Sunday, February 28, 2010

cabaran di hadapan..

Assalamualaikum.<sebak>

entri nie special.mgkin pada kome rasa macam biasa je tapi pada aku nie sangat2 berharga.(air mata jatuh perlahan2)

ergh.aku jarang menangis.tapi sekali aku menangis kalah org meroyan.

klah nie sebenarnya sambungan daripada entri yang lepas.cuma ditambah dengan emo yang fresh dari hati yang berduka.

baiklah kawan2.ini kisahnya.

ok semua dah tau tentang hajat aku untuk menyambung pengajian dalam bidang perbankan islam.dan aku berharap untuk kembali di bumi Kedah bagi meneruskan perantauan aku ini.

haa?(mendengar)sat2. sapa yang kata x keluar dari zon selesa?

x exposed my self?

x majukan diri?

mana kome dengar sume tu?

orait sekarang dengar penjelasan aku kenapa nak sambung belajar di kedah.ada 3 reason.dan akan ada 1 reason yang sangat besar.

no 1. sewa umah dan persekitarannya.

ok untuk permulaan,biarlah aku terangkan d mana boleh didapati kos ini di kampus UiTM.hanya terdapat di shah alam,kedah dan terengganu.jadi memandagkan terengganu jauh, dan shah alam(sat nak cita.shah alam nie kat pekan.jadi faham2 lah kos untuk sara diri yang agak tinggi bagi seseorang seperti aku yang hanya bergantung kepada my mum punya gaji sahaja sbg chegu.my dad x khoje dah) nie kos dia agak tinggi.jadi aku memutuskan untuk kembali ke kedah.

no 2.lecturers yang berbeda.

daripada apa yang aku dengar(maaf kalo aku salah),pensyarah di shah alam agak terbatas waktunya bersama pelajar mereka.selepas kuliah mereka terpaksa bergegas ke sana sini dengan pelbagai urusan.jadi masa mereka kurang dihabiskan dengan consultation hours.malahan ada yang lecturers memanjang tiada di bilik kerana sibuk dengan urusan luar.jadi ini menyukarkan pelajar untuk membuat rujukan dengan pensyarah mereka.

no 3.kekangan kewangan.(sendu)

aku tau,aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana.ibu aku sebagai guru manakala ayah aku ialah penganggur.bukan untuk membuka pekung di dada tapi aku kena terima hakikat ini.i have to strive with the limited resources that i have at my disposal.belajar diploma pun pinjam duit ptptpu*sebut p-t-p-tipu*.tu dah hutang tuu.belum masuk degree lagi.pak sedare aku cakap,belum kerja hutang da RM 30 k*sentap*

baiklah.apa yang membuatkan aku merasa kecewa ialah sikap beberapa bapa dan mak saudara aku yang force aku untuk menyambung pengajian di shah alam.antara alasan2 mereka tertera separti di atas tadi.aku bertanyakan pendapat ini kepada salah seorang bapa saudara aku yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan.dan jawapannya tetap sama.”kalau pak sidek kekal di sekolah lama,x ke pekan, pak sidek will not be as i am now.”mmg aku akui kebenaran kata2nya.

but what make me piss off is certain aunts and uncles that forced me to go to shah alam.because of prestige..because of exposure..one fact that is they have a lot of money.they can send their children anywhere they want.p la australia hatta us pun.

yee.katalah aku x mahu mencabar diri sendiri.katalah aku x mau keluar dari zon selesa.tapi aku dan Allah saja yang tau my own limitations.the big hurdle is MONEY.

nnt aku sambung lagi da ngantuk sok kene balik kedah dah.nntkan pasal kelayakan yang aku cakap last entri.hint=kabel.

take care all.

salam

wan_temen

Saturday, February 27, 2010

pilihan.masa depan.

