Tuesday, April 26, 2011

buat teman yang menghadapi dugaan.

Assalamualaikum.

usai membaca pesanan ringkas itu

aku terpana, sedih, terkelu.

 

adakah benar ianya kamu

di mana pada minggu minggu yang lalu

segaris senyum terukir di bibirmu

tatkala kamu sedang berkenalan denganku.

 

hati jadi haru mengenangkan nasibmu

terasa ingin segera kembali

untuk mengetahui keadaan situasi ini.

 

bila memasuki bilik itu

sayu dan hiba di hati

melihatmu lemah sambil keluarga di sisi

tangisan ayahmu gugur di pipi

tatkala ibu sebak, namun tenang sekali.

 

Ya Allah ,hamba Mu yang hina ini meminta

kepada Kau yang Maha Sempurna

permudahkanlah ujian mereka

dalam menempuh dugaan

yang hanya Kau tahu apa hikmah di sebaliknya.

 

sesungguhnya cubaan kepadamu

adalah peringatan buat diriku.

© Wan Muhammad Syafiq, 10.15 pm, Selasa, 26/4/2010.

*mohon didoakan kesihatan dan kesejahteraan 2 sahabat saya yang sedang dalam rawatan di hospital kerana terlibat dalam kemalangan, yang mana salah seorang dari mereka dalam keadaan kritikal dan tenat. harap doa anda semua dapat menyembuhkan mereka, dengan izin Allah.insya Allah.terima kasih*

No comments:

Post a Comment