Thursday, December 27, 2012

Orang Kelainan Upaya.

Assalamualaikum!
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasullullah. Aku nak berkongsi satu kisah yang aku alami baru baru ini.
Cuma sekadar satu perkongsian.
Semasa sedang makan di KL Sentral, menanti ketibaan keretapi untuk pulang bersama sepupu, datang seorang pemuda Cina menunjukkan kad beliau. Aku hanya memandang sekilas lalu tulisan di atasnya. Tapi jelas kelibat tulisan Persatuan Orang Bisu dan Pekak Malaysia.
Aku membaca secara pantas dan telinga aku menangkap bait kata sepupuku,"dia jual token nie Epiq." Lalu aku menolak dengan baik dan membiarkan dia beredar.
Apabila dia sudah pergi, barulah sepupu aku mengeluarkan "token" yang dijual olehnya tadi. Rupanya, ia adalah sebuah tag yang selalu diikat pada handphone dan terdapat berbagai corak.
Secara tidak langsung terbit rasa kesal dan kecewa kerana satunya, tag itu adalah hasil kerja orang bisu dan pekak itu sendiri. Dan rekaannya memang menarik minat serta cantik dipandang.
Lalu aku dengan nada kesal bertanya sepupu aku," kenapa tak cakap awal awal tadi.." beliau membalas, " tak sempat nak bawak keluar dari poket Epiq dah halau dia.."
Timbul pula rasa sesal dan kagum kerana dia berusaha menjual hasil kraftangannya sendiri, tidak seperti sesetengah pihak yang hanya tahu meminta tanpa rasa segan dan malu, padahal mereka masih sihat dan kuat tubuh badanya untuk melakukan kerja. Lainlah jika yang meminta itu berumur dan berusia.
Lalu aku mencarinya di seluruh KL Sentral. Malangnya kelibat beliau tidak dapat dijumpai sehingga tiba waktu untuk aku dan sepupuku menaiki train pulang.
"Tak apa Epiq..dia memang rajin ada sini..nanti kalau nak beli boleh je tunggu dia datang..Epiq makan je kat kedai mana mana..kita pun beli kat dia jugak dua dua tag nie.."
Insya Allah, akan ku dekatinya dan membeli barangannya nanti apabila pulang ke KL. Dalam diam, timbul rasa kagum dan hormat kepada dia. Dan dari dia, aku belajar sesuatu.
Sekian dulu.insya Allah kalau ada masa, corat coret di lain waktu.
Wassalam.
^^

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 22, 2012

Bicara Buat Ibu.

 

Tika aku terlihat rambutmu itu,

Aku menyedari yang uban mula memenuhi ruang itu

Aku tertanya,

Adakah yang semakin tua itu aku?

Atau dirimu bukan semakin muda seperti dahulu?

 

Aku duduk berfikir,

Sudah bertahun menghirup udara bumi

Terbalaskah budimu sepanjang 22 tahun ini?

Adakah aku telah mengukir senyum di bibirmu,

Atau sekadar membuatmu suram dan menangis sendu?

 

Ketahuilah, duhai ibu

Doa darimu selalu memudahkanku

Zikir darimu sering melindungi anakmu

Aduhai, mampukah ku balas dengan sebaik baik cubaanku?

 

Kerana jika kau pergi

Hilanglah suatu perkara yang takkan kembali lagi

Iaitu doamu yang tiada hijab dengan Ilahi.

 

©Wan Muhammad Syafiq, 12.46 a.m, 22/12/2012.

Bicara buat ibu, tulus dari hati anakmu.

Friday, December 21, 2012

3 Minggu.

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, selawat dan salam buat Rasulullah, serta puji pujian pada Allah.

dalam masa korang baca entry nie, insya Allah aku sudah tiba di rumah dan sedang berehat rehat. bukan rumah di Kuala Lumpur, tapi rumah di Kuala Kangsar!

Alhamdulillah, aku baru memulakan percutian dari pembelajaran selama 3 minggu. Semester 1 dengan rasminya tamat pada 19 hb December lalu.

Maka aku kini sedang bercuti. mungkin secara jasmani, tapi tidak dengan rohani dan aqli. Banyak perkara telah disusun, moga aku dapat melaksanakan apa yang telah aku rancang!

Mohon doa dan sokongan, dan terima kasih kerana mendoakan.Insya Allah, esok bedah album Salaam - Sami Yusuf, jika keadaan mengizinkan!

setakat itu dahulu, insya Allah akan mencoret lagi tika waktu.

Wassalam. ^^

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, November 25, 2012

Memorable November.

 

Assalamualaikum.

sangat, sangat lama *agak lama* tak mencorat coret di sini. maafkan hamba tuan empunya blog ini, kerana perasaan malas itu menguasai diri. insya Allah, once mood sudah kembali, dan cuti mula mendatangi, expect blog ini akan diupdate sekerap mungkin insya Allah.

baiklah, berkaitan dengan tajuk di atas, bulan ini adalah bulan yang sangat memorable bagi aku. kerana aku semakin melangkah laju dan sempat berjumpa beberapa orang yang sebenarnya adalah inspirasi buat diri sendiri, for being a better person.

pada bulan ini juga, ada dua big event yang aku hadiri sendiri, berdikari. yang pertamanya ialah Ekspo Buku Islam Antarabangsa, dan pelancaran album Salaam oleh Sami Yusuf. jadi insya Allah aku akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman aku menghadiri kedua dua event ini.

Baiklah, kita mulakan dengan Ekspo Buku Islam Antarabangsa dahulu. dianjurkan oleh Sinergi Ilmu, dan bertempat di KL Sentral dari 27 Oct sehingga 4 November. aku memang obses dengan buku buku untuk membaca, malah pernah suatu ketika aku ditegur oleh parents kerana sanggup membelanjakan duit bulanan hanya untuk buku buku bacaan. granted, memang buku buku itu ada ilmu yang berguna tapi aku juga sedar kesilapanku, iaitu tidak memfokuskan wang itu kepada tuntutan pelajaran yang lebih memerlukan. contohnya membeli buku ulangkaji atau material yang berkait rapat dengan pelajaran..let us browse the pic first!

alhamdulillah, sangat mendapat sambutan dan aku mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana dapat menguruskan dan membawa beberapa penulis yang terkenal untuk sesi beramah mesra bersama pengunjung. antara yang aku sempat jumpa ialah Ustaz Kazim Elias, yang mempromosikan buku terbarunya bertajuk “Tuhan Sedang Menguji Kita”. sempat juga beliau memberikan sedikit tazkirah ringkas..aku masih ingat salah satu isinya, iaitu :

"kepada para isteri..hargailah suami anda itu..dia yang susah payah cari nafkah dan rezeki buat kita..kalau dia minta dilayan berikan sahaja..kalau dia mintak masak bubur pun buatlah..sekadar menghargai permintaannya.."

"janganlah 'ah abang nie. asyik bubur je yang dimahukan'. dibuatnya orang tu meninggal, kempunan?"


"dia stat moto, nak pergi beli bubur, tengok tengok kemalangan,meninggal, tak ke menyesal?"


"sampai kenduri tahlil 3 malam berturut turut jamu bubur kat kariah masjid.."
*aku tergelak*


"pak imam tanya pada malam kedua ' malam esok bubur lagi ke cik Peah..'"


'ha'ah...kesian abang Wi engkau..kempunan bubur..'
*aku mengekek!*

begitulah.oh lupa hendak beritahu, aku datang banyak kali pada ekspo tu, agaknya petugas petugas kat situ pun naik rimas sebab muka aku je dok setepek di ekspo tu. padahal buku sama je tiap tiap hari. haha!

corat coret di ekspo tu, aku ada arrange plan nak berjumpa dengan beberapa kawan. satu pada hari Selasa, satu lagi pada hari Ahad. Allah tak izinkan dan tak ada rezeki, dua dua plan itu terpaksa dibatalkan. Ahad tu aku tak terasa sangat, sebab diberitahu awal awal. cuma terkilan sikit pada hari Selasa, sebab aku sampai dari pukul 12 tengah hari. janjinya lepas waktu kerja,dan dibertahu cancel selepas Asar. tak apa lah, tapi jenuh jugak aku meminta maaf kepada rakan yang lain kerana ada yang telah sampai untuk berjumpa, tapi tak dapat berkumpul.

