Assalamualaikum.
ingin melangkah lebih jauh
namun sering tersadung lalu terjatuh
belum dikira dugaan yang perlu ditempuh
dengan dunia yang sekarang isinya makin angkuh
tekanan demi tekanan
cubaan demi cubaan
yang meragut satu demi satu harapan
hingga akhirnya mungkin hanya tinggal impian.
beraja di hati nafsu dan syaitan
sedang Dia makin jauh ditinggalkan
apakah yang melanda, mungkin satu ujian?
sudah kering air mata ini
sudah tiada lagi emosi dalam diri
kerana masih dibuai mimpi
dan malas yang menguasai diri.
apa guna berilmu tapi tiada amali
apa guna belajar tapi tak digunakan nanti
ke mana akan dibawa haluan diri?
destinasi itu kekal sama
tujuan hidup bukan lagi sirna
tapi jelas, terang dan nyata
apa lagi yang menghalang sebenarnya?
kenapa masih terus leka?
kenapa tidak mahu melawannya?
aku keliru
aku hilang tuju
lalu aku duduk
dan diam membatu.
© Wan Muhammad Syafiq, 2:08 am, Ahad, 4/3/2012.
No comments:
Post a Comment