Tuesday, November 24, 2009

minggu ke kebun...

assalamualaikum.
(berp alhamdulillah)

hehe.aku baru pas makan nasi sama roti sardin.sedappp..

tau kenape aku bagi tajuk minggu ke kebun?coz ptg tadi aku baru balik dari kebun.belah senggang.masuk nie dah 4 kali dalam seminggu aku ke kebun opah.2 kali belah ketior n 2 kali belah senggang.1st time ke kedua2 kebun 2 just untuk amik durian n manggis.buah lain pun ada jgk tapi durian manggis yang menguasai jumlah dari semua buah2.tahla taun nie tak terasa sangat klebatan rambutan walaupun aku tgk pokok rambutan org ya allah punya lebat berbuah.


hehe sambil menaip nie tangan sebelah lagi mendukung spupu aku.hehe baru 6 bulan.fresh dari oven lagi.haha

hehe.bila aku tengok musim buah nie teringat aku kat kampung.aku admit aku lahir d bandar dan mmg aku budak bandar.but bila aku balik kampung, terasa kedamaiannya..dengan kebun buah yang lebat..hehe aku admit mmg aku x mcm buadak kampung.mandi sungai,panjat pokok..mana aku reti..
sampaikan mak sdara aku kata aku x boleh kawen dgn org kampung.kalo x awal2 fail.cbe bayangkan:

my wife:abg tlg ambil buah langsat bang.galah x de nie
aku :abg mane reti panjat pokok cyg.huhu

satu lagi kelebihan org kampung.kenal daun2 yang berguna.tambah2 daun dalam masakan.hehe
aku?tau makan jela..hahaha

tika next post,
salam:-)

Thursday, November 19, 2009

Durian lovers,savor the moment.




assalamualaikum.

hehe berkebetulan dengan cuti semester yang baru tiba musim durian kini bermula.tunggu lagi??

masa tengah menaip nie sempat lagi aku mengopek durian dan pangsa2nya..fuhh batch yang aku kopek ni dtg dari kampung opah aku belah senggang.smlm amik batch belah ketior.hehe kira mmg sehari dua nie segala2nya durianlah!

makan nasi pun dengan sambal tempoyak...



terkenang pulak kck2 dulu.sebut je durian mula aku tarik muka.haha mcm2 alasan aku x nak makan.sekarang?ha hantu durian lagi ada..

hmm.lagi pun balik nie kena lalui intensif training..just 4 da sake of losing weight around!skrg tiap2 ptg main badminton ngan boboy..da stat cuti kita tambah sesi pagi pulak.haha

tika next post,
salam:-)

Wednesday, November 18, 2009

the aftermath of konvokesyen..


assalamualaikum.

saat ini, aku kt kedai mamak sufing the net,smbil2 makan nan cheese(perbret oi) jari2 aku gatal nak menaip,so here there are, report of the convo....

1. kami(my family+boboy my cousin) arrive at pwtc at around 11 am.god soo many people around there! with many things running around (job fair and others) ramai gile siut!

2. around 12 kami g lunch.ya allah makanan..standard rm 5 ke 1 dishes?x kisahla mee ke nasi ke..mahal cukop..tegok price tag roti canai blh sampai 4 nett.hehe plus2 lagi..


kad jemputan...tapi terhad kepada 2 orang jer.so just me n my father.

sebelum masuk 2 aku naklah tangkap gambar aku n family.dia ada backdrop konvo kt satu tempat.beselah orang ramai..kenelah tunggu turn.tapi yang buat aku hangin nie coz ada satu family cina nie macam x reti2 nak bagi laluan kat org lain.die ingat
backdrop 2 bapak dia punya?lepas family dia pangill kawan2,pas 2 panggil makcik,pacik segala tok neneklah.last2 ayah bengang lama sangat terus die jerit mintak lalu.terkezut cina 2.haha 2 la taula exited konvo tp pikir2la org lain.

3.at 2 akhirnya baru kami blh masuk ke dalam dewan.dewan merdeka namaya.oh so nielah tempat yang menyaksikan banyak acara2 besar di malaysia.perhimpunana umno, aim, even rumah terbuka pun pernah wat kt cni. seyus big..n i thought of going up a level,only to realise yang sebenarnya tempat duduk kt atas kene masuk kot level 5.hehe beselah jakun..tapi besarlah sampai kene occupied 2 level for a hall.

4. konvo bermula! kicked off with the perarakan masuk graduan, followed by the deans and the top management in the oum .oh and the ones who give the certificate were Tan Sri Azman Hashim, CEO of the RHB bank.ala die 2 salah seorang daripada pro canselor kt situ.

