..then bila aku dah yakin, aku angkat la tangan tanda minta dinilai pegawai JPJ..then dia tanya”Wan Muhammad Syafiq”? aku pun jawab la ya..dia balas oke awak boleh keluar(haha. aku ingat dia suruh aku keluar dari kereta, rupanya keluarkan kereta dari petak ujian tu..) :) termalu alah la gak aku.sampai mati enjin.(^=^)
then masa parking,alhamdulillah tak banyak masalah..tapi bila tiba sahaja 3 penjuru(terus terang aku cakap part nie memang aku tak conquer betul) seb baik tak fail. aku dah masuk elok dah, masa nak gostan aku perasan kereta tu rapat sangat ke kanan.makin lama makin rapat bahu kanan jalan.aisy kalau cecah garisan putih confirm la fail.mata aku dah kerling kat pegawai tu dia nak tiup wisel ke tak. seb baikla tak cecah garisan putih tayar kereta tu.cepat2 aku tukar gear dan jalan..:) muahaha.
dah selesai ujian di dalam, aku kena tunggu lagi untuk ujian terakhir dan paling gerun(gerun kaa?) testing in the road.. mula2 ada seorang je penguji. kecut gak la aku tengok bila asyik2 dia jee bawak balik kereta balik ke tempat menunggu calon..(fyi, kalau tester bawak balik ke tempat ujian, fail la maknanya).so sementara menunggu, sempatla aku berbual2 dengan beberapa kawan aku..siap dapat gelaran lagi tester tu.”Umar rojek”.padahal nama dia bukan Umar pun :)
lama kelamaan bila makin tengahhari, dari satu kereta tester dah jadi 4 semuanya..bagus la, cepat sikit habis.. then lepas solat, 1.45 ptg ujian disambung..pukul 3 barulah sampai turn aku..
menarik di sini.alhamdulillah aku dapat penguji yang agak lenient..masuk je aku dalam kereta, terus dia cakap ”jangan risau, dengan saya senang jaa.kalau boleh memandu kira lulus la”. aku tak tahu la nak cakap apa melainkan alhamdulillah dan insya Allah terpacul dari mulut aku..overall, sesi test dengan dia dah jadi macam kelas memandu pulak.hihi..siap bagitahu lagi”ha masuk gear 5”, “tukar gear 2”, “depan sikit, depan lagi”, “jalan C ye.” “masuk kanan.” pergh memang terbaek laa.alhamdulillah…
ada kisah di sebalik kemudahan ini.bila aku cerita semua kat ibu aku, ibu aku cerita pulak” ibu siap baca surah Yasin lagi untuk awak.tengok jam pukul 11 teringat awak ada test kereta, jadi ibu stop study jap, terus baca Yasin nak mudahkan awak lulus”..
aku terharu dan sebak.sampai macam tu sekali pengorbanan seorang ibu..
hmm, move on,alhamdulillah lulus dan P dalam genggaman.. so sekarang ada lagi satu hal, result aku yang hanya akan keluar pada pukul 12 tengahhari..sama2 doakan kejayaan kita bersama ek :)
hmm, sampai sini dahulu, insya Allah ada masa akan mencoret lagi..
take care all, salam :)
wan_temen
ya Allah gerunnya rasa nak sambung license ni...aish test jpj...test jpj...
ReplyDelete