Assalamualaikum.

diam x diam dah masuk ujung bulan feb.dan bermakna dah dua bulan aku meneruskan hidup sebagai seorang mahasiswa di UiTM Kedah.tapi zaman nie berbeda sikt pada aku berbanding keadaan aku setahun yang lepas.dulu aku hanya pikir untuk dapat dekan dan teruskan perjalanan.tapi sekarang keadaan dah berbeza.dengan aku di part 6 pengajian aku akan tamat dan aku insya Allah akan menggenggam segulung diploma..satu persoalan baru timbul.cukupkah dengan hanya sekadar diploma??

lembaran baru ku buka..dan setelah berbincang sebaik2nya..maka kata putus telah dicapai..

pada mulanya bila sem baru menjelma, tekanan daripada parents dan sahabat2 kerana belum ada koz sambungan lagi untuk masuk degree..tapi lama kelamaan,bila aku melihat keadaan ekonomi semasa yang x menentu,dan aku tengok model kewangan islamik mampu memulihkan keadaan,aku terus bulatkan tekad untk sambung dalam coz islamic banking..

dan hari ke hari semakin bertambah tekad aku..bila tahu tentang peluang pekerjaan yang agak luas..maklumlah banyak bank tetiba menubuhkan divisyen islamic masing2..persaingan yang sihat dan bermakna banyak peluang perkerjaan.

Alhamdulillah kini perbankan islam bukan sahaja dilihat semakin penting di Malaysia, bahkan juga diserata dunia,,contohnya baru2 nie ada org negara luar berminat untuk menjadikan kita sebagai model contoh bagi membangunkan perbankan islam di sana..dan dia mmg memerlukan pakar2 perbankan islam..bukan satu peluang      disitu kawan2?

so doakan aku berjaya dalam mengejar cita2 ini..moga segala urusan dipermudahkan Nya..

dan ini memulakan satu soalan baru.cukup sekadar aku katakan kelayakan.ini akan dikupas dalam entri lain.

take care all

salam.

wan_temen

Wednesday, February 24, 2010

demi agama,demi anak bangsa…

Assalamulaikum.

hehe agak lama aku tidak menulis kembali di blog ini..last entry masa valentine day kot walau pun x da kaitan langsung dengan hari tu..ok jadi aku sekarang tengah duduk depan library nih...bukan sejuk ke apa dalam lib tu,cume aku lebih suka duduk depan nie sambil tengok gelagat org..haha.boleh gak tegur2 sahabat2…

oke.yang terkini dan baru dilalui semalam.haha

P2200334

haa..apabila budak2 tahun enam sekolah rendah…

P2200339

 

 

 

ditambah dengan para2 pelajar UiTM Kedah…

 

maka jadilah satu aktiviti yang..

P2200515

mencemaskan(untuk aku jee haha) dan menyeronokkan…

serta membosankan…P2200476

haa.itulah JAYA UPSR 2010 anjuran GPMS Cawangan Khas UiTM Kedah di Sekolah Kebangsaan Semeling yang jaraknya hanya terletak kira2 sepuluh minit(jika menggunakan bas).hehe

mari kite mulakan penceritaan.kami bertolak dari uitm pada kul 8 pagi..sempai sana dalam pukul 8 suku..mula2 memang agak kelam kelibut.fuuh x yah cakapla tekanan.hehe dengan cikgu2 is watching, fasi2 masih x tau mana partner masing2..budak2 pun blur2 masa bahagi kumpulan..huhu.

oke kite kick start ngan gambar2 dari 1st slot, ceramah menuju upsr oleh akram.

P2200338 

budak2 baru nak menjadi group..

P2200342

heheh.nabilah bertindak sebagai side kick akram~

P2200343

once more.in the frame.heheh.nabilah mmg sibuk ari tu~~

oke.setelah mendengar ceramah/motivasi yang diselang selikan dengan sesi soal jawab,(oo ada adiah gegula tau kat adik2 nih.hehe)diteruskan lagi dengan sesi taaruf antara fasi2 kumpulan masing2 dan antara adik2 comel kite nih.

untuk slot nie semua kumpulan bebas memilih tempat berkumpul masing2.bertebaranla deme di bumi sek semeling tu..belakang kelas,bawah pokok,dalam gazebo,kat kantin..belakang tandas pun ada!

oke selepas tu mereka2 nie kenalah buat trademark dan nama grup deme seperti ldk(mmg tiap2 kali ldk itula khojenye.hehe)

then mereka2 ini bertolaklah ke kantin untuk minum pagi..