Oh, pada hari Rabu, aku ke sana lagi. memandangkan ianya satu laluan untuk aku menuju ke INCEIF *hari itu ada kelas*, apa salahnya aku detour sekejap kan? Smile with tongue out heheh. hajat aku ialah, untuk berjumpa  :

Hilal Asyraf, salah seorang penulis buku buku motivasi, novel dan kumpulan cerpen. pengasas website Langit Ilahi, matlamat dan visinya aku hormat dan tak keterlaluan jika dikatakan aku subscribe pada pemikiran dan kesederhanaan beliau.

Aku mula mengikuti tulisan beliau sekitar awal tahun 2011, bila website Langit Ilahi melalui proses penjenamaan semula dan beliau mengundang beberapa kolumunis untuk bersama sama menggerakkan website itu, yang mana asalnya hanya beliau seorang yang menulis. Kebetulan, beliau mempunyai akaun Facebook yang aku subscribe, selain daripada fanpage beliau, Hilal Asyraf (Official). aku adalah salah seorang subscriber yang rajin mengomen dan like beberapa statusnya yang menceritakan sedikit sebanyak tentang peribadi beliau.

Selepas beliau bernikah, akaun personal yang mempunyai banyak subscriber itu telah dibiarkan tidak aktif dan beliau mempunyai satu lagi account yang diprivatekan. demi untuk menghormati beliau, aku tidak add akaun peribadi itu kepada friends list aku. namun begitu, aku terkejut dan tergamam seketika apabila suatu hari, beliau add aku ke dalam friends list pada akaun privasi itu. tekedu seketika. maklumlah, orang kita respect dan inspired add kita . haha!

baiklah, semasa aku sampai di KL Sentral, aku sudah mengetahui lebih awal yang beliau akan berada di situ bermula pukul 12 tengah hari untuk sesi ramah mesra bersama pembaca. memandangkan aku sampai sekitar pukul 11.30 pagi, aku mengambil keputusan lunch di KL Sentral sahaja. sempat lagi aku melihat lihat melalui FB, adakah beliau sudah tiba. Apabila selesai sahaja aku lunch, maka aku terus ke tapak ekspo dan melihat beliau sudah ada di situ, lalu aku terus membeli satu novel beliau bertajuk VT. aku mula membaca novel beliau setelah diperkenalkan dengan novel tulisan beliau juga bertajuk Sinergi. sayang, novel novel itu aku tinggalkan di rumah Kuala Kangsar.

Lalu setelah membayar, aku menghampiri beliau untuk beramah mesra dan bertanya khabar. setelah beliau bertanyakan nama, aku menjawab dengan nama aku, “Wan Muhammad Syafiq”. itulah nama yang sama aku gunakan di FB mahupun di twitter.

Terus beliau berkata “oh, Wan Muhammad Syafiq? yang kat Facebook tu? eh, kena rai anta nie, tunggu, tunggu sekejap.” beliau bangun dari tepat duduknya dan terus pergi ke hadapan aku serta memeluk aku. Aku blur sekejap sebab tak sangka dia boleh kenal aku dari beribu raban friends yang dia ada, terharu pun ya, terkejut pun ada. haha!

Masya Allah, he is really down to earth, and sangat ramah towards his readers. sempat juga bersembang beberapa perkara. satu perkara yang aku harus catat di sini ialah walaupun baru first time aku jumpa dia face to face, tapi cara dia layan his readers macam dah bersahabat sejak dari kecil dan sangat terasa dihargai. Kudos and thanks for the hospitality!

Baiklah. hari Jumaat, aku kembali melawat ke KL Sentral. lagi. semuanya kerana…

siapa dia ini? penyanyi antarabangsa, yang menyanyikan lagu lagu berunsur ketuhanan, Sami Yusuf! beliau ke Malaysia dalam rangka promosi dan juga pelancaran album terbaru beliau iaitu Salaam. ^^

detik detik awal aku mengenali penyanyi ini ialah selepas album ketiga beliau iaitu Wherever You Are. berikutan sedikit salah faham dengan syarikat rakaman yang terdahulu, beliau bertindak keluar dan menyertai syarikat rakaman lain, apa puncanya tidaklah aku berhajat membicarakannya di sini kerana ianya terlalu panjang. mungkin boleh rujuk post ini : Review : Wherever You Are - Sami Yusuf 

semasa kedatangan aku ke situ, sempat berjumpa dan berbual dengan salah seorang supporter Sami, Adlina. beliau sempat menyambut ketibaan Sami di airport, pada hari semalamnya. aku kenal beliau dari penulisannya di blog, menceritakan tentang saat Sami Yusuf datang bagi mempromosikan konsert beliau yang terpaksa ditangguhkan pada bulan 6 dahulu. sejak itu, aku add dia kat twitter dan dia ada buat satu blogpost tentang kehadiran semula Sami di Malaysia :  The Awesome Project: Ad: Sami Yusuf in Malaysia - World Premier of Salaam Album Launch

baiklah, masa aku datang KL Sentral tu, sebenarnya aku dah pun membayar untuk menghadiri Hi Tea dan pelancaran album, yang akan diadakan di Royale Bintang Damansara, keesokkan harinya (Sabtu).*dapat album free*. tapi minat punya asal *dan tak sabar sangat nak dengar lagu dalam album itu*, aku beli satu di meet and greet KL Sentral tu dan terus beratur untuk mintak sign beliau *nampak sangat tak sabar kan? * padahal boleh je tunggu sampai esok. haha!

so bila sampai turn aku, aku pun sapa dia dengan salam dan bersembang sedikit sebanyak dengan dia . antara perkara yang aku cakap dengan dia adalah aku tertinggal album Wherever You Are tu dekat rumah Perak, aku minta maaf sebab terlupa bawa dan hanya ada album baru untuk dia sign, dia semacam terkejut dan mengucapkan terima kasih kerana menyokong usaha beliau selama ini.

~ini reaksi beliau setelah aku cakap tertinggal album itu. haha!~

beliau sempat menyatakan harapan beliau agar aku menyukai kesemua lagu di dalam album baru itu. untuk review Salaam, mungkin insya Allah lain kali aku akan usahakan. ^^

Baik, sekarang kita move on kepada satu lagi event, iaitu pelancaran album Sami di Royale Bintang Damansara!

alhamdulillah, aku tidak menghadapi masalah untuk menghadririnya memandangkan aku ada kelas di waktu pagi dan pelancaran serta hi teanya pada petang. cuma aku risau berkemungkinan tidak sempat kerana aku perlu menaiki beberapa transport untuk ke sana, lrt, bas, dan kaki. maklumlah, tak ada kereta/motor sendiri.. Smile with tongue out haha!

alhamdulillah, semasa aku tiba, majlis masih belum bermula, sempat aku menegur abang Os Khir, sales manager untuk Arteffects International. semasa event di KL Sentral pun aku sempat berbual ringkas dengan beliau. terasa kemesraan tatkala berbual bersama.

baik. semasa menunggu majlis bermula, aku berbual seketika dengan Adlina yang datang bersama seorang lagi rakannya, juga peminat Sami Yusuf.

Alhamdulillah, majlis dimulakan dengan kata kata aluan dari Managing Director Arteffects International yang juga merupakan salah seorang artis nasyid, Hafiz Hamidun dan kemudian disusuli dengan ucapan dari wakil label Sami Yusuf, ETM International.

