Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan : pahala digandakan, dosa pun begitu jua..?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, entri yang kedua untuk hari ini selepas Wordless Wednesday yang berbentuk mingguan.dah lama tak mecorat coret di sini rasanya.. :)

Ramadhan dah makin dekat.sana sini sibuk dengan persiapan*well, tak nampak sangat pun* untuk menyambut bulan yang mulia ini. inilah bulan yang paling ditunggu tunggu oleh seluruh Muslimin dan Muslimat kerana dalamnya ada satu malam, yang mana ianya lebih baik dari seribu bulan! pahala amal kebaikan yang kita buat pula akan digandakan berlipat lipat kali ganda, berbanding pada bulan bulan Islam yang lain..

dalam akal ini, timbul satu persoalan…”jika pahala digandakan di bulan ini, adakah dosa yang kita lakukan juga akan digandakan nilainya?”

Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya: Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah sunat). Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.”

see? dah nampak kan pahala yang akan diganda gandakan darjatnya?

namun begitu, masih belum terjumpa sebarang dalil yang mengatakan bahawa dosa juga boleh berganda jika dilakukan di bulan puasa.paling terdekat ialah ini :

*diambil daripada Facebook Zaharuddin.net :

“Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Prof. Dr Muhd Uqlah Ibrahim (Ulama Fiqh di Jordan) serta lain-lainnya, di samping pahala yang berganda. Dosa juga boleh berganda di bulan mulia ini. Beliau ada mengutarakan byk dalil, bagaimanapun sukar untuk dimuatkan di sini. Sbgi jalan terbaik, jauhilah dosa sejauh-jauhnya di bulan ini kerana ia mungkin berganda & semakin jauhkan manusia dari Allah”

dan penjelasan lanjut :

“Berganda dosa di bulan ini tidak seperti ganda pahala yang digandakan sehingga lebih 70 kali @ seribu bulan. tapi ganda dosa tu maknanya, 1 dosa yg dibuat, dapat 1 dosa krn perbuatan salah tu, manakala timbul dosa lain krn hina & cemari kesucian Ramadhan. Itu adalah hasil rahmat Allah, gandaan pahala cukup berlipat tapi gandaan dosa tidak. Jika tidak habislah.. Jika dibuat di malam Al-Qadar, mungkin di tambah lagi satu dosa krn mencemari malam al-Qadar. Allahu 'alam”

pendapat peribadi saya, rebutlah sebanyak mungkin pahala pahala yang disediakan untuk kita jika kita beramal, dan hindarkan diri kita daripada membuat dosa, bukan sahaja di bulan Ramadhan yang mulia ini, malah di bulan bulan yang seterusnya..jangan pula tinggalkan amalan yang kita lakukan sepanjang bulan puasa, malah teruskan ia..

pendek cuma.moga kita semua mendapat keredhaan dariNya..

buat penutup, meh kita tengok video gandingan IniAnwarHadi dan AimanAzlan, buat menyambut Ramadhan yang bakal tiba.excited tengok video nie! :)

wassalam~

1 comment: