Assalamualaikum.
akhirnya
kau pergi jua
setelah seminggu bertarung nyawa
bersama disisimu seluruh keluarga
setelah semua duga dari Nya
akhirnya…
walaupun kesihatanmu tidak menentu
malah semakin merosot, dari apa yang ku tahu
tak putus putus doa buatmu
bak dari rakan, sahabat mahupun pensyarahmu
apakan daya, Dia lebih tahu
dan itulah jalan yang lebih baik untukmu.
walaupun sekejap sahaja
terasa seperti sudah lama
walau hanya sepatah dua
namun ingatan diri terbuai juga
kamu baik di mata semua
moga Allah sahaja dapat membalasnya.
walau hayatmu sesingkat ini
insya Allah kebaikanmu terus mengalir
*beruntung kamu, bukan?*
kerana sudah terlepas dari azab dunia
dibandingkan dengan aku, yang masih dalam alam fana
sudah pasti dosa itu menggunung jua
berbanding dirimu yang sudah rata.
permergianmu jua
ingatan buat aku di dunia
detiknya pasti tiba
adakah kita bersedia..?
© Wan Muhammad Syafiq, 10.02 pm, Sabtu, 30/4/2010.
*mohon disedekahkan al fatihah kepada Nor Masturah Bt Che Johari, sahabat saya yang kemalangan seminggu lepas.beliau meninggal dunia petang semalam.semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. Al – Fatihah~*