Monday, May 12, 2014

Review : Salaam Album - Sami Yusuf.

Assalamualaikum.

segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah.

harap agar semuanya sihat belaka.

masih ingat review album ini?

haa, review tentang album ini boleh dibaca di sini : review.Wherever You Are – Sami Yusuf. :). Kali ini insya Allah, kita bakal menelusuri satu persatu album selepasnya pula, iaitu album Salaam.


Alhamdulillah, jika dulu download albumnya secara illegal baru beli yang original, kali ini bukan sahaja dapat beli secara original secara terus dari penyanyinya, malah dapat pula tandatangan secara eksklusif!


klik sini untuk membaca kisah pertemuan aku dengan Sami Yusuf : Memorable November


well, selang dua tahun selepas album Wherever You Are yang lebih dark themed dari segi lagu dan liriknya, keluar pula album ini yang lebih meraikan kepelbagaian makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi.

baik, jika dibandingkan antara kulit album ini dan album sebelumnya, tampak lebih ceria dan menyegarkan.


cuma nak komen, macam malas nak reka lain je. masih menggunakan silhouette Sami Yusuf, cuma latar belakang yang gelap diganti dengan latar belakang matahari terbit.


but well, agak creative kan jika nak dilihat kesinambungan? setelah malam yang pekat kini datang pula pagi yang cerah.


sedikit kata aluan dari Sami sendiri :

“I am thankful to the One for bestowing upon me the privilege and honor of delivering these humble compositions. Admittedly, this album is a continuing exploration of my genre Spiritique. In content, sound and intention, it is perhaps a far richer and multihued artwork, and I have no doubt that, God-willing, it will appeal to many. The gist of the album is expressively one of bright predictions and confidence. Indeed, it is a dawn, though not one that follows nights or precedes mornings, but a perennial dawn that pervades all horizons.”

baik, kesemua track dalam album ini (versi Malaysia) ada 16 track. wau. nampak banyak, tapi ada beberapa track sebenarnya telah pun dirilis sebagai single secara berasingan.


sebgai contoh, track Hear Your Call telah direleasekan pada tahun 2009 untuk mengutup dana bagi membantu mangsa banjir di Pakistan pada tahun tersebut.


 


jika album Wherever You Are dahulu, Sami Yusuf lebih banyak melibatkan diri secara langsung dalam pembuatan lagu dan juga lirik, namun untuk album ini beliau lebih menitik beratkan penciptaan dan arrangement lagu manakala tugas penulisan lirik diberikan kepada Will Knox.


Will Knox adalah seorang penyanyi genre folklore yang berasal dari British dan tampak Sami Yusuf selesa bekerjasama dengan penyanyi ini. Will Knox diberi kebebasan bagi mencipta lirik untuk kebanyakan lagu dalam album ini.
baik. masa untuk bedah track by track!


1. Happiness
Music by Sami Yusuf & inspired by Indian Folklore
English Words by Will Knox
Arabic words by Abdul Rahman Yusuf
Produced by Sami Yusuf

sebuah track pembuka album yang sangat catchy, mengisahkan tentang kepelbagaian manusia di atas muka bumi, dan bagaimana kita meraikan perbezaan yang wujud.
lagu ini benar benar melambangkan genre Spiritique yang beliau sendiri cipta.


2) Salaam
Music & Words by Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Lagu yang menjadi tema album ini, gubahan muziknya diolah sedikit pada intronya, memberi kelainan dari versi album Wherever You Are yang terdahulu.


juga memberi mesej Spiritique yang berat, mendambakan kedamaian pada dunia yang semakin menuju ke arah akhir zaman.


3) Smile
Music by Sami Yusuf
Words by Sami Yusuf & Will Knox
Produced by Sami Yusuf

Ini track personal favorite aku. menceritakan pengorbanan yang sanggup dilakukan, hanya untuk melihat terukirnya sekuntum senyuman di bibir insan.


message lagu ini agak multi layered, kerana ia boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja insan yang kita sayang, be it our spouse/parents/ or ultimately Allah.


4) The Source
Music by Sami Yusuf
English words by Sami Yusuf
Arabic words by Osama Al-Saa & Kawthar Guendouz

sebuah lagu single yang asalnya direleasekan pada tahun 2011, turut dimuatkan di dalam album ini.


menceritakan tentang betapa Allah itu adalah pemula dan sumber untuk segala kehidupan diatas muka bumi ini.


aku tertarik dengan lirik “some claim to represent You, everything they do is so far away from You, My Lord..” sebab dengan cepat aku teringat tentang kes pembunuhan kanak kanak beramai ramai berdekatan sebuah tasik di Norway.


