Assalamualaikum.
Sihatkah semuanya?
maaf, sudah lama tiada bicara.
harap masih ada yang sudi membaca, coretan hambaNya yang tak seberapa.
baiklah, alhamdulillah sedang dan hampir menamatkan pengajian di INCEIF dalam Kewangan Islam(Islamic Finance).
Doakan moga semuanya berakhir dengan segulung lagi sijil insya Allah.
Tak banyak yang hendak diperkata,
kerana banyak yang telah berlaku sebelumnya. Moga Allah jadikan ia pengajaran dan iktibar yang berguna.
Cuma nak berkongsi rasa, tentang memperbaiki diri dan tahapnya.
Alhamdulillah, di sekeliling kita, suasana tarbiyah itu agak terasa dan juga makin ramai yang pulang dan mendekatkan diri kepadaNya. Kita pun bukanlah sebaik mana, cuma jika mahu kita nak merubah diri supaya lebih bermakna.
Lakukanlah perubahan, dengan perlahan lahan. Tambahkan variasi untuk membuat amalan dari masa ke semasa. Contohnya, jaga solat lima waktu kita. Bila sudah terpelihara, tambahkan dengan amalan sunat pula.
Contoh yang lain pula, dulu kita hanya mendengar kuliah dari radio, Youtube dan juga Internet. Setelah beberapa ketika, ubah pula caranya dengan menghadirkan diri di kuliah kuliah mahupun majlis ilmu.
Tak salah untuk mengambil ilmu dari video kerana ianya juga dari ustaz ustaz yang menjelaskan sumber sumber mereka. Lebih baik jika kita dapat merujuk sendiri apa sumber yang diperkatakan oleh mereka.
Bimbang nanti disiplin ilmu kita hanya berhujah dengan..
"eh, aku ada tengok video ni, ustaz ini cakap.."
"aku google pasal ini hari tu, dia tulis.."
Sebaik baik disiplin ilmu ialah dengan menyertakan sumber dari mana sesuatu ilmu itu didapati, supaya boleh mereka merujuk kembali. Jika kita hanya sertakan link, akhirnya sumber kita tetap berpandukan "video ustaz ini, dia cakap.."
Akhirnya, semoga pencarian ilmu kita berpaksikan kepada disiplin dan adab menuntut ilmu yang sebaik baiknya.
Long since aku cakap banyak.
signing off and wassalam,
Syafiq
:)