Wednesday, June 29, 2011
Tuesday, June 28, 2011
thoughts.
Assalamualaikum.
pendek sahaja entry ini.satu persoalan..:
maksud adil : meletakkan sesuatu pada tempatnya.kalau ambil contoh penghakiman pun, memang yang salah akan kena hukum dan yang teraniaya akan terbela. kena pada maksudnya di situ.
kita ambil contoh dalam berkeluarga.sorang buat salah, semua kena.untuk adil katanya.macam mana tu..?
dan contoh lagi satu, ada antara adik beradik dapat sesuatu.yang lain semua nak juga.untuk adil, berikan kepada semua. bukankah yang mendapat itu atas kebijaksanaannya..? bukan berbalik pada maksud asalnyakah, meletakkan sesuatu pada tempatnya..?
adakah guna satu maksud itu sahaja, atau berbeza mengikut tempat dan masa..?
mohon idea untuk pencerahan.
just thoughts.
wassalam. :)
Friday, June 24, 2011
melintas sebentar.
Wednesday, June 22, 2011
Sunday, June 19, 2011
daerah kelabu …
Assalamualaikum.
terdapat yang berjalan seiringan
tambahan dengan berpegangan tangan
ini bukanlah satu lakonan
jauh sekali suami isteri sedang bermesraan
bukan dilihat di tasik, hatta di tepi air terjun
bukan juga di taman taman permainan
namun…di pasar malam jualah tempat pertemuan
sesak memikirkan
hingga tawar hati mencari makanan.
benar, rasa cinta adalah fitrah dari Allah
malahan satu ruang dalam hati dialah akan mengisi
tapi…akad belum dilafaz lagi
apa bukti yang cinta bertahan sehingga mati?
jangan lupa Dia boleh membolak balikkan hati.
bicara tentang daerah kelabu ini
bisa sekali menerbitkan rasa gusar dalam hati
kerna tidak diikat dengan rasa cinta pada Ilahi
untuk apa perhubungan ini
jika tidak berpaksi pada Pemilik cinta sendiri..?
kalimat itu meluncur laju dari mulutmu
dek kerna sayang yang belum pasti akhirnya di situ
jangan lafazkan kata kata itu
selagi dia bukan sah dan halal bagimu.
“jagalah dirimu kerana Dia, dan aku juga akan menjaga diri demi Dia.”
itulah yang sebaiknya.
“tunggu dahulu. jangan kau dekati daerah kelabu itu.”
©Wan Muhammad Syafiq, 9.47 pm. Ahad, 19/6/2011.
*maaf atas ketiadaan entri baru selama dua minggu..harap terus mengikuti contengan jalanan dari seorang hamba Allah ini.. :)*
*new background song! nice tak?*
*baru nak berjinak jinak dengan nuffnang.do give some advice ya*
:)
Tuesday, June 7, 2011
PhD.
Assalamualaikum.
PhD
Philosophy Doctor dalam lapangan akademik
Permanent Head Damage untuk thinkers
Pelajaran Habis Dah untuk budak budak sekolah.
Ada satu lagi maksudnya
yang sangat sinonim dengan bangsa kita
Perasaan Hasad Dengki namanya.
pantang dilihat orang berjaya
iri hati mula menguasai dirinya
kalau ke jalan positif tidaklah apa
ini diusaha buat menjatuhkan pesaingnya.
apa cara yang tidak diguna
dari tipu helah hingga tok bomoh jua
tahukah kamu syirik itu namanya
senang senang dosa besar dah dilakukannya.
apa tidak sukakah kita
melihat rakan dan taulan berjaya..?
rezeki itu hak Allah jua
dan Dia Maha Adil lagi Maha Bijaksana.
lihatlah cerita sebalik penghasilan Boboiboy
di situ terpalit satu contoh terbaik.
aduh, bumi di akhir usia..?
matlamat kini menghalalkan cara..?
bangsa aku lah jua
yang menjatuhkan bangsanya.