5) Dryer Land (ft Babak Radmanesh)
Music by Sami Yusuf
English words by Will Knox
Farsi words by Ustadh Babak Radmanesh
Produced by Sami Yusuf

Sebuah lagu yang simple, hanya menggunakan minimal instrument tapi impaknya cukup besar. baiklah, nama sebenar Sami Yusuf ialah Simak Radmanesh, dan Sami Yusuf adalah nama komersialnya.


little I know that Babak Radmanesh ialah bapanya sehinggalah diberitahu sendiri oleh Sami melalui Instagramnya. apa pun, lagu ini terdapat dalam dua versi, satunya nyanyian solo Sami sendiri dan duet bersama bapanya terkandung di dalam album version.


lagu ini mengisahkan tentang seorang insan yang mahu berubah kembali setelah insaf dengan perbuatannya masa lalu. tapi liriknya..berbekas!

“I am driftwood now
I am homeward bound
Pull me from the sea
Save what's left of me
'cause I'm tired and worn
From the tides and storms
So forgive my wrongs”
 

6) It’s A Game
Music by Sami Yusuf
Words by Will Knox & Sami Yusuf
Urdu words by Mehboob
Turkish words by M. Demirci
Produced by Sami Yusuf

Sebuah lagu “finished version” dari koleksi lagu lagu work in progress dalam album Without You dengan title “Sallou”. lagu ini pula ada kisahnya yang tersendiri.


dari samiyusufofficial.com :

This animation music video was originally conceptualized in 2007 as an intended response to the Danish cartoons. Still timely and equally relevant, this animation music video responds to “satire with satire”.

sebuah animasi yang sangat menarik, pada aku cukup berhikmah dalam bertindak balas terhadap provokasi kepada Rasulullah s.a.w dengan lukisan kartun pada tahun 2007.


7) To Guide You Home
English words by Will Knox
Original music & words: Azeri Traditional Folklore
Produced by Sami Yusuf

lagu ini sungguh meruntun jiwa. tambah pula dengan suara Sami yang memang sudah sedia mendayu dayu, menusuk kalbu.


lagu ini sebenarnya diinspirasikan daripada sebuah lagu klasik dari negara Azerbaijan. di sini Sami membuat satu tribute di penghujung lagu dengan menyanyikan lirik asal lagu tersebut.


menyentuh soal lirik, di sini juga aku merasakan ianya berbentuk double meaning kerana liriknya boleh sahaja ditujukan kepada sesiapa, dengan menyatakan perasaan kerinduan pada seseorang, dan inginkan mereka pulang.


8) Forgotten Promises
Music by Sami Yusuf
English words by Will Knox
Arabic words by Dr. Shihab Ghanem
Produced by Sami Yusuf

sebuah single yang pada asalnya dicipta khusus untuk program kerjasama Sami Yusuf bersama WFP (World Food Programme) untuk menimbulkan kesedaran terhadap krisis kelaparan yang melanda benua Afrika.

Sami Yusuf juga adalah duta dan ambassador kepada United Nations dalam bentuk Celebrity Partner. setiap hasil jualan single ini akan didermakan kepada program Live Feed yang diuruskan oleh WFP.


satu perkara yang menarik pada lagu ini ialah setiap bunyi yang dihasilkan selain daripada piano sebagai muzik latar, semuanya adalah dari petikan jari dan tepukan tangan.


9) Ala Bi Dhikrika
Music by Sami Yusuf
Words by Dr. Shihab Ghanem
Produced by Sami Yusuf

sebuah lagu tanpa instrument, yang menceritakan tentang keagungan Allah, diinspirasikan dari firman Allah yang bermaksud “ Maka dengan mengingatKu, hati kamu akan menjadi tenang”.


10) I'm Your Hope
Music by Sami Yusuf
Words by Dr. Walid Al-Fitaihi
Produced by Sami Yusuf

lagu yang diinspirasikan daripada Arab Spring, kerana Sami Yusuf pernah tinggal di Mesir dan mengakui beliau agak rapat dengan negara itu.


Lagu ini ditujukan kepada anak anak muda, yang menjadi harapan dan masa depan sesebuah negara.


sedikit nota tambahan, lagu ini digubah semula dan hasilnya album version lebih pendek berbanding versi single stand alone.


11) All I Need
Music by Sami Yusuf
English words by Will Knox & Sami Yusuf
Urdu words by Mehboob
Turkish words by M. Demirci
Persian words by Ustadh Babak Radmanesh
Produced by Sami Yusuf

sebuah lagi lagu “finished version” dari album Without You, dengan working titlenya bertajuk “Never Never”.


masa aku dengar Never Never dari album Without You, aku tertanya adakah ini benar lagu Sami Yusuf? lain macam je haha. tapi setelah beliau memberi kenyataan yang semua lagu di dalamnya adalah work in progress, aku ketepikan rasa pelik itu.


menceritakan tentang betapa kita memerlukan Allah/orang yang tersayang di sisi kita untuk menempuhi hari hari yang mendatang. again, maksud liriknya agak multi layered.


