Assalamualaikum kepada semua.
Alhamdulillah, ini entry ketiga selepas menyambung belajar menjadi seorang pelajar sarjana. ^^
sudah masuk minggu keempat dalam perjalanan 17 minggu untuk semester pertama, and alhamdulillah semua berjalan seperti biasa, cuma untuk assigment agak ketinggalan dan kurang menepati jadual.sesuatu perlu dilakukan segera untuk mengelak kekangan masa insya Allah.
dalam sibuk sibuk belajar ini, insya Allah aku sedang cuba dan merancang untuk mengumpulkan rakan rakan dan sahabat yang akan bergerak menuju sesuatu.
kenapa? baiklah, aku nak buka cerita. ^^
dulu, masa aku mula belajar degree in Islamic Banking ini, matlamat aku taklah berapa serius dan agak tidak bersungguh sungguh. frankly speaking, adalah kerana prospek kerjaya yang aku lihat besar dan boleh memberi aku pulangan yang agak berpatutan. tambahan pula aku boleh belajar dengan lebih mendalam pasal Islam dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
semakin aku belajar, semakin kuat tekad aku untuk mengembangkan Islamic Banking ini ke satu tahap dimana insya Allah sistem ini akan mengambil alih conventional banking yang bergerak sejajar dengan Islamic Banking dalam sistem perbankan di Malaysia sekarang. apa yang menjadi halangan pada masa itu ialah kurangnya pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap sistem Islamic Banking ini kerana ia adalah satu alternatif terhadap perbankan konventional yang secara dasarnya mengamalkan riba’, yang dalam Islam dilarang dan diharamkan.
lalu aku tetapkan matlamat aku ialah untuk menjadi lecturer dan educate people especially students dan juga orang awam terhadap kesedaran dan juga benefits of Islamic Banking compared to the conventional one.
dan semakin aku menghampiri penghujung degree, aku dapati bahawa gap antara praktikal dan apa yang kami belajar sangat jauh berbeza. bukan sahaja dari segi teori dan amalannya, malah jujur dalam hati aku mengatakan yang aku tidak mahu bekerja dalam industri perbankan Islam kerana terlalu bersifat profit oriented sehingga tampak mengabaikan sisi pandang consumer. sebuah kisah klasik yang selalu aku cerita pada kawan kawan aku ialah pada hari pertama sahaja aku praktikal di sebuah institusi perbankan Islam, apabila aku pulang dari kerja terus sahaja aku mengatakan kepada parents aku yang aku tidak berminat untuk bekerja dengan bank.
setelah aku memasuki alam master, aku mula terfikir adakah sistem yang sedia ada ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan Shariah dan juga kehendak manusia? kita klasifikasikan produk Islamic Banking ini kepada dua iaitu Shariah based dan juga Shariah compliant.secara mudahnya, Shariah compliant adalah produk yang disahkan patuh Shariah secara teknikalnya dan adalah halal untuk digunakan. yang menjadi masalah ialah kurangnya produk Shariah based yakni dibentuk berdasarkan Shariah spirit itu sendiri.
pendek kata jika dibandingkan antara Shariah based dan Shariah compliant adalah seperti halal dan Halalan Toyyiban. Shariah compliant hanya mendapat kelulusan halal untuk digunakan tapi mengambil framework daripada conventional banking.
atas daripada itu, minda aku mula mempersoalkan keraguan terhadap jalan yang aku ambil ini. adakah betul dan benar mahupun lurus jalan ini? jika tidak ,bagaimana ingin aku betulkan kembali? adakah kena keluar dari bidang ini?
dalam beberapa kelas baru baru ini, kami (pensyarah dan rakan sekelas) berdiskusi tentang kontrak kontrak dalam Islam.dan dari situ aku menjumpai panduan, alangkah indahnya jika kita menurut apa yang telah digariskan oleh para ulama’ ulama’ terdahulu terutamanya dalam bab muamalat iaitu jual beli dan urusan antara manusia. namun mungkin sikap kita yang suka menokok tambah dalam sesuatu menyebabkan akhirnya kita sendiri yang terkeliru dan hilang dalam kekusutan yang berlaku.
satu contoh yang mudah ialah apabila kita membincangkan tentang kontak murabahah.secara mudahnya dan umum mengatahui bahawa murabahah ialah jualan di mana untung akan diperoleh menerusi kos pembelian barang oleh penjual ditambah dengan sedikit margin keuntungan. di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai cost-plus sale.
namun tahukah kita definisi sebenar murabahah ialah di mana seseorang pembeli meminta penjual membelikan sesuatu barang untuk dia, kemudian pembeli itu bersetuju untuk membeli daripada penjual tersebut dengan menambah sedikit keuntungan berdasarkan usaha (mendapatkan barang yang si pembeli inginkan) yang penjual itu lakukan?
