Friday, October 15, 2010

sekadar mengisi. :)

Assalamualaikum. :)

 

apa khabar hendaknya para pengunjung dan pelawat serta pembaca atau penstalker mahupun pengikut setia(haha) :)

 

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang dan ruang untuk bernafas dan menyedut udara diberi oleh Nya di atas muka bumi ini.. :)

 

hihi.aku sekadar mengisi lompang lompang yang wujud dalam blog aku nie. nanti tak mahu la terbiar tak berpenghuni dan tak ada orang komen..so keep it up moros kay? banyak sebenarnya aku nak cerita..namun kerana kesuntukan masa dan kekangan kerja, aku akan cerita yang penting penting jee.sebab kome pun penting dalam hidup aku kan? :)

 

1. The finale.

erhh, paper pertama aku ialah pada 28 Oktober dan berakhir pada 6 November. hmm, gap yang diberi agak memuaskan hati.namun kena push lagi sekiranya ingin mencapai tahap yang dikehendaki..ada ulangan kegilaan sem lepas rasanya nanti.kerana dua paper aku sangat berdekatan antara satu sama lain. research pada 31 hb 9 pukul 9 pagi dan personal development pada 1 hb 10 pukul 2 petang.haishhh. :) apa yang boleh dikatakan, redah dan redha(tapi setelah usaha dan tawakkal okay) :)

 

2. Personal Development

di sini lebih kepada isi hati kala ini.masih kurang dalam beramal.tambahan pula cukup payah nak istiqamah melaksanakannya seharian.hmm, ada panduan atau saranan? tiap kali miss, rasa down sangat…rasa bersalah menusuk kalbu, namun…hilang dibawa angin lalu dan masa yang bergerak laju..yang terkesan ni bukan setakat dalam amal, malahan dalam kerja dan panduan masa seharian.boleh siapa2 tolong ingatkan aku? :(

err,maybe that’s it.sorry, nak share banyak lagi,namun,simpan dikit dikit.hihi; P

 

take care all

 

salam.

 

wan_temen

Friday, October 8, 2010

Mengisi kekosongan.

Assalamualaikum.

 

59421_1550421807925_1456510340_1482415_7775062_n

 

“Rasa nak bertunang, untuk mengelakkan fitnah dan tomahan orang.”

 

ingat lagi status ini, yang pernah diucapkan oleh aku sedikit masa dahulu? sehinggakan aku dihujani pendapat pendapat dan pertanyaan yang muncul atau terpacul dari mulut setiap orang yang rapat dengan aku.

 

Rest assured, itu hanyalah luahan rasa, yang datang tiba tiba entah dari mana. :) mungkin terlalu dipengaruhi dengan keadaan sekitar mahupun keperluan yang mendesak(jauh benor pikiornyee) haha drop it okay.that’s just kiddin you all moros. :)

 

Dah berkata tentang topik tunang bertunang nie, aku ada menerima satu sesi kaunseling, berkaitan dengan status aku nie.soalan soalan yang aku dapat memang direct dan panas. :)

 

antara soalan yang ditanya ialah : kenapa kamu berpasangan(couple laa) dengan dia?

killer la punya soalan.ditambah pulak dengan  : adakah sekadar untuk mengisi kekosongan?

 

soalan kedua tu memang buat aku terkedu.

 

tambahan malam macam ini.aku terasa sesuatu yang tidak lengkap.rasa lompang .tanpanya, dan juga tanpa Nya.

 

aku sebenarnya sudah terbiasa berseorangan , namun tiba berseorangan part ini, aku rasa macam tak boleh tanggung. hanya Dia tempat aku mengadu. walaupun begitu masih ada sebahagian ruang aku khusus buat apa yang Allah tentukan untuk aku dan semua kaum Adam luar sana : ruang untuk kaum Hawa.

 

ye ye aku tahu, muda lagi..in short, kalau berpacaran/bernikah sekadar ingin mengisi kekosongan dalam hati, ia tidak akan membawa kita ke mana mana. sekadar meminjam kata kata Ustaz Hazrizal, “ Urusan pengantin bukan setakat di pelamin, malah masukkan sekali slot lampin!” .Ia adalah satu komitmen yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit, malah besar harganya yang perlu dibayar..

 

Tanya diri, sekadar mengisi atau memang memenuhi?

 

salam.

 

take care all.

 

wan_temen