P2200358

hehes.konon kandid ngan mizz. oh, introducing our adviser,and someone i respect,mizz farah merican(on the right)

P2200367

 P2200353

kemudian kita bermula dengan slot untuk sains..mmg dalam perancagan kami untuk buat slot membaca pada waktu pagi..senang sikit budak2 nie nak masuk otak..hehe

P2200426 

aku sebagai ketua juri memberi penerangan terhadap permarkahan presentation..

P2200383

abg rusydi membari tunjuk ajar.sepanjang2 program, x lekang healer tu dia bawak.hehe

P2200463

dua juri lagi yang identitinya dirahsiakan.hehe

P2200388 P2200421

semasa persediaan untuk presentation dan presentation

Aku akui terdetik di hati kecil ku bahawa slot itu agak membosankan..ditambah dengan kesukaran mereka untuk memahami bahasa inggeris yang menjadi bahasa pelajaran ini..tapi alhamdulillah dengan kebijaksanaan fasi2 dan kesungguhan para pelajar,harap2nya mereka memperoleh sesuatu yang berguna dari slot ini..

kemudian berhenti rehat untuk makan tengah hari,dan solat zohor..sempat juga aku selitkan bahawa solat juga(maknanya sudut agama)penting dalam membina kejayaan kita.aku tegaskan bahawa mungkin ada waktu kita dah hampir dengan kejayaan,tapi terhalang disebabkan hanya kerana seruan ‘hayya ala solah’ itu tidak dipenuhi.

sesi petang diteruskan..sebelum itu aku sempat lead deme2 nie main epoi2..untuk pengetahuan semua epoi2 nie mmg favorite aku sejak aku mengalaminya dalam kursus calon MPP..sapa lagi kalo bukan faiz the giant yang ajar..mmg bestla.at least buat budak2 rasa energized..

then dimulakan semula dengan slot ldk yang kedua,iaitu membuat kertas ajaib..cakap banyak pun x guna,tgk jela gambar..hehe

P2200514

fasi kumpulan 1 nie claim foul play.haha coz gambar susulan dia ada kat atas tadi(yang aku cakap mencemaskan tu)

P2200498

“oke lepas tu buat bentuk cam nie…”

 P2200505

“meh cni aku ikat ko.nakal sangat merayap merata2.”

kemudian barulah masuk serius business.slot petang pula telah dikhususkan untuk mata pelajaran matematik.alhamdulillah para budak2 memberi kerjasama yang cukup baik.dan fasi2 pula tidak menghadapi sebarang masalah dalam mengajar budak2 nie.

P2200542 P2200554 P2200540

3 posisi meniarap semasa membuat soalan matematik.(p/s: anda digalakkan untuk meniarap semasa membuat soalan matematik.lebih asyik membuatnya.hahaha)

selepas itu mereka dilepaskan untuk minum petang..dan sampai ke kemuncak acara.explorace!! kami telah menyorokkan barang2 yang ditanda dengan riben di sekitar sekolah.mereka telah diberi warna riben mengikut kumpulan dan cari barang berdasarkan warna riben yang mereka dapat.mmg chaos masa tu..kami risau gak kalo ada budak2 yang hilang ke..:P

gambar x sempat diambil kerana bateri masa tu nak abis..nnt aku akn usaha cari gak coz ada lg sorg kawan bawak kamera dia..

akhirnya kita sampai ke majlis penutup..ia diserikan lagi dengan kehadiran abg Zuraidi, pengerusi GPMS Kedah.Terima kasih kepada beliau kerans sudi meluangkan masa untuk menjenguk kami walaupun sibuk dengan tugas2 hakiki beliau..P2200571 P2200568

dari kiri: Ikmal Siru(YDP GPMS Caw.Khas UiTM Kedah), salah seorang AJK GPMS Kedah, Abg Zuraidi, guru kanan SK Semeling, dan Guru Besar SK Semeling(yang berdiri)..

Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan jayanya.meskipun x terlepas daripada sebarang khilaf..kerana kami semua adalah manusia biasa..moga dengan aktiviti ini dapat memacu pelajar2 tahun enam untuk mencapai kejayaan dalam upsr..insya Allah…

JAYA UPSR 2010.best aktiviti nih…

take care,salam.

wan_temen

Sunday, February 14, 2010

feels like saving the world.