~belah kiri tu Hafiz Hamidun ya..bukan belah kanan! haha Smile with tongue out~

setelah itu, Sami Yusuf memasuki dewan menandakan gimik pelancaran album Salaam di Asia Tenggara khususnya. alhamdulillah, sangat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian peminatnya yang terawal mendapatkan album terbaru beliau.

~Sami tengok kamera aku kan? kamera lain dia tak pandang pun. haha! Smile with tongue out~

kemudian, majlis diteruskan dengan sidang media yang diadakan di bilik berasingan sementara kami dijamu dengan makanan yang enak enak. aku sempat berkata kepada mereka yang duduk semeja dengan aku, “padanlah harganya RM XXX! makanan sedap sedap haha!” untuk makluman, aku duduk semeja dengan sebuah keluarga(emak dan dua anaknya), sepasang ibu dan anak, dan seorang peminat beliau yang berusia 15 tahun. beliau dihantar oleh bapanya ke majlis itu. cantik jugak beliau, tambahan baru habis PMR. ah, maaf. Smile with tongue out

sambil menunggu sidang media tamat, kami dihiburkan dengan celoteh pengacara majlis tersebut, Ally Iskandar. beliau sempat mengusik peminat peminat Sami dan meminta beliau menyanyikan lagu lagu beliau. aku juga tidak terkecuali!

begini, pada mulanya Ally menanyakan ke meja kami sama ada kami tahu antara tajuk tajuk lagu Sami. kemudian dia melanjutkan lagi soalan beliau  “yang dia duet dengan Siti Nurhaliza tu tau tak tajuknya?” aku secara spontan menjawab “oh, You Came To Me”? terus Ally datang dan meminta aku menyanyikan serangkap lagu tersebut.

apa yang susah ialah aku perlu menyanyikan baris Siti Nurhaliza, bukan Sami! sudah tentu dalam Bahasa Melayu! aku terdiam sekejap dan kemudian mula menyanyi. menuju hujung rangkap itu aku terlupa liriknya dan sudahnya aku main bantai je haha! alhamdulillah, dapat juga menyanyikannya dan kemudian secara tiba tiba muncul abang Hafiz dan memberikan T Shirt tanda cenderahati kerana mengambil bahagian. terkejut dan agak gembira kerana aku menginginkan T shirt tersebut. alhamdulillah.

~agak fit. tu tandanya aku kena kurus! haha~

kemudian Sami Yusuf masuk dan memberikan sepatah dua kata terhadap pelancaran album ini. kemudian beliau terus menyanyikan 4 lagu dari album terbaru ini. kami sangat teruja kerana dapat menyaksikan beliau menyanyi live dan turut serta bertepuk tangan dan cherish the moment.

masa ini bateri handphone aku dah low kerana digunakan untuk menangkap gambar dan video. haha! tawakkal je la untuk balik nanti.

Selepas selesai persembahan beliau, selang beberapa ketika kami beratur pula untuk sesi autograph dan beramah mesra. aku tak ambil gambar pada ketika ini kerana aku sudahpun bergambar dengan beliau semalam di KL Sentral. alhamdulillah, dia masih mengecam aku dari event semalam dan menyatakan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis ini.

aku menyatakan terima kasih kerana sudi hadir ke sini bagi pelancaran album beliau. aku juga sempat menyatakan yang aku sudah mendengar keseluruhan album itu dan antara lagu yang paling aku gemari ialah track 3 yang bertajuk Smile. terus beliau secara spontan menyanyikan rangkap dari lagu tersebut. Masya Allah, beliau sangat merendah diri dan sentiasa meluncur perkataan “God bless you” dari bibirnya.

semasa beliau menurunkan tandatangan pada baju yang aku menangi itu, beliau berkata “well you know..signing is not my thing..I prefer if you all make dua’a for me! that is more than enough!” aku tersentuh dan mengatakan insya Allah akan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau. aku juga mengatakan supaya teruskan berdoa untuk kami, para peminatnya.

alhamdulillah, setelah selesai, aku mula bersiap untuk pulang ke rumah, di ruang legar dewan, aku sempat bertemu Adlina dan kawannya yang bernama Tanvir. apabila aku meminta diri untuk pulang, Tanvir mengajak aku untuk turut serta dalam video yang dihasilkan oleh team SYO (website rasmi Sami, Sami Yusuf Official). aku tanpa fikir panjang bersetuju untuk turut serta. hasilnya?

aku berada di penghujung video ini! alhamdulillah, dua kali pulak tu. ^^

boleh dilihat menerusi highlights di atas. alhamdulillah, aku masuk sampai dua kali! ^^

alhamdulillah, selepas itu aku terus bergegas pulang. tapi terjadi sesuatu yang memenatkan dan mengambil masa 5 jam untuk aku pulang ke Desa Pandan.

ini berlaku apabila aku tersalah naik bas di arah yang sama aku turun tadi, aku ingatkan bas itu akan berpatah balik apabila sampai di destinasi terakhir. rupanya bas tu terus masuk depo dan aku terpaksa menunggu bas baru ke KL. bila aku naik bas itu, hujan dan trafik jam menyebabkan pemandu itu berpatah balik ke depo kerana beliau kata tidak berbaloi meneruskan perjalanan sehingga ke KL. aku agak marah tapi tidaklah sampai bertekak, akhirnya aku mengalah dan turun di simpang One Utama. aku solat Maghrib di sana dan kemudian menunggu pula di luar untuk menaiki bas ke KL, akhirnya, aku naik Metrobas sahaja sehingga ke Asia Jaya LRT walaupun tambang yang aku bayar sampai ke KL Sentral. lantaklah, masa itu aku memang dah penat dan ting tong.

alhamdulillah, aku sampai di rumah tepat pukul 11 malam, dari pukul 5 petang aku bergerak pulang!

apa apa pun, pengalaman menyertai dua event ini sangat memberi motivasi dan membuatkan aku ingin berusaha menjadi seperti mereka, menyebarkan kebaikan mengikut bidang masing masing. insya Allah aku akan berusaha menghabiskan master ini dan menyumbang sesuatu untuk Islam melalui bidang yang aku mahir!

sampai sini sahaja dahulu. Insya Allah jika punya waktu akan aku corat coret lagi.

Wassalam! ^^

Friday, October 5, 2012

Sebulan yang pergi..


Assalamualaikum!
apa khabar semua? harapnya di dalam rahmat Allah yang Esa insya Allah.

hmm, sedar tak sedar sudah sebulan sejak aku mula belajar di INCEIF dan mempelajari Master in Islamic Finance ini. Alhamdulillah, aku ada matlamat dah arah yang ingin dituju. tapi pengisian sepanjang perjalanan itu perlu dipandu agar tidak tersasar dari apa yang aku perlu, dan apa yang Allah mahu.

