Sunday, January 30, 2011

a week off. :)

Assalamualaikum.

apa khabar hendaknya semua pembaca dan juga silent reader Berjalan, Melihat dan Mentafsir..harap semuanya dalam keadaan sihat sihat belaka insya Allah..teruskan berbakti pada dunia, dan tebarkan senyuman serta salam kepada semua..moga moga ada manafaatnya. :)

haha.nampak skema kan ayat permulaan ini? ini adalah salah satu usaha penambahbaikan yang sedang dilakukan, bagi meraikan para readers yang datang dari berbagai pelusuk dunia..make this page feels like yours. :) dan terima kasih juga kepada seorang hamba Allah yang mengingatkan aku kembali kenapa aku berblog pada asalnya..dia lihat ada sedikit lari dari landasan asal dan dengan segera dia menegurku kembali. Itulah manusia..dek kerana selalu lupa dan alpa, it’s nice if we had a friend who can do ”check and balance” kepada kita..

satu lagi, ada yang menyuarakan ketidakpuasan hati dek kerana entri lepas aku biarkan seperti tergantung..haha, sengaja aku biarkan sebegitu rupa..sungguh, kadang kadang idea itu mencurah curah tiba,dan ada ketikanya otak macam “hang” sahaja…maafkanlah hamba,kerana aku juga seorang manusia biasa…

berbalik kepada minggu ini, alhamdulillah sekarang aku sedang bercuti selama seminggu, dek penangan Tahun Baru Cina yang akan menyusul.apa yang menarik disini ialah budak sekolah hanya akan memulakan cuti pada hari Khamis dan berakhir pada hari Ahad..namun begitu, bercuti tak semestinya bermakna kita boleh berehat sakan dan juga duduk bersenang lenang..masih banyak tugas menanti dihadapan buat aku.. :D

tak pernah masa cuti aku merasa inspired untuk berbuat sesuatu, alhamdulillah Allah bukakan hati aku untuk terus rasa bersemangat menempuh hari hari yang mendatang..mungkin juga tempias dek kerana mencari cari artikel tentang assignment.. al maklum, perbankan Islam merupakan satu bidang yang sangat besar..jadi setiap hari ada sahaja benda baru yang perlu dipelajari dan juga perlu difahami..kebiasaan, kekadang hiruk pikuk dunia membuatkan diri merasa penat.Alhamdulillah lelah lelah dunia ini hilang bila mana kita singgah di blog2 rakan rakan ataupun para dai’e yang mana entri entrinya memberikan makanan rohani buat diri..terima kasih diucapkan! :D

satu quote yang menarik dari Facebook seorang sahabat :

“kita dipilih untuk menjadi pemimpin...adalah kerana ALLAH pilih kita...ini kerana kita mampu melaksanakannya...TETAPI..PERSOALANNYA
adakah kepimpinan kita diredhai ALLAH selepas kita dipilih??
adakah ALLAH redha dengan tindakan kepimpinan kita??
itu satu persoalan yang patut setiap pemimpin tanya pada diri mereka...termasuk diri saya sendiri”

*credit to Pena Padi. :)

aku pernah mengutarakan hal ini dalam status aku :

“terima kasih atas ingatan dari seorang sahabat :
D : tahu tak siapa yang lantik awak jadi presiden persatuan tu?
S : aaa? kawan kawan lah.for the sake of appoint je...
D : bukan, siapa yang dah menetapkan untuk awak jadi presiden tu?
S : kawan kawan la..
D : tak.bukan la...
S : *baru tersedar..*


D & S : Allah. :)”

status aku cuma menyentuh tentang siapa yang memilih kita untuk mengetuai sesuatu perkara..namun begitu, ada yang tersembunyi di sebalik yang azali :D

persoalan yang diutarakan memang tepat dan kena.adakah pemimpin itu setelah mengambil tampuk pemerintahan akan melaksanakan dasar dasar yang diredhai Allah? adakah setiap keputusan, tindakan dan juga perbuatan seseorang pemimpin itu akan senantiasa diapprovekan oleh Allah Yang Maha Kuasa?ini aku harus mengkoreksi diri semula…oh, perjalananku masih jauh dari landasan sebenar..doakan agar aku dapat membuat keputusan yang diredhai oleh Nya..

jom pergi sarapan? sekadar roti keju dan teh o sudah memadai. :D

sampai sini sahaja,

take care all.

salam.

wan_temen

 

p/s : jika terlihat mana yang tak kena, atau pun tersalah kata, tegurlah saya kerana Dia :)..saya baru belajar, masih belajar dan akan terus belajar..

1 comment:

  1. salam, epiq
    akhirnya...!!!!!!!!!
    baru la, epiq yg saye kenal!
    jgn risau,
    saye akan slalu ingatkan...

    dr:
    kenal2 sendiri jea dah la....

    ReplyDelete