©Wan Muhammad Syafiq, 6.30 pm. Selasa, 7/6/2011.
*isu yang seperti tiada penghujungnya.tak bolehkah kita bersaudara..? kita kan umat Nabi kita..*
*kredit kepada chiLleD...!! untuk memberi idea dan inspirasi sajak pada entry ini*
*malam nie special sikit.bumper edition untuk pembaca.nantikan entry seterusnya! :)*
Sunday, June 5, 2011
hiburan sehingga ke liang lahad.
Assalamualaikum.
sudah fitrah manusia
inginkan hiburan sebagai penemannya
tika susah, senang, suka dan duka
harus disemat dalam ingatan kita
berhibur itu ada tempatnya
Allah sudah aturkan segala
akal manusia yang memutarbelitkan kalamNya.
ada hiburan mendidik jiwa
ada hiburan menghangatkan suasana
ada hiburan sensasi untuk mereka
fikirkan, yang mana diredhai oleh Nya..?
tanah airku, Malaysia
macam macam hiburan tersedia
dari secilik cilik Mia Sara melalui Bintang Kecil
ke semuda muda Hafiz dengan Akedemi Fantasia
hingga seusia atuk kita menerusi Kilauan Emas.
hairan.
program seperti AF dah musim 9
Mentor baru habis musim ke5
Akademi Nasyid hanya semusim sahaja
Akedemi Al Quran pula dua musim yang entah disambung atau tak pula.
hedonisme…?
Al Quran itu hiburan kita
zikir dan tasbih penawar duka
nasyid menemani di kala suka
terpulang, kita hendak mengambil hiburan yang mana.
“berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah
hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah…”
=_=”.
©Wan Muhammad Syafiq, 10.07 pm. Ahad, 5/6/2011.
*pening mengenangkan hiburan yang salah dipilih oleh umat Baginda.*
link tambahan(inspirasi sajak dari link ini) : Soutul Mujahid: Kilauan Emas - Program Menggelapkan Kubur
ada sajak yang bertemakan yang sama, dibuat oleh sahabat blog : Try To Get Something is Better Than Nothing: Hiburan Tidak Ada Salahnya
Saturday, June 4, 2011
Contengan jalanan.
Assalamualaikum.
contengan jalanan
sebuah lakaran kehidupan
seorang hamba Allah yang bergelar insan.
latar belakang itu telah Dia cipta
luasnya seindah pandangan saujana
harus difahami tidak semua makhlukNya serupa
baik dalam memandang atau merasa
kerana itu jua
muncul dimensi pandangan berbeza
terbit perspektif yang berbeda
wujud pendapat dari sudut yang lain pula.
sedang kita berjalan atas tanahNya
sedang kita melihat alamNya
sedang kita merasa nikmatNya
pasti ada pengertian dari akal yang Dia cipta
sejauh mana perbezaan kita
seluas mana perspektif kita
asalnya tetap pada satu akar yang sama
bertunjangkan akar yang subur dariNya.
banyak pengajaran dapat diterima
banyak ibrah dapat dicerna
terpulang sejauh mana kita merealisasikan ayat “Iqra”
turunan Allah buat Rasul kita
dari contengan itulah
terbit lakaran lakaran
yang pada akhirnya
mendekatkan lagi padaNya.
contengan jalanan
sebuah lakaran kehidupan
seorang hamba Allah yang bergelar insan.
©Wan Muhammad Syafiq, 8.49 pm. Sabtu, 4/6/2011.
*terkesan dengan novel Hlovate – Contengan Jalanan.insya Allah review akan menyusul! :)*
*simpan kemas kemas apa yang kita lalui dalam ingatan.ia boleh menjadi kenangan atau pengajaran paling berharga.*
*gambar dari www.digitalmukmin.com kepunyaan Ustaz Azhar Idrus.superb semua gambarnya!*