Friday, January 21, 2011

setelah sekian lama…

Assalamualaikum.

apa khabar hendaknya semua disini? maafla agak lambat untuk tuan empunya blog ini memunculkan diri, ini kerana atas sebab sebab yang terlalu banyak kalau nak dijelaskan satu persatu.. :)

alhamdulillah, aku masih bernafas, berjalan dan yang paling penting, dapat terus berbakti kepada semua, secara langsung atau tidak sebagai salah seorang khilafah di muka bumi Allah ini..:)

baiklah. agak lama aku tak update pasal diri..mari kita mulakan.

alhamdulillah aku secara rasminya dilantik sebagai presiden bagi persatuan kos aku, Islamic Banking atau nama nya i-Bank. pada mulanya aku agak keberatan untuk menerima amanah ini kerana aku ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran, namun begitu setelah beberapa minggu aku mengambil posisi ini, aku sedar ini adalah satu platform yang baik bagi aku untuk mendekatkan diri, dan juga sebagai salah satu medium dakwah dan perkongsian..

biasala, bila mengambil alih sesuatu persatuan pasti akan sibuk dengan berbagai aktiviti dan peranan.juga aku pun dah lama tak buat sesuatu aktiviti jadi boleh kata ini adalah satu kesinambungan kepada satu proses pembelajaran berterusan daripada diploma dulu. :)

bila kita sentuh tentang ayat ‘platform berdakwah dan perkongsian’ tadi, aku harap jika ada sesiapa yang ingin bertukar pendapat mahupun pandangan dengan aku boleh cari aku.bukan nak ajak gaduh tapi menggunakan prinsip “mari kita sama sama mencari kebenaran”, jika orang itu lebih berpengatahuan, dengan senang hatinya aku akan menjadi murid dan mengambil pengajaran dari beliau. jika vice versa, insya Allah aku akan menunjuk ajar setakat mana yang aku tahu..:)

“with the power comes the responsibility”. itulah ungkapan dalam filem Spiderman yang disebut sebut.maksud ayat ini ialah dengan kuasa yang kita dapat, bersamanya juga ialah peranan dan tanggungjawab.suka aku nak menyentuh pasal bicara yang diperkatakan oleh pensyarah aku semalam, tentang pemakaian para rakan rakan aku yang belajar dalam kos Islamic Banking ini.

Alamak, times up.hmm,kita akan sambung lain kali, okay? :)

 

hehe.

take care all.salam.

 

wan_temen.DSC-0000179

5 comments:

  1. woit..awat ko wat entry tergntung nih..hahaha

    ReplyDelete
  2. chilled, jangan banyak tanya.blog aku aku punya suka la! :P
    haha sebenarnya tetiba putus idea tadi.dan juga nak buat korang tertunggu.. :P

    ReplyDelete
  3. salam epiq,
    sori ahh, malas nk letak name
    x pe kn?
    anyways ,pesal lmbt, lame tau tunggu!
    study baek2
    saye pn same jugak hehe...

    ReplyDelete
  4. anonymous,

    trimas sudi singgah ke teratak buruk epiq!
    haha, rasanya dari bahasa tau dah sapa nih.. :P

    ReplyDelete