ey, lagi seminggu tepat. the countdown begins :) <3
Friday, April 30, 2010
Monday, April 26, 2010
di kampung.sekali lagi.SCO?syhh:)
Assalamualaikum.
sobah al khair :) sekarang pukul 4 pagi, jadi betullah kan? hihi.
Alhamdulillah, aku sekarang di umah opah aku.hmm sebenarnya kalau aku balik pasti aku singgah umah opah aku, tak kisah la untuk tido ke makan ke, sebab aku memang sayang opah aku.ala lagipun sapa nak teman opah kalo duk sorang2 kat umah dia semenjak peninggalan atuk..:)
haa.more on that later.sekarang mari update pasal diri saye.hehe.sekarang nie menunggu masa untuk mengambil paper ketiga dalam 4 kesemuanya.alhamdulillah 2 paper telah selamatt pada 21 dan 22 hb april aritu..bayangkan 2 paper dalam masa 48 jam? habis je 1 paper nak kena study lagi satu..haha.mengong gak laa 48 jam tu.tapi alhamdulillah segalanya dapat ditempuhi dengan lancar.agak tak puas ati tentang paper kedua = ETR. almaklum dengan masa yang tak cukup ditambah dengan tekanan yang sedia ada..jadi sudahnya paper tu aku rasa aku banyak gak merapu meraban dalamtu.
haa lagi satu aku nak bagitahu, aku sekarang secara tidak rasminya telah menjadikan UKK (Unit Kerjaya dan Kaunseling) sebagai bilik kedua aku, kalau aku x ada kat bilik adala aku kat UKK tu.ala kadang2 bukan untuk pape pun, sekadar melepak dan bertukar2 pandangan dengan kaunselor.. lagipun ada je student lain yang turut sama merehat2kan diri di situ.. jangan salah anggap pulak yang kami mengambil kesempatan… :)
haa, dah ada yang tanya aku apa itu SCO? serius nak tahu?? oklah sebenarnya nama ini diberi oleh kaunselor kat UiTM tu..hehe bila mana aku post status dalam fb mengatakan aku dapat penjagaan rapi dan terjaga aspek makan minum kat umah opah, serta mengenangkan aku yang agak kerap balik, hehe mulalah timbul suara2 mengatakan…Syafiq cucu Opah(SCO). :) get it?
nearing to getting this album.. just lean back and sit and wait.hehe
oke2.aku nak balik esok. ke kedah laa.naik bas macam biasa.kul 11 suku,hmm plan nak study dalam bas, tu pun kalau x mabuk jalan.hahah.
lepas nie tinggal 2 paper lagi..Transport dan juga Selling..sebenarnya, aku lagi risau tentang tpt nie..sebab nak jawabnya kena ada kemahiran berfikir kritis dan kreatif..lect takkan terima jawapan sebijik2 dalam slide..dia nak mengolah ikut pemahaman sendiri..
ok lah.sampai sini dulu,kering sebenarnya.nanti ada idea aku tulis lagi,nak pergi lunch nie.udang masak tempoyak.errmh :) nanti aku bawak balik kedah bagi kome.hehe
take care all.
salam.
wan_temen
Sunday, April 18, 2010
the finale that is nearing..
Assalamualaikum.
lama gak aku mengambil masa untuk post new entry nie.al maklum terlalu sibuk dengan tugas2 hakiki dan duniawi(echeeh..hehe)
okla untuk quick update, alhamdulillah aku sekarang berada di Kuala Kangsar.balik sekejap je.dapat cuti 4 hari.sementara menunggu 1st paper of finale.hehe start exam 21hb april = research methodology..dah tu 22 pulak ada ETR.terbaekk.tapi pas tu ada gap dalam 1 minggu lebih sebelum paper ketiga = transport pada 3 may.lama kott.
baiklah.aku sebenarnya masih lagi dalam kepenatan dek kerana minggu nie agak menekan dan memerlukan aku membuat kepantasan dalam fikiran dan juga pergerakan.like aku kata dalam previous entry, ada presentation VIVA pada hari Rabu hari tu, so macam orang gila la jugak aku leading to that day.even masa hari tu pun aku sempat lagi bawak budak2 sek menengah Taman Ria pergi road tour keliling kampus.haha sudahnya terkocoh-kocoh aku masa bersiap untuk presentation.
the presentation itself ? alhamdulillah x banyak kritikan mengondem kumpulan kami, especially part aku yang financial punya..terima jee apa figure yang aku bagi.cuma adala komen2 yang aku rasa memang berpunca dari kelemahan kami sendiri dalam menilai..tapi yang lawaknya = “kenapa contribution kamu ada sen2 tiap ahli?” ngee~~:)
selepas presentation tu memang aku dah clearkan kepala otak nie..pikir cuti dah dalam mind set.haha.then petang aku bersiap2 untuk pergi ke UM. untuk majlis anjuran GPMS Kebangsaan, pelancaran Skuad Motivasi Jelajah 1 Malaysia – Score A SPM 2010.
hehe.ini masa rehat dekat Tapah.
haa.Rusydi…:P haha
Pemandangan dari tingkat 18 Kolej Alamanda UITM yeng terletak di Jalan Kelang Lama.dekat dah dengan UM…
Majlis diadakan di Fakulti Undang-Undang UM..yang ironinya, kebanyakan ahli2 GPMS UiTM Kedah nie budak2 law.hahaa.
Auditorium Tun Mohamed Suffian.Tempat majlis berlangsung..err,siapa2 boleh bagitau aku dia nie siapa?
antara tetamu kehormat pada majlis itu ialah Tan Sri Muhyiddin bin Yasin, Dato Ahmad Shabery Cheek, dan Jais Abdul Karim(YDP GPMS Kebangsaan). kami punya VC, Dato Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar pun ada.
kami mempunyai 2 sesi dialog.satu dengan Menteri Belia Dan Sukan, satu lagi dengan VC UiTM sendri.tapi yang paling memberi inspirasi ialah sesi dialog dengan VC UiTM. banyak perkara yang membuatkan kami kagum dengan semangat dan kesungguhan beliau. malah kami dapat insight tentang apa yang menjadikan beliau seperti sekarang ini.
tahukah kome bahawa Dato Prof pernah mencari rezeki dengan bermain tomoi selepas SPM? kagum dan terkesima aku mendengar kisahnya. From “nothing to something”.
kesudahannya,memang satu sesi yang penuh ilmiah dan berinspirasi.malah ia menambah rasa hormat dan kagum kepada VC UiTM sendiri, tambahan pula kami yang bernaung di bawahnya.lagilaa.Salute Dato !~~
Bersama MPP 10/11, Setiausaha Agung : Bilal Bin Othman Ali.merangkap YDP GPMS UiTM Kedah.
Lambang GPMS(Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)
Memang satu hari yang penuh dengan ilmu dan pengajaran yang dapat dikutip buat bekalan menempuh hari-hari yang mendatang..insya Allah. :)
haha.bayangkan.bertolak dari UM pukul 6 petang.tambah rehat kat Rawang dan Sungai Perak, sampai UiTM dalam pukul 10 malam.haa pantas tak.haha kecut kott dalam bas tu..:)
hmm.rasanya cukup setakat ini.alaa cuma rindu nak tulis2 jee kat sini.hik2 :P
insya Allah, kalau ada masa dan kelapangan, akan ku coret lagi.
take care all.
salam.
wan_temen
Sunday, April 11, 2010
How to have a vacation in KL.part 2.
Assalamualaikum. :)
for those yang terlepas untuk mengikuti part 1, : how to have a vacation :)
hehe.now moving on to part 2…
1.Apabila anda bangun di dinihari, pertama tamanya ucaplah syukur kepada Allah yang telah membangunkan anda dari lena yang panjang.jangan lupa baca doa bangun tidur:)
2.Kemudian, bersiap2lah kerana hari itu anda tahu anda akan berjalan jauh. pasang kekuda anda kerana anda tahu perjalanan ini akan menggunakan mode transport yang berbeza beza, bermula daripada kaki hinggalah bas atau teksi,dan mungkin juga menggunakan LRT.hehe.
3.owh,jangan dilupa sarapan penambah tenaga.usah risau kerana tuan rumah atau bapa saudara anda pasti akan membelikan sekurang-kurangnya roti canai atau nasi lemak (yang bukan Antarabangsa) sebagai pembekal kekuatan anda.
4. setelah bersedia, mulakan langkah anda dengan kaki kanan keluar rumah.ucap syukur bila mengetahui yang bapa saudara anda sudi meminjamkan keretanya untuk anda berkelana ke Damansara.Buanglah jauh2 perasaan tidak puas hati sebelumnya apabila mengetahui mak saudara yang beriya2 untuk membawa anda terpaksa mengubah rancangan mereka ke Bangi atas sebab2 tertentu.
5. Mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan. ini dibantu dengan fakta bahawa kereta bapa saudara anda itu adalah automatik,jadi nikmatilah perjalanan menuju Damansara dengan alunan lagu2 nasyid dari CD yang anda sengaja burn untuk dipasang dalam keretanya.
6. Setelah sampai di Damansara, misi anda adalah untuk mencari Syarikat Perumahan Nasional Malaysia.dengan berbekalkan letter head yang mengandungi alamatnya, berpusing2lah disekitar pekan Damansara.Jangan lupa sediakan wang yang secukupnya.ini untuk memudahkan anda jika terpaksa melalui tol yang sama berulang2 kali sewaktu berpusing2.
7.apabila merasa penat dan letih untuk mencari tempat itu,maka parkinglah kereta anda di tempat yang disediakan.berehat sebentar di kedai mamak yang berhampiran.sambil2 itu boleh juga merasa roti nan cheese.
8. setelah dipersetujui, naikilah teksi menuju destinasi,ini adalah untuk menjimatkan tenaga dan usaha mencari yang tidak berhasil.ucapkan terima kasih dan jangan lupa bayar tambang setelah sampai ke destinasi.
9.setelah selesai urusan di pejabat itu, ucapkan syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan anda.dengan rasa senang hati naiklah teksi menuju tempat meletakkan kereta anda tadi.
10.setelah itu, anda bebas untuk pergi kemana2 sahaja yang anda sukai.namun, jangan dilupa bahawa anda perlu mengambil semula keluarga bapa saudara anda yang anda turunkan di LRT Setiawangsa tadi kerana itu adalah keretanya.
11.setelah sampai kerumah,rehatlah sepuasnya kerana perjalanan esok lebih menyeronokkan.anda akan keluar bersiar-siar bagi membalas penat lelah anda dari siang hingga malam tadi
hehe,akan disambung…
wan_temen.
Saturday, April 10, 2010
ETR.and other things.
Assalamualaikum.
Harap agar semua sihat2 hendaknya..kinda miss my family.hehe.maklumlah dah lama x balik nie.printer pulak buat hal.penat2 aku pergi beli katrij original.boleh pulak x baca dalam status.dah tu kata x da ink pulak tu.haishh.
hehe maaf atas sedikit rant sebelum aku pergi lebih panjang..sementara tunggu Isyak nie nak gak aku tulis-tulis.hehe
untuk quick update, alhamdulillah aku dalam minggu terakhir untuk semester ini sebelum pergi kepada finale week pulak..huhu sedar x sedar dah 12 minggu aku mengharungi semester ini..baru sahaja aku rasa macam pergi ke kelas pertama untuk semester 6 ni.
hmm aku baru je submit assignment terakhir..subjek ETR 300 atau lebih dikenali sebagai Business Plan..untuk pengetahuan kome subjek nie mmg unik..ini adalah kerana kami sebagai satu group (dalam 4-5 orang) diminta untuk membuat satu plan business.x kisah la tentang perniagaan apa pun. grup aku dapat perniagaan hotel.hehe jadi berhempas pulaslah kami menghabiskan membuatnya..bukan senang woo..macam2 nak kena ambil kira..loannya, pekerjanya, barang2nya..haha boleh jadi gila tau. hingga ke saat terakhir pun masih ada yang menghadapi masalah dalam planning deme..
