Sunday, June 20, 2010

the degree.prologue.

assalamualaikum.

19 jun 2010.pukul 11.45 pagi.

aku sedang melayari facebook.sambil menunggu result kemasukan ke degree keluar.sedang aku browse, terjumpa status ini..

(nama dirahsiakan kerana tidak mahu mengaitkan dengan sesiapa)

status facebook beliau : Harap Maaf , Permohonan anda ke Universiti Teknologi MARA adalah tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad !..........................

aku dah seriau dah.aikk, awat ngan kawan nie, dia pointer 4 flat kot pada sem terakhir dia.so aku ternampak ada kawan dia bagi link untuk check keputusan masuk degree.aku pun klik dan terpaparlah page yang meminta aku masukkan no ic untuk semakan.bila aku masuk dan klik semak…………

image

alhamdulillah…sambung belajar lagi!

bila tengok tempat dan kos, macam tak percaya, adakah ini mimpi? alhamdulillah..back to Merbok, taking my 1st preferences for continuing degree.. :)

Perbankan Islam.kos pilihanku sejak memasuki semester 6 diploma.. :) sebab musababnya sudah dijelaskan di sini.

dengan ketahuan masuk degree ini maka mulalah 2 minggu yang paling sibuk dalam hidup aku, perlu menguruskan borang borang yang berkaitan, dan juga kena *gulp* mencari umah sewa..huaa.haha.memang tak boleh wat pape laa.hidup berdegree nie kena duk luar..ngan transport nak kena fikir, lagi apa ntah lagi. :)

sekarang tengah work on rumah sewa.hope by the time aku register dah boleh settle down dah.. :)

ramai jugak yang dapat sama balik dengan aku.tak tahu la sebab apa.yang perempuan ada, laki setakat nih aku tak tanya lagi.dah jodoh kot ngan deme? :P wahaha.tapi dalam syok2 tahu sambung kat mana, ada gak yang bagitahu bite sedih mengatakan tak dapat g mana2.macam contoh kawan aku kat atas tadi laa.kesian kot.tiap sem dekan tapi bile check result tak dapat pergi mana2.bukan a waste of talent ke kat situ.ape la deme yang handle web nie.main ramdomly selected je kot.haishh.

so sekarang.move on to degree.. :) buat betul2! insya Allah boleh..

take care all,

salam.

wan_temen :)

13-06-10_1547 my sidekick, my lil bro(even though dia cousin aku tapi dah anggap macam adik.)

:)

new lease of life.

Assalamualaikum.

Baru balik sudah dari pekan, merangkap satu perjalanan dari rumah, ke rumah opah, ke kubur dan pasar,membeli buah, dan akhirnya kembali ke rumah opah, menunggu waktu Jumaat. :)

2 3 hari ini adalah hari yang agak memenatkan.tiap tiap pagi bangun awal(mestilaa dah nak solat subuh.haha) then g umah opah.macam semalam aku kena jadi baby sitter sebab semua anak2 opah(my uncle and aunties) ada hal di masjid ,eh majistret. :)

kome, sihat? alhamdulillah, banyak perkenbangan positif dalam masa 2 3 hari ini. genap seminggu aku mendapat lesen kereta, dan 2 hari sudah aku mendapat handphone baru, alhamdulillah. :)

Picture0037 meet Sony Ericsson W205 :)

baru je keluar model nie.dalam 1 tahun sudah namun baru lagi laa kira dalam pasaran.hihi~

pro dia ialah alhamdulillah.semua yang aku inginkan dalam hp ada ciri2nya.mp3 player, radio, camera.dan reka bentuknya agak sleek sikit.tertarikk..

kontra? bateri yang cepat abis.(masa aku masuk dalam internet untuk tgk review tentang hp ni, ramai yang komplen tentang bateri dia,tidak menepati harapan penggemar hp yang ada mp3 player.)dan rasa yang agak pelastik~(haishh bersyukurla wan). :(^-^)

haa, baru2 nie aku ke taiping, berjumpa ibu saudaraku yang kebetulan cucunya dapat masuk ke maktab perguruan di Kinta, Ipoh nun sana.jadi aku datang dengan keluarga untuk mengucapkan tahniah kepada mereka. :)

taiping, as usual, tak banyak benda yang berubah..cuma makin rakus pembangunan kat situ.naik takut pulak aku tengok.ada satu bukit tu, dulu punya la tinggi,sekarang nie dah rata.flat seyh..dah la tempat tu paling lembab kat Malaysia.dibuatnya ujan lebat tak ke banjir lumpur pulak karang?(ehh macam aktivis alam sekitar pulak)

blur la, sampai sini moros.promise you another 2 entry before another week comes. :)

take care all, salam. :)

wan_temen