contoh mudah ialah :
mengikut pemahaman moden murabahah, B menjual kepada C sebuah barang (katalah walkman) yang harganya RM 120.00. Kos yang ditanggung oleh B bagi membeli walkman daripada A ialah RM 100 oleh itu ia mark up harga walkman itu sebanyak RM 20 apabila dia menjual walkman itu kepada C.
namun classical murabahah ialah seperti berikut :
C inginkan sebuah walkman, lalu dia datang ke kedai B yang memang menjual barang elektrik. namun walkman sudah kehabisan stok dan B berjanji akan memesan stok baru untuk C membeli walkman. B berkata yang kos bagi setiap walkman adalah RM 100. C dan B sama sama bersetuju yang C akan membayar lebih RM 20 atas usaha B untuk memesan dan membelikan barang itu dari A untuk C.
tahukah anda kenapa murabahah sebgitu rupa?
C menggunakan kepakaran B dalam mencari walkman yang murah daripada kemungkinan beberapa supplier yang ada.atas sebab itu beliau bersetuju untuk membayar RM 20 atas usaha dan kepakaran B mencari dan membelikan walkman yang murah berbanding supplier yang lain.
dengan cara itu, bukan sahaja isu harga kos* perlu didedahkan tidak timbul malah margin keuntungan dipersetujui bersama oleh pembeli dan penjual.
*isu harga kos timbul disebabkan pembeli hanya mengetahui harga jualan barang tanpa penjual mendedahkan harga kos yang ditanggung beliau. oleh sebab itu margin keuntungan bagi penjual pun tidak diketahui oleh pembeli yang membei barangan itu*persoalan timbul, adakah apa yang kita fahami dalam dunia moden ini bersamaan dengan apa yang direkodkan dan diamalkan di zaman dahulu?
I leave the judgement to you. masih banyak yang boleh dibincangkan dalam kontrak ini tapi itu insya Allah lain kali.
berbalik kepada diskusi berkenaan kontrak kontrak, aku memikirkan jurang antara the spirit of Shariah dan amalan di dalam Islamic Finance/Banking sudah terlalu jauh dan tak keberatan jika aku katakan Islamic Finance tidak mengambil the spirit of Shariah dalam produk produk mereka. apa yang dikejar ialah maximization of profit sehingga mengabaikan hak pengguna.
oleh sebab itu insya Allah aku akan cuba mengumpulkan rakan rakan sekelas aku untuk membentuk satu think tank yang akan cuba membetulkan sistem yang kita terperangkap setelah sekian lama. bukan tiada kritikan terhadap sistem ini tetapi ada di antara kita *bankers especially* yang tetap meneruskan sistem ini tanpa ada usaha untuk memperbaiki apa lagi untuk membetulkan apa yang kurang di sana sini.
memetik kata kata Prof Dr Zubair Hasan, pensyarah ekonomi INCEIF, “kita berbangga dengan pertumbuhan pesat dari segi aset dan harta di dalam kewangan Islam tapi bagaimana dari segi produk dan amalan institusi kewangan Islam?”
pendapat peribadi aku, kita sudah lama mempunyai sistem kewangan Islam, jujur aku katakan , sangat kurang usaha inovasi sesuatu produk yang betul betul menepati kehendak Shariah. apa yang kita lakukan ialah mengubah sana dan sini sehingga dipastikan sesuatu produk itu dikenali sebagai patuh Shariah. ini kerana kita sudah terperangkap dalam kerangka konventional sejak sekian lama.
granted, kita tak boleh just scrap off semua ini dan bermula balik daripada kosong tetapi aku tidak nampak usaha untuk mencantikkan lagi mahupun memperbaiki sistem ini. apa yang aku nampak hanya kenaikan figure figure angka yang semakin membesarkan sistem kewangan Islam setiap hari. seperti peningkatan angka aset mahupun pertumbuhan, hakikatnya semua itu tidak diiringi dengan usaha menambah baik sistem ini.
ini mendorong aku untuk mencari rakan rakan yang insya Allah mampu dan akan ada influence mereka tersendiri dalam industri mahupun bidang akademik yang mampu membawa satu perubahan, sedikit demi sedkit kepada sistem ini yang ultimately mampu mengubah persepsi ramai terhadap Islamic Finance.
doa doakan moga urusan ini dipermudahkan dan kami semua lulus dengan cemerlang di dalam keredhaan Allah.
rasanya itu sahaja yang nak diperbincangkan dan dibualkan dalam entry kali ini, insya Allah panjang umur dan ada rezeki aku akan mencatat lagi.
Allah bless,
Wassalam.
^^
p/s : this entry maybe related to the status, Nurul Hafisah. hope you enjoy this piece of my mind. ^^
p/s/s : special mention to Nur Amiera dan Nur Ezzah, who want their name to be put in this entry AS A CHALLENGE. so now your turn to pay me! haha kiddin. maaflah kalau panjang sangat.
p/s/s/s : this is the longest entry I wrote since I started a blog, I think, do remind me kalau ada yang lagi panjang daripada ini hehe.