Sunday, April 18, 2010

the finale that is nearing..

Assalamualaikum.

lama gak aku mengambil masa untuk post new entry nie.al maklum terlalu sibuk dengan tugas2 hakiki dan duniawi(echeeh..hehe)

okla untuk quick update, alhamdulillah aku sekarang berada di Kuala Kangsar.balik sekejap je.dapat cuti 4 hari.sementara menunggu 1st paper of finale.hehe start exam 21hb april = research methodology..dah tu 22 pulak ada ETR.terbaekk.tapi pas tu ada gap dalam 1 minggu lebih sebelum paper ketiga = transport pada 3 may.lama kott.

baiklah.aku sebenarnya masih lagi dalam kepenatan dek kerana minggu nie agak menekan dan memerlukan aku membuat kepantasan dalam fikiran dan juga pergerakan.like aku kata dalam previous entry, ada presentation VIVA pada hari Rabu hari tu, so macam orang gila la jugak aku leading to that day.even masa hari tu pun aku sempat lagi bawak budak2 sek menengah Taman Ria pergi road tour keliling kampus.haha sudahnya terkocoh-kocoh aku masa bersiap untuk presentation.

the presentation itself ? alhamdulillah x banyak kritikan mengondem kumpulan kami, especially part aku yang financial punya..terima jee apa figure yang aku bagi.cuma adala komen2 yang aku rasa memang berpunca dari kelemahan kami sendiri dalam menilai..tapi yang lawaknya = “kenapa contribution kamu ada sen2 tiap ahli?” ngee~~:)

selepas presentation tu memang aku dah clearkan kepala otak nie..pikir cuti dah dalam mind set.haha.then petang aku bersiap2 untuk pergi ke UM. untuk majlis anjuran GPMS Kebangsaan, pelancaran Skuad Motivasi Jelajah 1 Malaysia – Score A SPM 2010.

DSC00957 

 

hehe.ini masa rehat dekat Tapah.

 

 

 DSC00958

 

 

haa.Rusydi…:P haha

 

 

 

DSC00959

Pemandangan dari tingkat 18 Kolej Alamanda UITM yeng terletak di Jalan Kelang Lama.dekat dah dengan UM…

 DSC00960

Majlis diadakan di Fakulti Undang-Undang UM..yang ironinya, kebanyakan ahli2 GPMS UiTM Kedah nie budak2 law.hahaa.

 DSC00961

Auditorium Tun Mohamed Suffian.Tempat majlis berlangsung..err,siapa2 boleh bagitau aku dia nie siapa?

 

 

antara tetamu kehormat pada majlis itu ialah Tan Sri Muhyiddin bin Yasin, Dato Ahmad Shabery Cheek, dan Jais Abdul Karim(YDP GPMS Kebangsaan). kami punya VC, Dato Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar pun ada.

kami mempunyai 2 sesi dialog.satu dengan Menteri Belia Dan Sukan, satu lagi dengan VC UiTM sendri.tapi yang paling memberi inspirasi ialah sesi dialog dengan VC UiTM. banyak perkara yang membuatkan kami kagum dengan semangat dan kesungguhan beliau. malah kami dapat insight tentang apa yang menjadikan beliau seperti sekarang ini.

tahukah kome bahawa Dato Prof pernah mencari rezeki dengan bermain tomoi selepas SPM? kagum dan terkesima aku mendengar kisahnya. From “nothing to something”.

kesudahannya,memang satu sesi yang penuh ilmiah dan berinspirasi.malah ia menambah rasa hormat dan kagum kepada VC UiTM sendiri, tambahan pula kami yang bernaung di bawahnya.lagilaa.Salute Dato !~~

DSC00962 

Bersama MPP 10/11, Setiausaha Agung : Bilal Bin Othman Ali.merangkap YDP GPMS UiTM Kedah.

 DSC00963

Lambang GPMS(Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)

Image0077

Memang satu hari yang penuh dengan ilmu dan pengajaran yang dapat dikutip buat bekalan menempuh hari-hari yang mendatang..insya Allah. :)

haha.bayangkan.bertolak dari UM pukul 6 petang.tambah rehat kat Rawang dan Sungai Perak, sampai UiTM dalam pukul 10 malam.haa pantas tak.haha kecut kott dalam bas tu..:)

hmm.rasanya cukup setakat ini.alaa cuma rindu nak tulis2 jee kat sini.hik2 :P

insya Allah, kalau ada masa dan kelapangan, akan ku coret lagi.

take care all.

salam.

wan_temen

1 comment: