Wednesday, May 5, 2010

review. Permata Hijjaz 1431.

assalamualaikum.

hehe mesti tertanya2 apa aku buat pagi2 buta update blog nie? sebenarnya aku baru abis baca buku Versus karya Hlovate. dah lama aku cari buku tuu.dari awal bulan empat lagi tau dakk.haha siap bubuh dalam list “must” untuk bulan 4 lagi. :P

oke lah nak masuk tujuan asal entry nie. sebenarnya nak cakap pasal benda lagi satu yang ada dalam list aku nih.haa nie dia..

Permata Hijjaz 1431

nak dapatkan nie Ya Allah..punya la siksa tunggu. dari awal bulan 4 sampai awal bulan 5 baru dapat. tanya laa orang2 yang rapat dengan aku.sampai boleh drive them crazy pasal album nie jee. tanya laa kedai speedy dekat cs sungai petani tu bape kali aku serang kedai dia dalam sebulan.agak kalau kedai tu boleh cakap sebelum aku masuk dia kata “wan,x sampai lagi..sabar…” :P

okelaa.now for the main part. Hijjaz nie last full album dia back dated tahun 2008 bila mereka keluarkan album Selawat Nabi – Live Percussion. dan album mereka yang ada lagu2 baru back dated lagi tahun 2006 menerusi album Damai. jadi kalau nak kira 4 ke lima tahun gak la mereka terperap tanpa album baru, cuma sibuk membuat lagu bagi artis2 lain macam Mestica, UNIC, dan Inteam.

Damai Selawat Nabi

untuk permulaan, memang aku eager anticipated album nie. jadi sebaik ja sampai di tangan aku, terus aku buka dan lihat albumnya.pergh memang kualiti kertas, inlay, specialnya baju (dan kopiah Hijjaz tu.perasan tak versi baru nih? berbeza dari yang dulu) memang membuat aku segera berfikir.”padanla harga 35 ringgit lebih..”cuma terkilan sikit covernya tak macam Mirwana – Bumi Akhir Usia yang ada magnet boleh tutup kemas. lagi semat. :)

untuk review seluruh album, mari kita bermula :

1. Gurindam Berkasih

(Lagu : Kamal Halim/Lirik : Ahmad Fedtri Yahya)

Membuka tirai dengan lagu irama asli. Memang tradisi Hijjaz agaknya ,seperti juga dalam album Jalan Bahagia - Irama Kasih dan Damai - Ritma Kehidupan.Menariknya kesemua ia dicipta oleh Kamal Halim seperti lagu ini.Cuma lagu nie lebih menarik susunannya. pasal lirik, aku x perlu nak ulas panjang2.semua tahu kebolehan Fedtri menguasai bait2 bahasa yang banyak.aku mula minat kat dia nie masa dia tulis lirik untuk Aiman – Dusta Berkalang dan Fitri Haris – Musafir Rawan. tengok tajuk pun dah boleh agak kan ?:)

2. Embun Hidayah

(Putra Aiman/Pahrol Md Joui)

Intro yang menarik, dengan bantuan orchestra dan erhu. lagunya senang ditangkap melodinya. sekejap je dah boleh hafal :) lirik pula datang dari satu lagi penulis favorite aku, Ustaz Pahrol.memang menekankan tentang hidayah bila ia datang.malah hidayah itu mampu mengetuk pintu hati seisapa sahaja.Lagu ini ialah killer song, macam “Berjuang Demi Cinta” dalam album Damai.

3. Satu Amanah

(Faizal Os/Faizal Os)

Lagu yang dibantu dengan elemen piano dan saxophone. memang aku tak jangka elemen itu pun boleh dimasukkan.kali last aku dengar saxophone dalam nasyid masa lagu Raihan –Salamunalaik .memang melayang aku hayati selawat tu. dalam lagu nie banyak piano yang didapati dalam intro dan diadun dengan baik bersama saxophone .

Mesej yang datang bersama lagu ini memang berat.malah membuat aku berfikir panjang dan lama.aku lebih suka lihat dalam konteks persahabatan.bukan sahaja kita harus taat pada Allah, malah kita kena mengingatkan kawan2 kita di dunia ini. lagu ini memang mencabar vokal Munif dan banyak bermain dengan perasaan lagu ini. keseluruhannya antara lagu kegemaran aku.  :)

4. Syukur Pada Mu

(Isman Isam/Lukhman S)

Lagu yang memang fast beat, dimulakan dengan drum pulak tu.sekali lagi orkestra bertindak bijak dalam lagu nie. cepat dan tangkas.hehe. part chorus macam lagu 60 – 70 an pulak.topiknya simple, cuma lihat pada tajuk lagunya dah cukup untuk menggambarkan apa inti pati lagu ini.sekali lagi vokal Munif dicabar bermain naik turun dalam lagu nie. :)