Assalamulaikum.

agak berat topik entry kali nie.pernah dengar org berkata,

“1 person can change things”?

ataupun,

“jadilah lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain”?

pada aku, aku akan kata begini kepada orang yang sebegitu rupa,

“feels like saving the world”

huhu.tu adalah tajuk lagu Outlandish dalam album terbaru diaorg Sound of A Rebel. yang aku nak sentuh kat sini bukan lagunya ataupun liriknya.tetapi tajuknya amat berkait rapat dengan seorang kawan aku nie.

cukuplah sekadar aku katakan dia nie class mate aku.dah lebih kurang hampir tiga tahun kami belajar bersama2.cuma aku awal ckit je daripada dia coz dia nie budak second intake.apa yang aku perhatikan dia nie seorang budak yang amat2 stick pada prinsipnya sendiri.yes mmg bagus pendiriannya 2.tak ubah seperti batu karang yang teguh di tengah lautan..x terhakis walau sedikit pun.

but lately prinsip2 dia tu mmg akan makan dirinya sendiri..ingat lagi old saying jadilah lilin 2?yes dia mmg menuju ke arah itu..yang paling aku terkesima bila dia berkata”biarlah org nak wat pe kat aku wan..yang penting aku dapat bahagiakan semua orang.biar aku derita asalkan org sekeliling aku bahagia..”

err, bukan aku nak berbangga.prinsip dia ada persammaan dengan aku.tetapi satu yang dia tidak tahu.tidak tahu untuk hold back.apa yang aku maksudkan ialah sedikit ruang untuk dirinya sendiri..terlalu menjaga perasaan orang lain sehingga mengabaikan diri sendiri..

la nie dia baru cerita kat aku yang dia nak bantu seorang kawan nie untuk upkan dia punya pointer..tapi aku tengok dia kadang2 melanggar apa yang dia perkatakan..contohla dia kata x mau kuar berdua dah ngan mana2 laki.tapi tup aku tengok dia kuar dengan lelaki tu..(aku bukan nak kata apa,tapi katanya nak tolong dia..) aku tengok caranya x betul…dari dulu lagi dia nie mmg suka sangat tolong orang..n sampai mudharat diri dia pun hampir2..dia terlalu sangat nak menolong org berubah..

pada kawan aku kalo dia membaca,aku mula2 mintak maaf dari hati aku yang ikhlas.bukan aku nak buka aib kau, tapi aku terpaksa luahkan jugak dalam blog nie.semalam aku mntak kau berubah untuk kebaikan kau jugak.ya mungkin kau x sama pemikiran dengan aku.tapi apa yang aku cakap untuk kebaikan kau.please step back a little in order to give ur self some space to breathe.di sini aku tengok macam “feels like saving the world”…

take care.

salam,

wan_temen

Saturday, February 13, 2010

err,cam ne nie?

Assalamualaikum.

hehe aku kat umah skrg nie.haa kat umah.betulla kat umahhh.haha.sempena cuti yang baru menjelang nie.. ada beberapa kisah in the build up to the cuti..

Firstly.cita yang baru kuar oven pagi tadi.huhu..

haaa.msti sume pelik.lambatnya aku balik..kelas abis khamis kul 12, jumaat pagi baru bertolak balik…alasan classic la..tiket abis..(mmg tiket abis pun.huhu)sudahnya bertolak la aku balik di pagi penghulu segala hari..wa kome x tau,pantang cuti je budak2 uitm tak tunggu lama..cha alif but la...ada seawal ari selasa da belik..pandai deme, kelas yang dekat2 cuti mntak ganti ataupun diawalkan..lecture pun ada yang sporting..mana2 kelas ari khamis tu kkdg dia tangguh je..hak2..