Well, insya Allah aku akan cuba mendisiplinkan diri untuk membuat entry setiap hari Jumaat, dengan izin Ilahi Ya Rabbi.

tak banyak perkara yang ingin dibualkan, cuma sekadar berbasa basi tentang keadaan semasa dan juga perkembangan terkini..kepada siapa yang sudi, teruskan membaca sampai habis artikel ini..
baiklah, sekadar suka suka ingin mencoret, kita nak sentuh sikit tentang jodoh. aku sebenarnya malas nak bicara pasal ini sebab takut aku akan meleret memanjang tak tentu hala dek nak cari statistik dan data segala bagai.haha. demi memastikan apa yang dikongsi itu bermanafaat dan berguna, insya Allah boleh menjadi saham akhirat untuk kita di hadapan Allah nanti.

baik. untuk kita bermula, aku sedang single. SEDANG. bukan MASIH. kerana aku tidak pun berniat untuk mencari seseorang dan bukan dalam perancangan aku untuk memberi komitmen secara serius dalam urusan soal hati dan percintaan. haha! bohonglah kalau aku katakan aku tak pernah bercinta, dan bohonglah jua kalau aku katakan tak pernah berselisih faham hatta perang dunia.

apa yang aku dapati sepanjang kembara cinta *zaman kurangnya kefahaman sebenar tentang definasi cinta* aku ialah sangat sedikit mereka yang memelihara cinta dengan sebenar benar erti cinta. mungkin ada yang belum pernah merasa lagi. aku bawakan satu quote :
“jika benar cinta, mesti ingin bersama hingga ke syurga.apa apa yang membawa ke neraka, bukan cinta namanya.”
kredit kepada Hilal Asyraf.
jika kita teliti statement di atas, secara logik kita boleh faham. kita terlalu sayang pada orang yang kita cinta, sehingga ada yang berjanji untuk bertemu di syurga nanti.janji itu satu perkara, masalahnya adakah perbuatan perbuatan yang kita lakukan sepanjang perhubungan itu sebagai satu hujah yang boleh memasukkan kita ke dalam syurga, atau perbuatan kita hanya mengundang dosa dan menempah tempat di neraka?

ya. kalau benar kita cinta, kita akan berusaha mengikut jalan dan cara yang telah digariskan oleh syariat. bukan dengan melulu meluahkan rasa kepada orang yang kita cinta. ramai pada masa kini tackle pasangannya dahulu, kemudian baharulah diperkenalkan kepada ibu dan bapa masing masing.seharusnya pada pendapat peribadi aku, kenal kenallah dengan ibu bapa mereka dahulu kemudian baharulah boleh perlahan lahan menyatakan hajat untuk menyunting bunga di taman.

prequel kepada sebuah rumah tangga adalah besar dan banyak sebenarnya. bukan sekadar mendapat kerja dan mampu menyediakan rumah dan kereta.kita lihat lagi satu pandangan tentang cinta :
"the purest love is when you love someone so much, you dont want to even touch him/her with your mind, you dont want to do even a single bit of "haram"ness with him/her, and you leave everything to the Greatest One."
pendapat ini inline dengan apa yang digariskan oleh Hilal Asyraf dalam statementnya di atas. kalau betul kita cinta, kita tak akan cuba merosakkan/memudharatkan orang yang kita cinta. tapi perbuatan perbuatan kita seperti berzina, berdua duaan, umpama kita bayangkan seperti melempar orang yang kita cinta ke dalam api neraka. tentu tak masuk akal bukan? ^^

berkaitan dengan pandangan di atas, setujukah jika aku katakan, jika kita benar mencintai kita akan cuba menjaga batas seberapa yang boleh? bukan dengan bebas berbual , sms atau call, apa lagi untuk keluar berdua duaan. ini kerana kita faham itu semua boleh dilakukan selepas akad nikah diselesaikan..
tetapi janganlah hanya berteleku di sejadah dan hanya berdoa tanpa melakukan usaha..usaha di sini bermaksud mengumpul dana dan juga berjumpa dengan ibu bapa pihak berkenaan untuk mengungkapkan hasrat hati kepada mereka..dan selebihnya serahkan kepada Allah untuk memutuskan apa yang terbaik untuk kita..

suka aku ingin memperlihatkan satu situasi :
A :“so, macam mana dengan girl yang kau suka tu? single?"
B :"...but.."
A :"not available?"
B: "dia single, but leaves everything to her parents to decide."
A :"okla tu bro..dia lakukan perkara yang betul..but you're RACING AGAINST TIME.."
B : (thinking) *I couldn't agree more!*

B: "yeah..aku suka dia, but dare not to tell her, dengan aku yang tak punya apa apa! dahla aku tak tahu if she likes me too in the first place, so if someone comes first to her parents than I can say good bye, eh?"
^^
kita lihat dalam situasi ini : Si B masih belum mempunyai sebarang pekerjaan, jadi secara automatiknya dia bukan dalam sebarang posisi untuk memberikan financial guarantee untuk survival selepas pernikahan. dan tentu sahaja dia tidak berasa bersedia untuk berjumpa parents girl tadi kerana dikhuatiri akan ditolak begitu sahaja. jadi si B hanya memendam dan menjeruk rasa, sambil berusaha mengejar masa. kerana apa, girl tadi bisa sahaja boleh dipinang orang lain yang punya kerjaya dan juga kewangan yang lebih kukuh. dan beliau tidaklah mahu secara terus menyatakan hasratnya kepada girl tadi untuk mengelakkan sebarang komplikasi di masa hadapan.
jadi..
apakah solusi solusi yang boleh dikeluarkan daripada situasi ini?

I would like to know yours.

itu sahaja kali ini, insya Allah di lain masa aku conteng lagi.maafkan jika post ini pada korang nampak macam meaningless and tak ada erti. sorry for wasting your time from this.

Wassalam.
^^

Sunday, September 30, 2012

Visi, Misi.


Assalamualaikum kepada semua.

Alhamdulillah, ini entry ketiga selepas menyambung belajar menjadi seorang pelajar sarjana. ^^

sudah masuk minggu keempat dalam perjalanan 17 minggu untuk semester pertama, and alhamdulillah semua berjalan seperti biasa, cuma untuk assigment agak ketinggalan dan kurang menepati jadual.sesuatu perlu dilakukan segera untuk mengelak kekangan masa insya Allah.

dalam sibuk sibuk belajar ini, insya Allah aku sedang cuba dan merancang untuk mengumpulkan rakan rakan dan sahabat yang akan bergerak menuju sesuatu.

kenapa? baiklah, aku nak buka cerita. ^^

dulu, masa aku mula belajar degree in Islamic Banking ini, matlamat aku taklah berapa serius dan agak tidak bersungguh sungguh. frankly speaking, adalah kerana prospek kerjaya yang aku lihat besar dan boleh memberi aku pulangan yang agak berpatutan. tambahan pula aku boleh belajar dengan lebih mendalam pasal Islam dan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

semakin aku belajar, semakin kuat tekad aku untuk mengembangkan Islamic Banking ini ke satu tahap dimana insya Allah sistem ini akan mengambil alih conventional banking yang bergerak sejajar dengan Islamic Banking dalam sistem perbankan di Malaysia sekarang. apa yang menjadi halangan pada masa itu ialah kurangnya pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap sistem Islamic Banking ini kerana ia adalah satu alternatif terhadap perbankan konventional yang secara dasarnya mengamalkan riba’, yang dalam Islam dilarang dan diharamkan.

lalu aku tetapkan matlamat aku ialah untuk menjadi lecturer dan educate people especially students dan juga orang awam terhadap kesedaran dan juga benefits of Islamic Banking compared to the conventional one.

dan semakin aku menghampiri penghujung degree, aku dapati bahawa gap antara praktikal dan apa yang kami belajar sangat jauh berbeza. bukan sahaja dari segi teori dan amalannya, malah jujur dalam hati aku mengatakan yang aku tidak mahu bekerja dalam industri perbankan Islam kerana terlalu bersifat profit oriented sehingga tampak mengabaikan sisi pandang consumer. sebuah kisah klasik yang selalu aku cerita pada kawan kawan aku ialah pada hari pertama sahaja aku praktikal di sebuah institusi perbankan Islam, apabila aku pulang dari kerja terus sahaja aku mengatakan kepada parents aku yang aku tidak berminat untuk bekerja dengan bank.

setelah aku memasuki alam master, aku mula terfikir adakah sistem yang sedia ada ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan Shariah dan juga kehendak manusia? kita klasifikasikan produk Islamic Banking ini kepada dua iaitu Shariah based dan juga Shariah compliant.secara mudahnya, Shariah compliant adalah produk yang disahkan patuh Shariah secara teknikalnya dan adalah halal untuk digunakan. yang menjadi masalah ialah kurangnya produk Shariah based yakni dibentuk berdasarkan Shariah spirit itu sendiri.

pendek kata jika dibandingkan antara Shariah based dan Shariah compliant adalah seperti halal dan Halalan Toyyiban. Shariah compliant hanya mendapat kelulusan halal untuk digunakan tapi mengambil framework daripada conventional banking.

atas daripada itu, minda aku mula mempersoalkan keraguan terhadap jalan yang aku ambil ini. adakah betul dan benar mahupun lurus jalan ini? jika tidak ,bagaimana ingin aku betulkan kembali? adakah kena keluar dari bidang ini?

dalam beberapa kelas baru baru ini, kami (pensyarah dan rakan sekelas) berdiskusi tentang kontrak kontrak dalam Islam.dan dari situ aku menjumpai panduan, alangkah indahnya jika kita menurut apa yang telah digariskan oleh para ulama’ ulama’ terdahulu terutamanya dalam bab muamalat iaitu jual beli dan urusan antara manusia. namun mungkin sikap kita yang suka menokok tambah dalam sesuatu menyebabkan akhirnya kita sendiri yang terkeliru dan hilang dalam kekusutan yang berlaku.

satu contoh yang mudah ialah apabila kita membincangkan tentang kontak murabahah.secara mudahnya dan umum mengatahui bahawa murabahah ialah jualan di mana untung akan diperoleh menerusi kos pembelian barang oleh penjual ditambah dengan sedikit margin keuntungan. di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai cost-plus sale.

namun tahukah kita definisi sebenar murabahah ialah di mana seseorang pembeli meminta penjual membelikan sesuatu barang untuk dia, kemudian pembeli itu bersetuju untuk membeli daripada penjual tersebut dengan menambah sedikit keuntungan berdasarkan usaha (mendapatkan barang yang si pembeli inginkan) yang penjual itu lakukan?

contoh mudah ialah :
clip_image003[4]

mengikut pemahaman moden murabahah, B menjual kepada C sebuah barang (katalah walkman) yang harganya RM 120.00. Kos yang ditanggung oleh B bagi membeli walkman daripada A ialah RM 100 oleh itu ia mark up harga walkman itu sebanyak RM 20 apabila dia menjual walkman itu kepada C.

namun classical murabahah ialah seperti berikut :

C inginkan sebuah walkman, lalu dia datang ke kedai B yang memang menjual barang elektrik. namun walkman sudah kehabisan stok dan B berjanji akan memesan stok baru untuk C membeli walkman. B berkata yang kos bagi setiap walkman adalah RM 100. C dan B sama sama bersetuju yang C akan membayar lebih RM 20 atas usaha B untuk memesan dan membelikan barang itu dari A untuk C.

tahukah anda kenapa murabahah sebgitu rupa?

C menggunakan kepakaran B dalam mencari walkman yang murah daripada kemungkinan beberapa supplier yang ada.atas sebab itu beliau bersetuju untuk membayar RM 20 atas usaha dan kepakaran B mencari dan membelikan walkman yang murah berbanding supplier yang lain.
dengan cara itu, bukan sahaja isu harga kos* perlu didedahkan tidak timbul malah margin keuntungan dipersetujui bersama oleh pembeli dan penjual.
*isu harga kos timbul disebabkan pembeli hanya mengetahui harga jualan barang tanpa penjual mendedahkan harga kos yang ditanggung beliau. oleh sebab itu margin keuntungan bagi penjual pun tidak diketahui oleh pembeli yang membei barangan itu*
persoalan timbul, adakah apa yang kita fahami dalam dunia moden ini bersamaan dengan apa yang direkodkan dan diamalkan di zaman dahulu?

I leave the judgement to you. masih banyak yang boleh dibincangkan dalam kontrak ini tapi itu insya Allah lain kali.

berbalik kepada diskusi berkenaan kontrak kontrak, aku memikirkan jurang antara the spirit of Shariah dan amalan di dalam Islamic Finance/Banking sudah terlalu jauh dan tak keberatan jika aku katakan Islamic Finance tidak mengambil the spirit of Shariah dalam produk produk mereka. apa yang dikejar ialah maximization of profit sehingga mengabaikan hak pengguna.

oleh sebab itu insya Allah aku akan cuba mengumpulkan rakan rakan sekelas aku untuk membentuk satu think tank yang akan cuba membetulkan sistem yang kita terperangkap setelah sekian lama. bukan tiada kritikan terhadap sistem ini tetapi ada di antara kita *bankers especially* yang tetap meneruskan sistem ini tanpa ada usaha untuk memperbaiki apa lagi untuk membetulkan apa yang kurang di sana sini.

memetik kata kata Prof Dr Zubair Hasan, pensyarah ekonomi INCEIF, “kita berbangga dengan pertumbuhan pesat dari segi aset dan harta di dalam kewangan Islam tapi bagaimana dari segi produk dan amalan institusi kewangan Islam?”

pendapat peribadi aku, kita sudah lama mempunyai sistem kewangan Islam, jujur aku katakan , sangat kurang usaha inovasi sesuatu produk yang betul betul menepati kehendak Shariah. apa yang kita lakukan ialah mengubah sana dan sini sehingga dipastikan sesuatu produk itu dikenali sebagai patuh Shariah. ini kerana kita sudah terperangkap dalam kerangka konventional sejak sekian lama.

granted, kita tak boleh just scrap off semua ini dan bermula balik daripada kosong tetapi aku tidak nampak usaha untuk mencantikkan lagi mahupun memperbaiki sistem ini. apa yang aku nampak hanya kenaikan figure figure angka yang semakin membesarkan sistem kewangan Islam setiap hari. seperti peningkatan angka aset mahupun pertumbuhan, hakikatnya semua itu tidak diiringi dengan usaha menambah baik sistem ini.

ini mendorong aku untuk mencari rakan rakan yang insya Allah mampu dan akan ada influence mereka tersendiri dalam industri mahupun bidang akademik yang mampu membawa satu perubahan, sedikit demi sedkit kepada sistem ini yang ultimately mampu mengubah persepsi ramai terhadap Islamic Finance.
doa doakan moga urusan ini dipermudahkan dan kami semua lulus dengan cemerlang di dalam keredhaan Allah.

rasanya itu sahaja yang nak diperbincangkan dan dibualkan dalam entry kali ini, insya Allah panjang umur dan ada rezeki aku akan mencatat lagi.

Allah bless,
Wassalam.
^^

p/s : this entry maybe related to the status, Nurul Hafisah. hope you enjoy this piece of my mind. ^^

p/s/s : special mention to Nur Amiera dan Nur Ezzah, who want their name to be put in this entry AS A CHALLENGE. Smile with tongue out so now your turn to pay me! haha kiddin. maaflah kalau panjang sangat.

p/s/s/s : this is the longest entry I wrote since I started a blog, I think, do remind me kalau ada yang lagi panjang daripada ini hehe.

Monday, September 10, 2012

belajar, lagi.

Assalamualaikum kepada semua.

alhamdulillah, tuan punya blog sihat sihat sahaja. maklumlah tengah gembira..eceh.haha.

Alhamdulillah, semalam berkesempatan melawat seorang sahabat yang telah melangsungkan pernikahannya sehari sebelumnya.pendek kata masih sempat menghadiri kenduri kahwin beliau di sekitar kawasan Selayang.

ah, tak sedar dah seminggu sejak secara rasminya bergelar sebagai pelajar semula.al maklum bila mendaftar semula jadilah pelajar baru..hehe.
sambungan daripada entri Dua Tahun Lagi, kali ini insya Allah nak berkongsi sikit tentang suasana di INCEIF.
this is gonna be long, so bear with me huh? ^^

Alhamdulillah, Saturday morning on 1st of September 2012 my parents and I went to INCEIF for registering as a student on their students day.
Masa dah parking tu my father joke " kami je ke yang hantar awak masuk 1st day ni?" haha! terkenang zaman dip and degree dulu bila mana parents ikut sekali masa registering masuk UiTM.
well masters, professionals and PhD students registering..mestila datang sendiri..al maklum kebanyakan mereka dah berkeluarga dan beristeri..around 30-ish more so..

masa 1st time nak sign borang, sebab tengok staff Melayu kita selesa berbahasa begitu, tapi bila dia dah speaking kita pun kenala bersilat omputeh jugak haha.mereka sudah biasa menggunakan BI as their medium of communication with other students, so nak tak nak we have to pick up fast.

so..alhamdulillah kelas pun dah bermula minggu lepas..so sekarang sudah masuk minggu kedua dari 17 minggu. nak tengok jadual kelas tak? cakap nak tengok cepat! :P

here it is :

 
 

well, kelas setiap hari Rabu, Khamis dan Sabtu..how cool was that? kelas malam untuk Rabu dan Khamis dan siang untuk kelas hari Sabtu.hehe

dalam kelas, well tiada pembahagian kelas seperti A,B,C atau seterusnya..kami hanya dipisahkan berdasarkan subjek apa yang diambil pada semester ini. oh, master ni, freedom banyak dalam pemilihan subjek dan juga jadual belajar. ini kerana dulu di UiTM, jadual pembelajaran telah disusun atur seperti contoh subjek ini ambil masa semester berapa dan berapa banyak subjek perlu diambil untuk satu semester. kini tidak lagi .dengan kebebasan yang diperoleh ini. suka suka hati nak ambil subjek apa dan berapa banyak untuk satu semester.

cuba beritahu aku amik berapa subjek dan subjek apa pada semester ini? Smile with tongue out

well then, on to the finals! jangan pelik, jadual finale even dah keluar..! my final examnitation is on :

Student Class & Examination Schedule - September 2012 Semester.xlsx

so there.

okay, my first class alhamdulillah is smooth, as you can see, the lecturer is Malay and he is in the Faculty of Law in INCEIF.

masa 1st class tu, I sat aside dengan seorang pakcik nie, kami tak bertanya banyak pasal backgound masing masing, tapi masa ice breaking he stated that he is a retiree from the banking industry and taking up these subject just to enhance his knowledge. bayangkan perasaan aku bila dia cakap macam tu.haha!

tambahan pula bila dengar background my collague yang…

“I have MBA, working in bla bla bla for many years,..

“I have 20 years of working in an airline industry..”

cukup.sarinya ialah semua mereka ada pengalaman dan ilmu yang cukup cukup luas!

rasa kerdil je bila duduk dan study sesama dengan mereka..

lagi satu yang menarik, di sini subject PhD dan Master belajar di dalam satu kelas yang sama. dan boleh digabungkan dalam group assignment yang sama! cool..cuma finale nanti exam paper kami berlainan soalan walaupun subjek yang diambil finale itu sama.

nantikan lagi satu entry, kita cerita pasal surrounding belajar dan berkawan dengan mereka yang berlainan negara dan bangsa di sana.

 

till then, Allah bless.

Wassalam. ^^

2012-09-01 23.48.25

Friday, August 31, 2012

2 Tahun Lagi.

Assalalamualaika wa assalamualaiki.

harap semuanya sihat sihat belaka.
tak tahu, entry ini akan pendek sekerat sahaja atau mungkin jadi panjang berjela. ^^

Alhamdulillah, selepas bergraduasi daripada Ijazah Sarjana Muda, kembara ilmu diteruskan dengan chapter Ijazah Sarjana pula.

Insya Allah, aku akan mendaftar di INCEIF untuk meyambung pelajaran dalam Masters In Islamic Finance. agak broad sikit berbanding post graduate course aku iaitu Islamic Banking.

info tentang INCEIF? buka sini :
www.inceif.org.

malas nak cerita panjang. :P

Alhamdulillah juga, dah boleh login ke student portalnya dan melihat lihat kalendar akademik serta jadual kelas dan periksa.jangan tak tau, date finale dah fixed siap siap sebelum kelas pertama mula lagi! ^^

Wallahua'lam, class mates manakah yang akan ku hadapi nanti.doakan semuanya baik baik sahaja.

dan satu lagi yang menarik ialah kelas aku semuanya di malam hari kecuali hati Sabtu! how cool was that? hehehe. so rest is only on Sunday.tapi satu minggu kelas is only 4 times so insya Allah not hetic as such.

Well dah kemas kemas ini, terasa sayang pula nak tinggalkan Kuala nie dan merantau untuk dua tahun lagi. tapi demi ilmu, diri, keluarga dan Ilahi, anggap sahaja diri berjihad di jalanNya insya Allah.. insya Allah pendaftaran pada 1/9 ini, dan kelas bermula hari Isnin nanti, insya Allah.

so no more cintan cintun #eh. biar Allah aturkan jika benar ada jodoh.kalau tak di sini, insya Allah di sana nanti.. ^^

well eyes are getin heavy, guess its time for being sleepy. esok nak drive pepagi!

till next post,
May Allah bless. ^^

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 14, 2012

Sahabat : Satu Apresiasi.

Assalamualaikum.

Tajuk kali ini special sikit.sebab baru sudah bertukar pendapat dengan sahabat yang dah lama tidak berbicara.

ada dua versi insya Allah, satu sajak dan satu cerita. kita start dengan sajak dulu! ^^

Bismillah..

aku sangat senang denganmu
kau umpama reguku.
akalmu yang tajam menarik perhatianku,
kerana itu banyak topik dan bicara, aku senang berbalah mahupun meluah kepadamu.

aku faham,
kita punya batas dan jarak.
aku sedaya upaya cuba
agar tidak tersasar jua.
lagipun, kau telahpun berpunya.
hanya setulus doa ku panjatkan jua.

aku terlalu menghormatimu.
insya Allah aku tidak akan mengkhianati kepercayaan dan persahabatan itu.

cukuplah sekadar bertukar pandangan dan mengutip ilmu.
biarlah kekal sebegitu.

tapi aku tahu,
ini tidak sepatutnya begitu.
seusainya aku seharus rapat dengan sahabat yang sama sepertiku.
batas dan jarak tidak sesekali akan berubah semudah itu.

maaf, aku sebenarnya pernah crush denganmu.
biarlah, aku simpan dan tanam perasaan itu.
janganlah ia mengubah persepsi kau terhadap aku. ^^

akhirul kalam,
maafkan aku.
kita masih sahabat,
walau tidak seperti dulu.
^^

*ini versi sajak untuk apresiasi sebuah sahabat.maaf, sahabat ini perempuan. dan aku takkan bagitahu siapa! :P
biarlah hanya Allah dan aku yang tahu ini rahsia.*

*bab ikhtilat ni..kita sentuh dalam versi cerita. ^^*

© Wan Muhammad Syafiq
11:27 pm.
14/08/2012.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 6, 2012

Ingin Kembali.

Ingin sekali aku kembali
Mencoret apa yang terbuku di hati
Walaupun hanya untuk tatapan diri
Sekadar untuk menyembuh luka sendiri.

Belum masanya lagi.. ^^

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, May 1, 2012

Takaful, Pembiayaan, Akhirat?

Assalamualaikum sekalian!

lama tak merepek sini,penat, suka, tawa, duka..semua lengkap..rindu untuk meluahkan semua, seperti aku dengan Allah sahaja yang berbicara sesama.. :)

baiklah! baru seharian tadi, aku mengikut salah seorang pegawai di bahagian Pentadbiran Pembiayaan di Bank Rakyat Kuala Kangsar, untuk membuat lawatan susulan terhadap peminjam yang gagal melunaskan ansuran pembiayaan. kepergian itu bukan untuk mengugut peminjam supaya membayar, jauh sekali untuk memukul/belasah. :P hanya untuk mengetahui perkembangan dan melihat keadaan yang mungkin menyebabkan mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan..

perjalanan itu mengambil masa yang lama, kerana area yang akan kami tuju sehingga Gerik..sebelum itu sempat kami menelusuri Kg Beng, Lenggong..dan juga Kati. oleh kerana perjalanan itu jaraknya sehingga 204 km untuk pergi dan balik, maka aku dan pegawai itu sempat bertukar tukar pandangan.. dan masuklah kami ke tajuk pembiayaan..

seperti mana pengetahuan anda semua, banyak bank bank yang menawarkan pembiayaan peribadi perbankan Islam dalam senario dunia perbankan pada kali ini. Bank Rakyat tidak terkecuali menawarkan pembiayaan peribadi menerusi produk 1Aslah yang menawarkan pembiayaan sehingga RM 200,000..tapi bukan itu yang aku nak utarakan.

baik. ada satu produk bank Islam (pembiayaan peribadi) yang hangat diperbincangkan oleh aku dan pegawai itu. dari bank mana itu tak perlu dinyatakan..dan, dari apa yang aku tahu, semasa mengambil pembiayaan itu, pelanggan di beri pilihan sama ada untuk mengambil insurans(dalam perbankan islam disebut takaful) bagi memastikan pembiayaan mereka diinsuranskan.

secara mudahnya, jika apa apa berlaku kepada mereka (selalunya kematian,) pihak insurans akan melunaskan hutang si peminjam yang masih berbaki, tak kira berapa baki yang masih tinggal.

tapi juga secara mudah, lebih tinggi amaun yang dibiaya, lebih tinggi jumlah premium takaful yang perlu dibayar oleh peminjam.tapi premium ini akan ditolak dari amaun yang dibiaya. sebagai contoh, jika pinjaman ialah RM 10k, katalah takaful yang perlu dibayar ialah RM 300++, amaun ini akan ditolak dari jumlah pinjaman.jadi peminjam hanya akan dapat RM 9.7 k.

pernahkah kita terfikir, dalam keghairahan memohon pembiayaan peribadi, yang satu hari nanti kita mungkin tiada lagi di dunia ini, dengan pembiayaan itu masih berbaki?

Sabda Rasulullah: "Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya."

sekadar satu contoh yang diberikan oleh pegawai itu : katalah si fulan bin fulan meninggal dunia, dan ada membuat pembiayaan peribadi. maka di sini, situasinya boleh dibahagikan kepada dua : mengambil takaful atau tidak mengambil takaful.

jika dia mengambil takaful, maka pihak takaful bertindak sebagai penyelesai pinjaman fulan bin fulan tadi. maka hutangnya dikira selesai dan dibayar. bagaimana pula dengan yang tidak mengambil takaful? bank akan melupuskira hutang tersebut, kiranya satu kerugian kepada bank dengan tidak mendapat pulangan semula dari pinjaman tersebut. tetapi…ia tidak dikira selesai secara totalnya.

satu asas dalam duit duit yang bergerak di dalam perbankan islam adalah wang yang digunakan untuk memberi pinjaman, ataupun membuat projek projek bank ialah datang daripada para pendeposit dalam bank itu sendiri.(pembukaan akaun simpanan) senang cakap, wang yang si fulan bin si fulan itu pinjam, ada haknya yang boleh dituntut oleh SETIAP PENDEPOSIT DALAM BANK tersebut.

Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

terkadang, jika kita perhatikan, ramai waris si mati mengiklankan di akhbar jika ada sesiapa yang arwah masih terhutang dengannya agar dapat diselesaikan segera. satu persoalan di sini. kalaulah PENDEPOSIT DALAM BANK ada sampai beratus ratus ribu, adakah bank akan buat announcement kepada pelanggan mereka mengatakan si fulan bin fulan telah meninggal dunia, dan diminta agar dihalalkan semua hutangnya?

kita tak rasa yang si fulan tu berhutang pada kita, hakikinya dia ada portion of debt dengan kita yang menyimpan duit di bank(pendeposit), tak kiralah berapa, mungkin RM 1,mungkin RM 0.50 sahaja..tapi hutang tetap hutang.

diulangi sekali lagi. walaupun bank telahpun melupus kira hutang si fulan bin fulan dengan pihak bank, hakikinya si fulan itu berhutang dengan pendeposit bank, bukan dengan bank yang memberi pinjaman!

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."


Sabda Rasulullah bermaksud: "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

isu ini timbul dalam fikiran aku selepas sebuah bank menawarkan pembiayaan peribadi untuk menarik pelanggan dengan mengatakan pengambilan takaful untuk pembiayaan peribadi adalah terletak kepada keputusan pelanggan sendiri, tidak seperti sebelumnya di mana takaful wajib diambil oleh peminjam yang memohon pembiayaan peribadi.

begitulah kesan pembiayaan peribadi (penat aku nak tulis pembiayaan peribadi, hutang sudah la) terhadap seseorang, hinggakan sampai ke akhirat akan diperhitungkan oleh Allah ke atas kita…

bagaimana dengan kita nanti?

aku tinggalkan persoalan itu. sampai di sini sahaja dulu, insya Allah lain waktu, kita ketemu.

Monday, April 23, 2012

Corat Coret Kehidupan.

Assalamualaikum.

dunia dunia..sebuah sajak mengenainya. ;)


corat coret kehidupan

sebuah rakaman perjalanan

insan yang bergelar hamba Tuhan.


corat coret kehidupan

bukan semuanya berwarna

bukan dibiar kosong cuma

kerana kita pelukisnya.


ada yang perlu dijauhi

ada pula yang minta didekati

ada yang mempunyai pengikut sendiri

ada yang ikhlas di atas jalan Ilahi


apa pun cuma

kita hanya pelakonnya

di atas pentas dunia

dalam skrip yang diarah olehNya.


ku mohon kekuatan

agar terus diluruskan jalan

dan dikurniakan sahabat dan taulan

yang kelak bakal berjiran

di syurga yang menjadi idaman...


:)


©Wan Muhammad Syafiq, 8:00 p.m, 23/4/2012.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 16, 2012

Kau Tunggu Aku Di Sana.

Assalamualaikum.


sekadar berkongsi ;)


kau tunggu aku di sana

berikan aku ruang dan masa

untuk aku memperbaiki diri cuma

bagi kita siap membina keluarga.


kau tunggu aku di sana

kerana urusan ku belum selesai jua

izinkan aku mengumpul ilmu dan harta

buat bekal di sini dan utamanya di sana


kau tunggu aku di sana

bukan kau duduk berdiam sahaja

pertingkatkanlah diri menurut definisiNya

kerana perjalanan ini bukan tamat di dunia

bahkan hingga ke akhirat sana


cinta sebenar maknanya ingin ke syurga bersama

maka apa yang membawa ke neraka

itu bukan cinta yang sebenarnya.


kau tunggu aku di sana

kerana masanya akan tiba jua

aku akan berjumpa ketua keluarga

dan membentangkan hasrat hati jua


kau tunggu aku di sana

buat kau, yang aku masih belum tahu siapa.


:)


© Wan Muhammad Syafiq, 9:25 pm, Isnin, 16/04/2012.


*semoga dapat diambil iktibar bersama* :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 25, 2012

just asking.

Assalamualaikum.


maafla.lama sangat tak singgah and buat entry baru.yang ini pun short sahaja.sekadar mengisi lompang kosong. 


nak tanya sikit, bagaimana dengan plugin Zikir Terapi Diri yang dipasang di blog? dapat dengar? Alhamdulillah.dapat juga pahala berzikir sambil baca entry. ^^


tak banyak perubahan.cuma semakin jauh..dan ingin kembali ke landasan asal..tambahan tanggungjawab makin bertambah..kerana apa? hayati status aku sedikit masa dahulu..


