Saturday, June 4, 2011

Contengan jalanan.

Assalamualaikum.

contengan jalanan

sebuah lakaran kehidupan

seorang hamba Allah yang bergelar insan.

 

latar belakang itu telah Dia cipta

luasnya seindah pandangan saujana

harus difahami tidak semua makhlukNya serupa

baik dalam memandang atau merasa

 

kerana itu jua

muncul dimensi pandangan berbeza

terbit perspektif yang berbeda

wujud pendapat dari sudut yang lain pula.

 

sedang kita berjalan atas tanahNya

sedang kita melihat alamNya

sedang kita merasa nikmatNya

pasti ada pengertian dari akal yang Dia cipta

 

sejauh mana perbezaan kita

seluas mana perspektif kita

asalnya tetap pada satu akar yang sama

bertunjangkan akar yang subur dariNya.

 

banyak pengajaran dapat diterima

banyak ibrah dapat dicerna

terpulang sejauh mana kita merealisasikan ayat “Iqra”

turunan Allah buat Rasul kita

 

dari contengan itulah

terbit lakaran lakaran

yang pada akhirnya

mendekatkan lagi padaNya.

 

contengan jalanan

sebuah lakaran kehidupan

seorang hamba Allah yang bergelar insan.

 

 

©Wan Muhammad Syafiq, 8.49 pm. Sabtu, 4/6/2011.

*terkesan dengan novel Hlovate – Contengan Jalanan.insya Allah review akan menyusul! :)*

*simpan kemas kemas apa yang kita lalui dalam ingatan.ia boleh menjadi kenangan atau pengajaran paling berharga.*


*gambar dari www.digitalmukmin.com kepunyaan Ustaz Azhar Idrus.superb semua gambarnya!*

6 comments:

  1. wohooo..pengalaman pengajaran..btw contengan jalanan memg bg KESAN.bukn sket kot.

    ReplyDelete
  2. FAR : hoho.kesan yang mengubah dunia, insya Allah. :)

    ReplyDelete
  3. teringin nak baca novel tu. minat karya hlovate. versus best..tapi ramai cakap contengan jalanan lagi best. tunggu review kat blog. =)

    ReplyDelete
  4. best2..crita dya mmg trbawa2 dalam hidup.. cra hidup seorang mnusia biasa yang mncari erti sebenar hidup. khidupan yg biasa. tapi cara dia mengolah sangat menakjubkan, smpai kadg2 kita tak sedari prkara tu brlaku dlm hidup kita,sebenarnya..

    ReplyDelete