2 pun seb bek x terlepas bas pg td..aku da ckp kat kawan aku nak tumpang naik moto dia..igtkan dia x kne balik umah(umah dia kat pekan sp je..)tp dia terpaksa balik gak.aku da cakap kat die x pe.aku usaha balik sendiri sok.dia pulak cakap x pe,dia boleh tolong antarkan jugak.jadi aku make a deal ngan dia..azan subuh aku dah mangun dah(dia ckp tlg igtkan dia..)so aku pun anta msg..tunggu punya tunggu3,da nak dekat kul 8 x dtg2 lagi..bas aku kul 8.30..gelabah laa..seb bek ada teksi depan uitm..tu pun aku sampai tepat2 kul 8.30..huhu.around 9.30 kawan aku msg mntak maaf kat aku.(marah tu adala ckit tp x pe..dia ada hal n x smpat gtau aku..)

next…

DSC00839

gambar masa ceramah modul 5..(yang membuatkan aku x dapat jadi fasi untuk budak2 sek rendah.chess)(boring ciut!)

err,netbook aku hampir2 diformat semula dek “kepandaian” aku.huhu..

cm nie citanya..satu pagi yang indah.pas solat subuh, aku update antivirus avast! aku macam bese..tetiba tedetik nak masuk ke laman web dia..bila masuk je aku teruja.dek kerana avast baru buat rebranding..plus ada avast antivirus version 5..memandangkan aku da ada yang version 4.8 pro(illegal tauu)aku ingat boleh la dapat version 5 yang berbayar.(ok2 sape2 yang pandai bab2 nie boleh gelak kat aku sekarang) mmg salah aku pun.gatal nak pg upgrade..hehe.tau kesudahannya?

avast 5 kata x boleh stat service coz masih ada yang lama punya version..bila aku nak buang file lama windows x kasi..tahla aku nak cite cn ne pun aku x tau..hehe hampir 7 jam aku x da anti virus..pakai system restore pun x jalan..betapa buntunya aku sampai x blh focus buat assigment.then alhamdulillah segalanya setel macam dulu..aku pun x tau cm ne jadi elok.maen tibai jee.haha..kesimpulannya?err beli hard disk cepat!! senang nak wat backup..

err aku baru abis sembang ngan kawan aku..nnt la aku posting pasal cita dia dalam posting lain.

 DSC00830

lagi satu gambar masa ldk..class mate aku,repeat gak..haha.nmpak sangat boring.. 

DSC00841

hehe, the kids..smpat join ms main sukaneka je..but deme semua nia agk brilliant..maklumla pengawas..

err,aku nak tulis ape lagi?

rasanya x da benda untuk dibicara.huhu.

x pe..nah saguhati-:)

DSC00847

gambar aku sblum tangkap gambar untk kelas.. maklumla da last sem..mstila macho ckit.hahh~

take care.nntkan posting vacation in kl part 2.n also “feels like saving the world”

salam.

wan_temen

Friday, February 5, 2010

roller coaster week.

Assalamulaikum.

Alhamdulillah.pe khabor sume? harap2nya sihat2 belaka…

heheh,tgk tajuk pun da cukup.pas nie jangan bc la celoteh aku kat bawah.haha.penat woo..minggu yang kejap naik jap turun..mmg ujian dan kegembiraan datang berselang seli..

sekarang kul 9.30 and aku belum pun breakfast lagi.lapar ahhh..baru siap kemas bilik daa..penat cukup.gtu lah kalo yang tinggal 2 org je tapi kapasiti macam 6 orang.haha

ok for kegembiraan minggu nih.Alhamdulillah telah berlangsung 1 majlis watikah pelantikan MPP 10/11 dan majlis penghargaan kepada MPP sesi 09/10(kami2 lee.hehe) yang diadakan di SP Inn.

 DSC00826DSC00824

DSC00825

some of the pics..yang kanan atas YDP..kiri atas aku ngan exco…with batik merbok!

haha something yang ketara pasal batik merbok kami nie,tau x walaupun da bagi design kat semua MPP tapi bila siap je masing2 dengan reka bentuk masing2.tgk gambar aku ngan YDP.hehe. sat  motif 2 belah kiri ada belah kanan.ada kolar hitam ada yang x.hehe

19338_1203978586965_1453635057_30474072_262373_n  16832_1197646787925_1431167501_30449324_3616209_n19338_1203978546964_1453635057_30474071_8319446_n

ok stop.makan mmg banyak kat sana.n thats why badan aku berat sekarangg.hahaa

ok.minggu nie kebanyakkannya belajar cam bese.but of coz ada kekadang silap skit.2 aku maleh jadi clas rep.salah skit aku.salah banyak lagila.huhu…

haaa,mggu depan dah cuti raya cina(cina raya kita yang sakan.hahas).jap2.jap…aku terlupa sesuatu..HAA?? aduh tiket x beli lagi… sat(menalifon…)waa.tiket da abis..huhu.k2 compose wan..calm..sekarang pikir nak balik naik pe.train? hmm gud suggestion..nnt kita discuss.ada nak tumpangkan aku balik??hehes..singgah kuala jers.cun saja ler nnt.hehe…

haa,alhamdulillah pasal kem yang ada dalam previous posting 2.semuanya berjalan dengan lancar.pas2 je kem 2 kami punya komuniti dalam fb melonjak naik fans nya..hehe adalah dalam 150 org..alhamdulillah… n the bonds between the members are getting closer day by day..eventhough dah seminggu..but the spirit still goin strong..

move on to 2 benda yang agak...

hmm ari isnin 2 aku g lepak kat unit kaunseling.bila mana aku masuk je terus cik rozainun,kaunselor panggil aku sama ada aku boleh melibatkan diri untuk menjadi fasilitator bagi budak2 pengawas dari sk taman ria ari sabtu.aku pun pikir weekends nie mmg free jadi dari x buat pape baik aku libatkan diri..boleh gak tukar idea ngan geng2 fasi lain..

aku sebenarnya tahu weekend nie ada ldk untuk part 5..padahal aku part 6..nak tau nape aku repeat?coz of aktiviti MPP sem lepas..karnival keusahawanan yang jatuh pada ari yang sama ngan ldk part 5 sem lepas..jadi for best interests,x da org t nak jaga karnival 2..jadi kami decide x pergi dan akan mintak pengecualian..tapi lain pulak yang jadi…kami x dapat pengecualian langsung..huhu.

ok back to the story.hehe.so aku pun datanglah briefing yang diadakan semalam di bilik kaunseling.aku pun mmg pas 12 x da kelas dah so aku teruskan lepak kat citu n bantu dalam preparation.

aku pun dengan semangat mengambil vest yang akan digunakan ari sabtu nnt..kaler putih.so nmpk la macam org HEP nnt.hahas.selalu PM ms MMS pakai vest kuning..

tapi bila balik daripada ukk je, aku pun tengokla kat notice board ttg ldk part 5..ok kat Dewan Sarjana 1..kul 8-5(standard aa mcm office hour.huhu)

ari,sabtu..?!!6 feb 10..?!!!tidakKKK!! Allah, aku da silap tafsir..mati2 aku ingat LDK ari jumaat..arggh.smpai sekarang bila tengok vest putih 2 jadi sayu..coz x dapat join..n bersalah sangat kt organizer..errgh.

mati2 aku tepon kak tim(ketua fasi) gtau pasal benda nie.n aku xpress unhappiness aku gakla x dapat bantu.abih da nak repeat nak wat cm na.haha

n move on to the next….

pasal ldk nielaa.aku sebenarnya masa part 1-3 kalo x silap aku ialah ldk paling besh.la dah nama pun ldk mstila ada sesi debat or pertukaran idea.aku bab pangkah2 orang nie mmg aku gemor.hehes.

tapi stat sem 4 dia bagi ceramah sahaja.da x da dah sesi ldk.so bayangkan la duk dalam dewan dengar ceramah 5 straight hours..kalo pasal isu semasa x pa jugak..da macam patriotik punya topik..aku ingat lagi last sem.pasal MIM (falsafah Melayu yang diasaskan oleh x VC kami..)aku punyalah bosan tahap gaban sampai bapa kali tertdo tau x..

kalo x repeat punya pasal da lama dah aku jadi fasi 2..huhu

udoh2le wan.

hehes.aku nak pg study nih.masih igat jadual aku?kalo ikutkan aku da masuk jam ke2 study.but.hehes.flexibel~~

take care.salam

wan_temen