5. Ratu Nil (Yukabid)

(Munif Ahmad/Atie)

Mengambil konsep lagu Sumaiyyah. mengisahkan tentang penderitaan ibu Nabi Musa A.S apabila terpisah dengannya dan kegembiraan apabila bertemu semula. susunan muzik pun sedap dan mudah ditangkap  :)

6. Neraca Diri

(Ariffin Rahim/Habsah Hasan)

Topik yang disentuh dalam lagu ini mengisahkan tentang hati yang menjadi neraca diri dalam membuat sesuatu. Lagu ini memang membuai perasaan. Apa yang menarik ialah ini cubaan pertama Ariffin menulis lagu untuk Hijjaz sendiri,dan tampak hasilnya yang terbaik.lagu balada yang kedua terbaik selepas Satu Amanah. :)

7. Ala Baladi

(Copyright Controlled)

Apa yang aku tahu ini ialah sebuah lagu lama yang diberi nafas baru. Hijjaz pulak memberikan sentuhan arab ala2 gelek pada lagu ini, jadi memang menarik perhatian pertama kali dengar. oleh kerana Hijjaz tak sertakan sekali maksudnya dalam booklet lirik, terpaksa aku mencari sana sini dalam internet. setakat yang aku tahu lagu ini menyentuh tentang kecintaan .mungkin lagu ini diubah mengikut kesesuaian cinta kita pada Rasulullah S.A.W sebab lirik yang aku cari sebutan dia memang berbeza dengan apa yang Munif nyanyi.

8.Engkau Insan Sempurna

(Munif Ahmad/ITO Lara)

lagu khas untuk Rasulullah S.A.W. memang tradisi Hijjaz akan menyanyikan satu lagu khusus untuk Nabi Junjungan besar kita.  sangat suka pada part bridge dia dan ada elemen horns dalam lagu ini :)

9. Kekasih Agung 1431

(Copyright Controlled)

Satu lagi lagu lama yang dinyanyikan semula. Mula mula rasa macam pernah dengar lagu ini tapi lirik pulak x sama.dah tu aku pasang 1st time je dalam UKK Cik Rozainun terus nyanyi macam dah lekat dalam kepala.(memang laa.dia kata itu lagu zaman Nada Murni, harus la dia membesar dengan lagu tu melekat dalam kepala) haha cuma nak bagitahu, lagu sebijik seperti Cinta Agung – Qatrunnada. dan liriknya Cik bagitahu ada sejarahnya sendiri. nak tahu search kat internet. aku x mau cite.hihi :)

10. Iman Islam Ehsan

(Isman Isam/ITO Lara)

haha.mula2 intro macam lagu ala2 retro pun ada, yang macam orchestra RTM pun ada, macam Gaban pun ada(sikit jelaa).hihi.tapi sekali lagi, dengan lirik yang direct dan padat, memudahkan orang untuk memahami apa yang ingin disampaikan.minat dekat part closing lagu tuu.best kot macam dengar dalam dewan philharmonik pulak :)

11. Kalimah Utama

(Dakmie/Zalikamari)

Aku tertarik pada snippet dia dalam 1 minit yang terakhir, masa aku dengar, macam tak sangka yang Hijjaz berevolusi sampai begini rupa, memang padat muziknya ,dengan koir, vokal Munif yang sentiasa tinggi, dan bridge yang penuh dengan mainan bass, orchestra dan drum.memang layan lagu nie dengan mesej yang tersendiri.aku tertarik pada karya2 Dakmie bermula dengan Rabbani – Mahabbah.memang ada sedikit dark dan belas kasihan dalam penghayatan lagu ni.

itulah sahaja penceritaan semua lagu dalam album nie.keseluruhannya aku berpuas hati dan merasakan apa yang aku bayar berbaloi dengan pulangan yang aku dapat. x kisahla walau terpaksa tunggu lama pun, even walau aku x download kat internet yang aku sentiasa harapkan :) memang berbaloi baloi.Syabas Hijjaz !

5 comments:

  1. heh. peminat kental nasyid ke hijjaz ni?

    ReplyDelete
  2. peminat kedua-duanya. jawapan selamat :)

    ReplyDelete
  3. Salam, saya merupakan salah seorang peminat Hijjaz sejak album pertama hingga yang terkini. So far pada pendapat saya kesemua album-albumnya tidak pernah menghampakan. Sesuatu yang jarang didapati daripada artis2 lain. Semoga Hijjaz terus mengeluarkan karya2 berkualiti buat hiburan jiwa muslimin dan muslimat.

    ReplyDelete
  4. amboih....laju mcm jet aih....xdan nk kata pa...

    ReplyDelete