"kita nie kalau nak masuk syurga, bukan sorang sorang sahaja..paling kurang bersama ibu bapa..belum masuk lagi anak dan bini/suami kita.."


sebab kenapa? sebab syurga itu sebagai harapnya destinasi terakhir kita yang kekal abadi..ada pro and cons bila bercakap pasal tarik famili kita masuk syurga sekali. bagi yang ibu bapanya tergolong dalam orang orang yang soleh/solehah, alhamdulillah.tak ada banyak masalah mengajak mereka ke jalan Allah.


bagaimana contoh, seorang hamba Allah dan keluarganya yang dulunya jauh, kini kembali ke pangkal jalan, dan ingin mengajak keluarganya sekali pulang? pasti, cabarannya berbeza sedikit sebanyak.kita ambil posisi sebagai anak di sini.bagaimana ingin menarik ibu bapa kita supaya perlahan lahan kembali padaNya, sedangkan kita sendiri baru bertatih menuju Dia?


mohon pencerahan dari sesiapa.

sekadar bertanya.. ^^


Wassalam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

gerangan apa, melanda diri.

Assalamualaikum.


ingin melangkah lebih jauh

namun sering tersadung lalu terjatuh

belum dikira dugaan yang perlu ditempuh

dengan dunia yang sekarang isinya makin angkuh


tekanan demi tekanan

cubaan demi cubaan

yang meragut satu demi satu harapan

hingga akhirnya mungkin hanya tinggal impian.


beraja di hati nafsu dan syaitan

sedang Dia makin jauh ditinggalkan

apakah yang melanda, mungkin satu ujian?


sudah kering air mata ini

sudah tiada lagi emosi dalam diri

kerana masih dibuai mimpi

dan malas yang menguasai diri.


apa guna berilmu tapi tiada amali

apa guna belajar tapi tak digunakan nanti

ke mana akan dibawa haluan diri?


destinasi itu kekal sama

tujuan hidup bukan lagi sirna

tapi jelas, terang dan nyata

apa lagi yang menghalang sebenarnya?

kenapa masih terus leka?

kenapa tidak mahu melawannya?


aku keliru

aku hilang tuju

lalu aku duduk

dan diam membatu.


© Wan Muhammad Syafiq, 2:08 am, Ahad, 4/3/2012.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

Kahwin Awal..mampu atau mahu? ^^

Assalamualaikum.


Apa khabar hendaknya para pembaca sekalian? baru nak merasa berblogging semula, setelah sekian lama.


well, tajuk di atas memberikan aku inspirasi untuk menulis hari ini.sudah menjadi seperti satu trend, di mana anak anak muda zaman kini suka berkahwin awal, atau dalam bahasa mudahnya nikah cepat.


banyak pandangan yang boleh diperolehi, baik dari yang dah makan garam dahulu atau pun pihak orang muda.pihak orang muda pula terbahagi kepada dua, yang belum nikah lagi dan juga pasangan yang bernikah waktu belajar.


pada pihak orang lama, kebanyakan mereka lebih mengutamakan kestabilan hidup bakal menantu, boleh kata dah ada kerja tetap dan menjamin survival anak daranya nanti.ini idea yang memang famous di kalangan parents parents.dan selalunya ayat ayat seperti "kamu nak bagi anak orang makan apa?" dan beberapa idea idea yang memang boleh membunuh sisa sisa perjuangan anaknya untuk meneruskan pernikahan dengan segera.

*well, sedikit personal experience.* ^^


di pihak anak muda pula, selalunya ini adalah pertembungan antaa mahu mereka dan juga kemampuan mereka.selalunya kita lihat, kebanyakkan mereka yang ingin berkahwin zaman kini mostly masih lagi belajar.disara oleh ibu dan bapa, yet menyuarakan pendapat untuk berkahwin awal.banyak bukti yang menunjukkan prestasi pelajaran/kerja makin meningkat.mungkin kematangan seiring dengan tanggungjawab.


dalam Islam, memang ada jalan yang halal untuk memudahkan nikah antara kedua pasangan ini, iaitu dengan nikah khitbah. cara dan pemahamannya pun pada pendapat aku mudah, dan tidak membebankan.ada ulama dan ustaz mengatakan pada zaman ini seharusnya dimudahkan jalan bagi mereka melangsungkan pernikahan untuk mengelakkan gejala sosial semakin merebak.yelah, mencegah lebih baik dari mengubati betul tak? ^^


pendapat peribadi aku, kedua dua pasangan harus lebih mendekatkan diri pada Allah, kerana cinta mereka itu pun sebenarnya kerana Allah.sebagai contoh kedua dua pasangan harus memperbaiki diri contohnya menambah lagi ibadah ibadah,perlahan lahan tinggalkan apa yang ditegah.. bukan sahaja selepas bernikah, bahkan sebelum bernikah lagi..kerana persediaan bukan sahaja dari segi kewangan dan fizikal, bahkan juga dari segi rohani..ingat bahawa cinta itu seharusnya menuju Ilahi, bukannya menjauhi.


perkahwinan itu sendiri adalah satu institusi yang berkesan bagi melahirkan ummah yang mampu membawa Islam kembali gemilang.memang bukan mudah jalannya tapi kemanisan itu terdapat disepanjang perjalanan, bukannya di hujung perantauan. ^^


tentang soal mampu atau mahu, sebenarnya ramai ibu bapa yang bersikap terbuka menyokong keputusan anak mereka untuk berkahwin sambil belajar..ini kerana mereka rasa anak mereka lebih selamat dijaga suami..sudah semestinya menantu pilihan adalah yang berilmu agama yang baik dan juga mantap..mereka ketepikan soal kewangan, kerana yakin dengan kemampuan anak dan juga menantu untuk mendapat perkerjaan yang stabil dan kukuh..


terpulang baik kepada pihak parents ataupun pihak yang mencadang..asal sahaja masih kekal di jalan Allah, maka itu tidaklah menjadi satu isu besar...perancangan juga harus ke depan, dalam 10 - 15 tahun..kerana menyediakan haluan untuk ditujui..


maaflah, rasanya melalut sahaja malam ini.pokok pangkalnya, jadikan diri sendiri seorang yang dekat dengan Allah dahulu.insya Allah Dia akan permudahkan segala urusan kita baik di sini mahupun di akhirat sana...


*kalau mampu, semak diri dengan Allah dahulu.kalau mahu, dekatkan diri padaNya selalu.* ^^


Wassalam. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 1, 2012

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 4, 2012

cinta ghaib.

rinduku hanya bermusim..
sedang cintamu sepanjang zaman..

Ya Rasulullah..
masih punyakah kesempatan buat aku
pada hari pengadilan itu
layakkah aku diberi syafaatmu?

mohon diperteguhkan pendirian
agar sunnahmu dijadikan amalan
agar dirimu menjadi ikutan
kaulah selayaknya idola sepanjang zaman

walau kita berbeza zaman
walau tiada pernah bersua
walau ku kenal hanya dengan cerita
moga "cinta ghaibku" ini dibalas jua

© Wan Muhammad Syafiq. 10.30 p.m, Sabtu. 04/02/2012, 12 Rabiulawal 1433H.

inspirasi tajuk dari blog Saifulislam.com : Cinta Kepada ‘Lelaki Ghaib’ Itu

boleh juga lawat website ini untuk mula menyuburkan rasa cinta kepada ‘lelaki ghaib’ ini : Inspired By Muhammad.com

Salam Maulidurrasul.

jom selawat!

Selawat Atasmu - Nowseeheart

Wednesday, January 25, 2012

rindu yang tak sudah.

maafkan kerana jarang menjengah.
maaf juga kerana nampak tak endah.
hakikatnya kasih itu masih tertumpah
dek kerana rindu yang tak sudah..

mohon ampun jika terasa
kerana masa semakin menghimpit jua.

tiadalah niat mengabaikan jua
moga Allah satukan hati hati kita...

© Wan Muhammad Syafiq. 2.27 p.m, Rabu. 25/01/2012.

 

pendek, tapi pada aku cukup bermakna.

moga Allah melindungi kita semua di sini dan akhirat sana…

maaf sebab dah lama tak ada post baru.. :)