Asssalamualaikum.
Baru usai mengerjakan solat berjemaah di surau Al Iman Taman Lembah Bujang Fasa 4. masa bersiap siap tu teringat satu kisah benar yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Cerita nie ada aku baca dalam buku “75 Kisah Benar” yang berlaku pada zaman baginda. Saja nak recall balik untuk renungan bersama..kisah ini menceritakan tentang Saidina Ali yang terlewat berjemaah Subuh bersama Rasulullah s.a.w. :).
Pada dini hari itu, Ali bin Abi Talib bergegas bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah S.A.W. Langit masih gelap,suasana masih dingin, dan jalan masih diselubungi kabus pagi yang turun bersama embun. Ali melangkahkan kakinya menuju masjid. Dari jauh, sayup kedengaran suara Bilal memanggil-manggil dengan azan yg berkumandang merdu ke segenap penjuru Kota Madinah.
Namun, sebelum Ali melangkah menuju masjid, di hadapannya terdapat lelaki tua beragama Yahudi yang berjalan sungguh perlahan. Mungkin kerana usianya terlalu tua.dia berhati-hati menyusun langkah.
Sebenarnya Ali sangat tergesa-gesa. Dia tidak mahu tertinggal melakukan solat tahiyyatul masjid dan qabliyah Subuh sebelum mendirikan solat Subuh berjemaah bersama-sama Rasulullah dan para sahabat lain.
Ali faham yang Rasulullah mengajar supaya menghormati orang tua, tidak kira siapa dan apa pun agama mereka. Maka, Ali terpaksa berjalan di belakang orang tua tadi. Tapi, apakan daya, lelaki tua itu berjalan terlalu perlahan, dan oleh itu Ali juga terpaksa melangkah dengan perlahan. Lelaki tua itu lemah dan Ali tidak sampai hati mahu mendahuluinya. Dia bimbang sekiranya lelaki tua Yahudi itu jatuh ataupun mengalami kemalangan.
Selepas lama berjalan, langit mula cerah, apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua itu meneruskan perjalanan melewati masjid.
Setelah lama berjalan, langit mulai cerah apabila mereka menghampiri masjid. Lelaki tua tadi meneruskan perjalanannya,melewati masjid. Semasa memasuki masjid, Ali menyangka yang solat Subuh berjemaah sudah selesai. Tetapi Ali terkejut,sekaligus gembira apabila melihat Rasulullah dan para sahabat sedang rukuk pada rakaat kedua. Ini bermakna Ali masih sempat mendirikan solat Subuh sacara berjemaah. Sekiranya dia dapat , mengerjakan rukuk bersama, itu bermakna dia masih sempat mendapat satu rakaat solat berjemaah.
Selepas Rasulullah menyelesaikan solatnya dengan salam, Umar bin Khattab memberanikan diri untuk bertanya kepada Rasulullah ."Wahai Rasulullah, kenapa hari ini solat Subuhmu tidak seperti biasa?" Rasulullah bertanya,"Kenapa?Apa yang berbeza?" Umar menjawab,"Saya rasa berbeza. Selalunya kamu tidak rukuk dalam rakaat kedua sepanjang ini." Rasulullah menjawab lagi, " Saya juga tidak tahu. Pada rukuk dalam rakaat kedua Malaikat Jibrail segera turun dan menekan belakang saya hingga saya tidak dapat bangun. Itu berlangsung lama,seperti yang kamu ketahui." Umar bertanya lagi,"Mengapa Jibrail berbuat begitu?" Rasulullah menjawab,"Saya belum tahu lagi. Jibrail belum menceritakan kepada saya."
Dengan perkenan Allah, beberapa waktu kemudian, Jibrail turun dan berkata, "Muhammad, aku diperintahkan oleh Allah supaya menekan belakang kamu dalam rakaat kedua supaya Ali sempat mendirikan solat berjemaah bersama kamu. Allah menyenangi tindakannya kerana menjalani ajaran agamanya. Ali menghormati seorang lelaki tua Yahudi dan disebabkan oleh rasa hormatnya, dia terpaksa berjalan perlahan kerana lelaki tua itu perjalan sangat perlahan. Sekiranya belakang kamu tidak aku tekan, pasti Ali tidak sempat berjemaah bersama-sama kamu."
Mendengar penjelasan Jibrail itu, Rasulullah terus mengerti. Beliau menyenangi tindakan Ali kerana apa yang dilakukannya itu menunjukkan betapa tingginya penghormatan umat Islam pada orang lain. Satu perkara lagi, Ali tidak sengaja melewatkan atau meninggalkan amalan solat berjemaahnya.
(kredit kepada blog AS-SHIFA kerana mengingatkan mana yang lupa.nak rujuk buku tu ia dah tak ada dalam simpanan. :))
moralnya ada banyak dalam cerita ini, i leave it to you untuk fikirkan sendiri mesejnya. :)
ops, dah masuk Isyak.till next post.
take care all.
salam. :)
wan_temen