ada empat komponen yang penting dan pening dalam plan nie.hehe iaitu financial(aku tuu), operation, admin dan marketing..tugas aku ialah untuk tunggu deme buat perangkaan sendiri dan figure dalam budget masing2.aku cuma masukkan jee. bila korang tengok plan tu memang tebal gila laa.sampai 93 pages kot..haha.ada yang sampai 100 pages lebih pun ada..biasala tu.tapi tergamam gak aku bila tengok plan2 semester lepas…huhu..
oh lupa pulak.x habis setajat disitu sahaja..dalam minggu nie (hari rabu kot) kami kena buat presentation pasal plan kami..haha,ciapla kami untuk ditembak bertubi2 oleh panel2 penilai nanti..kena siapkan perisai yang betul2 kebal nih.hehe
oke cukup ngarut2 pasal ETR nie.aku masih ada lagi 2 test + VIVA(presentation etr)..ergh.expect kegilaan dalam minggu nih.haha
aku masih mencari album nie..memang hype promotion dia..
haha.tolonglaa keluar dengan segera.sebelum duit aku abis ke tempat lain.huuu
hari khamis tu aku keluar.hajat di hati nak cari benda nie la.tengok2 tak ada lagi..sapa2 yang ternampak tolong bagitau ek..hehe
aku nak quote dari pada kawan aku :
“its just painful. this whole semester, i've been seeing lot of lost/breakup friendship. a lot!”
ergh.melihat ayat diatas membuatkan hati aku jadi gundah gulana.bukan sahaja semester ini.malahan sepanjang 3 tahun aku berkawan dengan kawan2 kampus aku,sudah banyak kepercayaan dikhianati.sudah banyak pergaduhan disaksi.tidak kira perang dingin,atau pun perang terbuka.ok la cakapla aku x boleh kena kejutan budaya, tapi begitukah cara berkawan2 di kampus?
memang dinamik cara berkawan di kampus ini.satu yang aku belajar, mungkin aku salah,betulkan ya:
jangan tahu terlalu banyak pasal orang, dan jangan dedahkan diri kita terlalu banyak dengan orang.(maksud di sini adalah masa2 luahan hati = rahsia,cinta,atau apa2 yang dirasakan peribadi) yelah, kalau tak mahu orang tahu banyak pasal kita, kita jangan tahu banyak pasal orang, betul tak?
okla.nie aku nak cita pasal finale aku.hehe the dates(sekali lagi quote=copy paste.maleh laa nak tulis.haha!)
- 21 April~9.00am-12.00pm~Final RM
- 22 April~9.00am-12.00pm~Final ETR
- 3 May~9.00am-12.00pm~Final TPT
- 9 May~2.15pm-5.15pm~Final Selling
So thats how it is and additional to ur info, we-part 6-final year students, start our paper on the first day of final and also we are the last student to finish the paper. RIGHT! HEBAT!(TERBAEKK!)
dahla aku kena sambut bufday aku kat kedah..huhuhu
haha.rasanya cukup dulu setakat ini.insya Allah kalau ada masa menjelang final aku akan post lagi.dah nak masuk Isyak nie :)
sebut pasal final, malam nie final Piala FA Malaysia. Negeri Sembilan atau Kedah?
take care all.
salam.
wan_temen
Wednesday, April 7, 2010
ke klang day two.report.