12) Hear Your Call
Music & English words by Sami Yusuf
Urdu words by Mehboob
Produced by Sami Yusuf

sebuah single yang asalnya dicipta untuk mengutip dana bagi membantu mangsa banjir di Pakistan pada tahun 2011.


kita dapat lihat beberapa lagu dalam album ini asalnya adalah single untuk mengutip dana pada asalnya.ini menunjukkan Sami Yusuf dan charity adalah sinonim antara satu sama lain.


13) You Came To Me(ft Dato Siti Nurhaliza)
Music & Words by Sami Yusuf
Malay words by Yasin Sulaiman
Produced by Sami Yusuf

baiklah, semasa Sami Yusuf masih di bawah pengurusan Awakening Records, ada perancangan untuk datang ke Malaysia bagi mempromosikan album beliau.


malangnya rancangan itu tidak menjadi tetapi dalam satu temu bual, beliau menyatakan yang beliau sangat tertarik dengan suara Siti Nurhaliza dan menyatakan kesediaan untuk berduet, jika punya kesempatan.


Beberapa tahun kemudian, di bawah pengurusan baru, Sami Yusuf dengan kerjasama Yasin Sulaiman yang merupakan sahabat baik beliau, datang ke Malaysia bagi mempromosikan album Salaam di peringkat South East Asia.

Siti dipilih untuk berduet dengan Sami dalam rakaman semula lagu ini yang pada asalnya termuat dalam album Wherever You Are. satu perkara tentang Sami, beliau sangatlah jarang berduet terutama pula dengan penyanyi wanita. nampaknya ada sesuatu istimewa pada Siti yang dirasakan oleh Sami.


14) Wherever You Are (Acoustic)
Music & Words by Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

lagu dari album terdahulu, diolah semula dan diberikan acoustic treatment dengan hanya menggunakan piano sebagai main instrument.


klip video untuk lagu ini Subhanallah superb. mengambil tempat di USA, mereka bijak mengadun suasana nature dengan mood lagu tersebut. bila dengar acoustic version ini rasa lebih masyuk dari old version, haha.


15) Without You (Acoustic)
Music by Sami Yusuf
English words by Conner Reeves (Published by IMAGEM)
Arabic words translation by Dr. Shihab Ghanem
Produced by Sami Yusuf

satu lagi lagu dari album terdahulu, yang diberikan acoustic treatment seperti lagu sebelumnya.


oh, dua lagu ini juga mengandungi nyanyian dalam bahasa Arab yang diolah semula oleh Sami.


16) To Guide You Home( Instrumental)
Original music & words: Azeri Traditional Folklore
Violin solo performance by Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

ini hanyalah sebuah redention oleh Sami Yusuf yang mana beliau bermain violin memainkan lagu ini.


Alhamdulillah, selesai sudah bedah siasat 16 lagu dalam album ini. agak extensive dan juga panjang. tapi pada pendapat aku sangat berbaloi dengan apa yang dipersembahkan kepada kita oleh Sami Yusuf.


kesimpulannya, aku suka album ini walaupun agak kurang menepati expectation aku di mana aku lebih senang melihat lagu lagu baru mengisi album dari mendengar lagu singles yang disusun semula muziknya. entahlah, ini hanya pendapat peribadi aku sahaja.


antara lagu yang menjadi track pilihan aku : Smile, Dryer Land, To Guide You Home, All I Need dan Wherever You Are.


itulah sahaja review tentang album terbaru Sami Yusuf. insya Allah jika diizinkan review album lain akan menyusul!


akhir kata,
“I’m an audiophile, if you may.” Smile


signing off,
Syafiq

1 comment:

  1. Assalamualaikum Abg Wan

    Tak tahu nak mula dari mana...

    Pertama, terima kasih atas persahabatan, pertolongan, nasihat dan tunjuk ajar daripada Abg Wan.

    Setahun saya menyisihkan diri. Mungkin saya buat keputusan ketika marah. Jujur saya bukan orang yang mudah lupa budi apa lagi memutuskan silaturrahim.

    Abg Wan, saya akan berkonvo keesokan hari. I just wanna say it, takut tak sempat: Thank you, thank you for all your guidance. Segala nasihat Abg Wan saya pegang utuh sampai sekarang, walau hati saya sesaat terdetik rasa menyesal.

    Take care, may Allah bless you always.

    Regards
    FM

    ReplyDelete