Tuesday, May 1, 2012

Takaful, Pembiayaan, Akhirat?

Assalamualaikum sekalian!

lama tak merepek sini,penat, suka, tawa, duka..semua lengkap..rindu untuk meluahkan semua, seperti aku dengan Allah sahaja yang berbicara sesama.. :)

baiklah! baru seharian tadi, aku mengikut salah seorang pegawai di bahagian Pentadbiran Pembiayaan di Bank Rakyat Kuala Kangsar, untuk membuat lawatan susulan terhadap peminjam yang gagal melunaskan ansuran pembiayaan. kepergian itu bukan untuk mengugut peminjam supaya membayar, jauh sekali untuk memukul/belasah. :P hanya untuk mengetahui perkembangan dan melihat keadaan yang mungkin menyebabkan mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan..

perjalanan itu mengambil masa yang lama, kerana area yang akan kami tuju sehingga Gerik..sebelum itu sempat kami menelusuri Kg Beng, Lenggong..dan juga Kati. oleh kerana perjalanan itu jaraknya sehingga 204 km untuk pergi dan balik, maka aku dan pegawai itu sempat bertukar tukar pandangan.. dan masuklah kami ke tajuk pembiayaan..

seperti mana pengetahuan anda semua, banyak bank bank yang menawarkan pembiayaan peribadi perbankan Islam dalam senario dunia perbankan pada kali ini. Bank Rakyat tidak terkecuali menawarkan pembiayaan peribadi menerusi produk 1Aslah yang menawarkan pembiayaan sehingga RM 200,000..tapi bukan itu yang aku nak utarakan.

baik. ada satu produk bank Islam (pembiayaan peribadi) yang hangat diperbincangkan oleh aku dan pegawai itu. dari bank mana itu tak perlu dinyatakan..dan, dari apa yang aku tahu, semasa mengambil pembiayaan itu, pelanggan di beri pilihan sama ada untuk mengambil insurans(dalam perbankan islam disebut takaful) bagi memastikan pembiayaan mereka diinsuranskan.

secara mudahnya, jika apa apa berlaku kepada mereka (selalunya kematian,) pihak insurans akan melunaskan hutang si peminjam yang masih berbaki, tak kira berapa baki yang masih tinggal.

tapi juga secara mudah, lebih tinggi amaun yang dibiaya, lebih tinggi jumlah premium takaful yang perlu dibayar oleh peminjam.tapi premium ini akan ditolak dari amaun yang dibiaya. sebagai contoh, jika pinjaman ialah RM 10k, katalah takaful yang perlu dibayar ialah RM 300++, amaun ini akan ditolak dari jumlah pinjaman.jadi peminjam hanya akan dapat RM 9.7 k.

pernahkah kita terfikir, dalam keghairahan memohon pembiayaan peribadi, yang satu hari nanti kita mungkin tiada lagi di dunia ini, dengan pembiayaan itu masih berbaki?

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

sekadar satu contoh yang diberikan oleh pegawai itu : katalah si fulan bin fulan meninggal dunia, dan ada membuat pembiayaan peribadi. maka di sini, situasinya boleh dibahagikan kepada dua : mengambil takaful atau tidak mengambil takaful.

jika dia mengambil takaful, maka pihak takaful bertindak sebagai penyelesai pinjaman fulan bin fulan tadi. maka hutangnya dikira selesai dan dibayar. bagaimana pula dengan yang tidak mengambil takaful? bank akan melupuskira hutang tersebut, kiranya satu kerugian kepada bank dengan tidak mendapat pulangan semula dari pinjaman tersebut. tetapi…ia tidak dikira selesai secara totalnya.

satu asas dalam duit duit yang bergerak di dalam perbankan islam adalah wang yang digunakan untuk memberi pinjaman, ataupun membuat projek projek bank ialah datang daripada para pendeposit dalam bank itu sendiri.(pembukaan akaun simpanan) senang cakap, wang yang si fulan bin si fulan itu pinjam, ada haknya yang boleh dituntut oleh SETIAP PENDEPOSIT DALAM BANK tersebut.

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

terkadang, jika kita perhatikan, ramai waris si mati mengiklankan di akhbar jika ada sesiapa yang arwah masih terhutang dengannya agar dapat diselesaikan segera. satu persoalan di sini. kalaulah PENDEPOSIT DALAM BANK ada sampai beratus ratus ribu, adakah bank akan buat announcement kepada pelanggan mereka mengatakan si fulan bin fulan telah meninggal dunia, dan diminta agar dihalalkan semua hutangnya?

kita tak rasa yang si fulan tu berhutang pada kita, hakikinya dia ada portion of debt dengan kita yang menyimpan duit di bank(pendeposit), tak kiralah berapa, mungkin RM 1,mungkin RM 0.50 sahaja..tapi hutang tetap hutang.

diulangi sekali lagi. walaupun bank telahpun melupus kira hutang si fulan bin fulan dengan pihak bank, hakikinya si fulan itu berhutang dengan pendeposit bank, bukan dengan bank yang memberi pinjaman!

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."


Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

isu ini timbul dalam fikiran aku selepas sebuah bank menawarkan pembiayaan peribadi untuk menarik pelanggan dengan mengatakan pengambilan takaful untuk pembiayaan peribadi adalah terletak kepada keputusan pelanggan sendiri, tidak seperti sebelumnya di mana takaful wajib diambil oleh peminjam yang memohon pembiayaan peribadi.

begitulah kesan pembiayaan peribadi (penat aku nak tulis pembiayaan peribadi, hutang sudah la) terhadap seseorang, hinggakan sampai ke akhirat akan diperhitungkan oleh Allah ke atas kita…

bagaimana dengan kita nanti?

aku tinggalkan persoalan itu. sampai di sini sahaja dulu, insya Allah lain waktu, kita ketemu.

No comments:

Post a Comment