Assalamualaikum.
pertama2nya maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menulis hari kedua untuk trip ini..da ramai dah bertanya bila..haa kali nie for real,hari kedua di klang untuk kenangan kita dan bacaan bersama…
hari kedua aku bermula dengan agak awal.walaupun berakhir agak lambat.tdo kul 5 dowh..:P gara2 main tenet dan lappy.besela hik2.kebetulan hotel kami tu sebelah masjid.sah2 dengar azan subuh..
then lepas bersiap..bermulalah sesi gambar bergambar:)
haha.sebenarnya kami x rancang pun pakai baju same kaler.kebetulan jer.tapi kalo aku pakai slack hitam aku msti lagi cun pic nih.hehe:)
gambar ngan skandal aku:) nak tau sapa?cari sendirii.
haha gurau jela.aku sakat dia bagai nak rak dalam bas masa ke klang.keke
bergambar bersama super duper senior di lobby.hehe
nie belum lagi pergi port.baru pagi2 buta.gambar banyak kome tau dakk :)
element of fusion black and white, the results :)
rite so here we go…
chup2!
aaa.sebenarnya ada satu side story behind this.nak dengar?
sebelum board the bus, sir agak tidak berpuas hati dengan attire kami untuk pergi ke port klang.dia dah pesan pakai corporate attire masa trip ini. tapi kami faham2 jela.bukan skema macam budak u lain.sudah tentu corporate dengan stail kami tersendiri.dah mmg tu yang kami pakai ms ari isnin..mmg dapat ceramah free pagi2 hari. sudahnya kami diberi penalty untuk membuat report trip ini.tu yang aku post kat fb sour grapes in the morning:) memang masa perjalanan tu sume senyap dan masam mencuka.lagi teruk dari cuka.haha!~
then sampailah kami di…
yup.that is lambang westport malaysia.(jangan tanya aku kenapa bubuh lambang dolphin, x singa ke harimau ke.aku pun x tau nak jawab)
agak advance peralatan2 di sana..aku suka tengok bumbung dia,ada setelit berpusing2.mmg control tower dowh!:)
oke lawatan bermula dengan tour sekitar port.rasa macam VVIP pulak duk dalam bas diiringi polis port bila wat lawatan tuu.adalah pegawai dia memberi penerangan dalam bas.
akulah orang yang in charge pasal souvenir untuk tempat lawatan.yang kiri tu tolong belikan:)
gambar sebelah bas kena adaa:)
like this pic:) reflection of ourself..
selepas itu kami dibawa untuk tour dalam port klang itu.x delaa jalan kaki matilaa kami.dahla port tu besar gedabak.bukan besar saiz padang bola bese jee.memang aku impressed dengan fasiliti2 yang ada dalam Westport nih.nganga jee mulut ak tengok quay crane(sebut key crane)..
haa pilih2.aku belanja:P
semua jazz tuu:)
apa ini kanak2?
RTG cikguu..
(rubber tyre gantry)..
inlah quay crane..ada dalam 15 kesemuanya dalam Westport..estimated harga juta2 dowh.
inilah pelanggan tetap dan terbesar Westport:)
CMA CGM dan China Shipping..
haa.pas tu kami dibawa ke control tower.tinggi sih..tingkat 19 kot! satu je yang kurang memuaskan ati aku..pasal lect pengiring..apa salahnya naik last sekali..nak pastikan semua student selamat naik.nie tak.dia pulun naik lif dulu..hmm.what can i say more than a istighfar..
haa.niela captain tower die hehe.macam cikgu aku masa sek men dulu laa.en erman!!
then lepas tu kami dibawa ke bilik seminar untuk taklimat ringkas.di situ baru aku tahu that Westport is not just ordinary port.it is important to the Malaysia economic future..
the future keparat,eh corporate leaders.haha!
then macam bese,ada makan2 sikit..haha.dekat table yang aku duduk tu,macam2 cerita yang keluar..namun cerita paling banyak tentunya pasal lecturer aku..x pelah,biar antara kami sahaja yang tahu..:)
then.move on to KL Sentral..1 intersting note here ialah masuk kali nie kali yang ketiga aku pergi KL Sentral berturut-turut..
so here there are the photos. actually losing words.let the pictures speaks for itself:)
Selepas itu, bertolaklah kami ke destinasi(destinasi terakhir tau..haha).kami menuju ke The Malaysia Hotel..mula2 ingat tempat tu ok..tapi bila sampai…
hehe.sendiri mau ingatlaa.
itu sahaja untuk ari kedua di kelang..insya Allah akan disambung untuk ari ketiga?
take care.
salam.
wan_temen