Saturday, December 22, 2012

Bicara Buat Ibu.

 

Tika aku terlihat rambutmu itu,

Aku menyedari yang uban mula memenuhi ruang itu

Aku tertanya,

Adakah yang semakin tua itu aku?

Atau dirimu bukan semakin muda seperti dahulu?

 

Aku duduk berfikir,

Sudah bertahun menghirup udara bumi

Terbalaskah budimu sepanjang 22 tahun ini?

Adakah aku telah mengukir senyum di bibirmu,

Atau sekadar membuatmu suram dan menangis sendu?

 

Ketahuilah, duhai ibu

Doa darimu selalu memudahkanku

Zikir darimu sering melindungi anakmu

Aduhai, mampukah ku balas dengan sebaik baik cubaanku?

 

Kerana jika kau pergi

Hilanglah suatu perkara yang takkan kembali lagi

Iaitu doamu yang tiada hijab dengan Ilahi.

 

©Wan Muhammad Syafiq, 12.46 a.m, 22/12/2012.

Bicara buat ibu, tulus dari hati anakmu.

Friday, December 21, 2012

3 Minggu.

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah, serta puji pujian pada Allah.

dalam masa korang baca entry nie, insya Allah aku sudah tiba di rumah dan sedang berehat rehat. bukan rumah di Kuala Lumpur, tapi rumah di Kuala Kangsar!

Alhamdulillah, aku baru memulakan percutian dari pembelajaran selama 3 minggu. Semester 1 dengan rasminya tamat pada 19 hb December lalu.

Maka aku kini sedang bercuti. mungkin secara jasmani, tapi tidak dengan rohani dan aqli. Banyak perkara telah disusun, moga aku dapat melaksanakan apa yang telah aku rancang!

Mohon doa dan sokongan, dan terima kasih kerana mendoakan.Insya Allah, esok bedah album Salaam - Sami Yusuf, jika keadaan mengizinkan!

setakat itu dahulu, insya Allah akan mencoret lagi tika waktu.

Wassalam. ^^

Published with Blogger-droid v2.0.9