Friday, January 1, 2010

how 2 have a vacation in KL

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dengan inspirasi guide kawan aku,teringin pulak aku nak buat guide tentang bagaimana cara untuk berjalan2 di kl.cara wan’s style..hehe

1. carilah sebab untuk pergi ke kl. digalakkan menggunakan sebab berjalan2 atau percutian bersama keluarga. boleh juga katakan mencari dokumen2 penting untuk urusan pindah milik nama.

2.disyorkan berkereta sendiri. senang kalau terasa nak minum teh tarik malam2 di kedai mamak.tapi untuk lebih menjimatkan wang, molek sekiranya menumpang kereta bapa saudara yang baru dibeli tak sampai 2 bulan.

3. ajaklah sanak saudara yang lain. ianya untuk meramaikan lagi suasana. boleh juga dijadikan kuli bagi menjaga anak2 ketika membeli belah.

4. pilih tempat penginapan yang sesuai. untuk suasana yang lebih nyaman, digalakkan untuk tidur di rumah mak saudara yang terletak di atas Ukay Perdana, dengan rumahnya berada di tingkat paling atas menaiki tangga.

5.setelah semua setuju dan bersedia untuk bertolak, persiapkan diri pada hari yang dijanjikan.bermainlah game di laptop anda jika terpaksa menunggu bapa saudara anda selama 1 jam.

6.memandulah dengan berhati2 dan cermat.disarankan menggunakan gps yang terletak di dalam kereta walaupun ada ahli keluarga yang tahu betul jalan menuju ke Ukay Perdana. Digalakkan untuk pergi secara berkonvoi tetapi supaya anda boleh singgah di mana2 kedai makan atau kedai seperti Sakan, bertolaklah sedikit lewat sekurang2nya jarak 3 jam dengan kereta lagi satu.

7.apabila selamat sampai di destinasi, ucaplah syukur kepada Allah s.w.t yang telah memelihara keselamatan anda. Pastikan solat anda sentiasa terjaga sepanjang perjalanan.Selepas itu, persiapkan diri dengan kekuatan mental dan fizikal untuk membawa barang2 naik turun 4 tingkat selama 5 kali.

8.berehatlah dengan sepuas hati kerana perjalanan esok lebih mencabar. Ini dibantu dengan fakta kereta mak saudara anda yang kedua berada dalam bengkel kerana terlanggar tiang parking Carrefour wangsa maju.maka anda akan menggunakan kaki sebagai kenderaan.

Sampai sini je untuk guide hari pertama…nnt aku akn update lagi untuk guide ari berikutnya..hehe

2 comments:

  1. Ahaha!!..funny..jd kt u ke?;P
    ~eyeh ble yang smpi k.l nie..klu da ade kt U.K Perdana n Carefour nie kre da dekat la wit my house..xlepak NZ ke mlm2..keke..

    ReplyDelete
  2. sbb jadi kat i la yang i cite.hehe..nz?ta smpat...

    ReplyDelete