5. my mum's turn agak lambat,because banyak sangat yang grad sarjana muda tesl..sidang keempat semalam khusus untuk penganugerahan ijazah kepada orang maths dan tesl. but aku tengokla, kalo konvo..every time last name on the list naik stage, mesti kene tepuk 1 dewan.mestilah coz da habis penganugerahan.hehe kalo ambil situasi aku masa ambil dip nnt, ngan nama aku mesti last sekali,ramaila orang tepuk untuk aku..hahaha..

6.abis je ibu dapat ijazah, ingat nak lari, tapi kene tahan pulak.ayah dah keluar dulu.alasan g toilet,sudah2 x balik2 dewan..huhu.tinggalah aku menjaga barang2..sah2 kantoi kalo nak lari..aku nak g toilet je urusetia tanya aku:

urus: nak g mana dik?
wan: aa nak g toilet(dengan membawa beg)
urus: kalo nak g toilet yang nie tinggalla.
wan:hmm ok(adeh kantoi)

last2 g toilet jela..ramai yang bawak beg kuar..tp beselah perempuan..adalah alasan2 munasabah yang diberikan untuk keluar..

sudahnya tunggulah sampai abis konvo.

masyaallah..ramai gile org ms nak kuar dari dewan.huhh lautan umat2 nabi..sesak!



klah,
coz da tulih panjang sangat.krg org boring pulak bc.hehe
tika next post,
salam:-)

Sunday, November 15, 2009

hari pertama percutian..

assalamualaikum.

hehe already 1st day of semester break and i already arrived in kl.:) alhamdulillah..
for the special occasion in my mums' life,

THE OUM 7TH CONVOCATION at Putra World Trade Center.

maknya yang konvo, anaknya yang teruja.hehe

journey semalam agak penat, mana taknya makan masa hampir a quarter day...6 jam tuu!!
board the bus at 4, dahla tak singgah mana2,berhenti solat pun x.hei geram aku ngan drebar bus 2..ini menimbulkan 1 persolan, apakah ia tunggu next entri.hehe

sampai dalam kul 9(agak laju jgk bus 2),kecut perut aku.aku estimate bus tu bergerak dalam 120km/h.scary..

dengan perut yang lapar,aku berdoalah supaya uncle henry sampai cepat.seb bek bila sampai je umah uji, pasta peresto sedang menanti..tunggu lagi?hehe..

klah,sampi sini dulu..
tika next post,
salam:-)

Saturday, November 14, 2009

selamat tinggal part 5..

assalamualaikum.

secara rasminya 3 jam yang lalu berakhirlah sudah kehidupan aku sebagai pelajar part 5..

rancangan selepas ini?shoot terus ke kl..skrg tgh tunggu driver aku mandi hehe.x dalah, aku mntk aus antar skali ngan fic.alhamdulillah ada kwn2 cm 2..bas kul 4 sat g..doakan perjalanan aku selamat dan diberkati olehNya..

untuk jangka masa panjang,insyaallah aku akn terus belajar kereta.dah lama aku nak belajar sebanarnya,dek kerana mpp dan kesibukan yang lain maka hajat itu tertangguh sehingga kini.

tu jelah,nnt da sampai aku update lain.
doakan aku.

tika next post,
salam:-)

Friday, November 13, 2009

1st posting..

assalamualaikum.

alhamdulillah blog ini secara rasminya telah tercipta.
sebenarnya, ini bukanlah kali pertama aku berblog. cuma sikap aku yang "hangat2 tahi ayam" je menghalang aku dari terus berblog. ala taula, blog bila ada benda nak tulis.betul x?

he2.untuk entri pertama nie x banyak benda yang ingin dibicara. cuma ingin update diri je.sok adalah ari last paper untuk dak2 dbs part 5.subjectnya? malaysia economic..kinda bit sejarah eco malaysia+pemahaman pasal strukturnya.oleh kerana subjek ini ialah subjek baca+sejarah,bayangkan kebosanan yang melanda..although 7 chapter je tp faham2la..bukak notes je ngantuk.baca notes je da faham.pelik tul.hehe

n sok juga pas exam aku akan shoot terus ke kl.4 what?my mum konvo oum on 15th at pwtc(grand dowh)!.haha masa nielah nak merasa upacara konvokesyen.macam rusa masuk kampung pun adala nanti hehe.moga2 dapat jadi pembakar semangat untuk anaknya...

moga temu di lain post,
salam.:-)